MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 3 Disember 2010

Sicilian orange cake

Hari ni saya baking kek lagi bila cuti sekolah ni anak-anak ada kat rumah sentiasa dan macam-macam pemintaan menu yang mereka nak makan . Adlina minta saya buat kek lagi so hari ni saya cuba buat kek orange Sicilain dan sumber resepi ni saya dapat dari blog Hana Jepun .
Kek ni memang sedap dan moist , nak membancuh adunan kek ni pun senang saja . Bila dah masak kek ni harum sangat aroma manis buah orange . Seronok saya tengok bila anak-anak sedap menikmati kek yang saya masak sendiri..puas hati sangat...

SICILIAN ORANGE CAKE
Sumber resepi dari blog Hana`s Family

Bahan-bahan :
  • 250g butter - suhu bilik
  • 200g gula pasir
  • 4 biji telur size M
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 4 sudu besar jus oren
Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Tengok la tu Adam dan Adlina "thumbs up" lagi sedap kek mama buat ni...

4 ulasan:

  1. dah dua tiga kali jugak akak buat kek ni..mmg sedap.aroma oren menusuk hidung kan?

    BalasPadam
  2. kak..sy nak cuba lah recipe kek akak ni nnt :)

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan nanie.....

    BalasPadam
  4. to k anymz,
    Tu la saya baur first time buat kek ni mmg aroma dan rasanya sedap sgt

    to evisukyme,
    cuba jangan tak cuba mmg sedap kek ni

    to Jay,
    selamat berkenalan dari saya juga thanks singgah sini dgt lagi ya

    BalasPadam