MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 9 April 2010

SUP BAYAM & SOTONG


Resepi tumis sayur bayam ni pun simple je nak masaknya pun mudah dan kejap dah siap . Bila beli sayur bayam saya mesti minta penjual tu potong akarnya sebab banyak sangat pasir . Lepas tu bila nak masak saya mesti rendam kejap sayur ni dalam singki atau saya basuh lama juga sayur ni sebab nak bersihkan pasir-pasir halus yang melekat di daun-daun bayam ni . Bila dah potong atau siang sayur ni pun saya basuh lagi untuk buang pasir.

Saya suka masak sayur cara stir fry macam stail orang cina , kuali dan minyak mesti cukup panas dan proses masaknya sekejap saja untuk mengekalkan kesegaran sayur . Sayur bayam akan terus masak dalam kuah sup yang masih panas . Saya tak biarkan sayur bayam ni terlalu layu dan over cooked sebab sayur ni nanti jadi lembik dan banyak vitamin akan hilang .

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
6 ekor sotong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur bayam dan potong ikut citarasa kita . Kupas semua bawang dah ditumbuk lumat . Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan masukkan sotong , sos tiram serta minyak bijan kacau kejap . Masukkan air secukupnya bila kuah dah mendidih terus masukkan semua sayur bayam dan kacau . Last sekali masukkan garam , bila sayur bayam dah nampak layu api dapur boleh la ditutup . Biarkan sayur masak didalam kuah yang masih panas .



Hmmm sotong segar yang saya baru beli dari pasar , masak sotong pun tak boleh lama-lama nanti liat pula tapi kalau sotong yang saiz kecil atau sederhana besar tak liat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan