Saya memang tak suka makan sayur kobis cina kerana rasanya yang tawar dan mendatar saja . Tapi semalam bila kak Amy buat salad kobis cina ini dan dicampur dengan pelbagai bahan , sayur kobis cina ni jadi sedap pula. Salad yang kak Amy buat ni memang sedap sangat dan saya pasti akan buat sendiri di rumah nanti untuk kami makan bersama roast chicken .
BAHAN-BAHAN :
1/2 kobis cina- di racik nipis-nipis
Satu peket cherry tomato
8 biji telur rebus- dipotong 4
1 peket kiub cheeder cheese
1 cawan croutons
BAHAN UNTUK DRESSING SALAD :
2 sudu apple sider vinegar atau lemon juice
10 sudu minyak zaitun
Garam , gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu kecil mustard
* Banyak mana kuantiti bahan yang kita nak guna untuk dressing ini adalah bergantung pada citarasa masing-masing.
CARA PENYEDIAAN SALAD :
Potong semua sayur kobis cina ni nipis-nipis dan masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai . Basuh buah tomato dan masukkan ke dalam mangkuk juga bersama dengan cube cheese dan telur rebus.
Bancuh semua bahan dressing dalam bekas tupperware atau botol kaca jem yang kosong yang bertutup . Goncang semua bahan sampai sebati .
* Bila nak makan saja baru tuang semua dressing ke dalam salad dan gaul rata . Jika salad ini di siapkan terlalu awal sebelum nak makan nanti akan menjadi lembik dan tak sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan