MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 24 Disember 2010

Kepah masak lemak cili api

Selalunya kepah ni saya suka masak sweet sour atau tumis cili berserai tapi kali ni saja je ubah selera saya amsak lemak cili api pula hmmmmm sedap you . Kepah yang fresh manis memang kena sangat dengan kuah pedas lemak cili api ishhhh cik abang makan nasi bertambah la hehehehe...
BAHAN-BAHAN :

1 kilo kepah segar
3-4 cawan santan yg pekat
1 keping asam keping
4 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kepah dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan ditumbuk , santan pekat , serai , asam keping dan garam .

Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih . Bila dah masak kepah akan terbuka dan boleh la ditutup api dapur.

Kepah fresh yang saya beli di Pantai Remis , Kelang..

3 ulasan:

  1. wah akaaaaaaaakkk...
    saya sukaaaa sangat maan kepah...
    saya selalu beli yg hidupka pasar malam putrajaya..rm6 sekilo...
    tapi selalu buat masak black papper....^_^

    BalasPadam
  2. to hestyrezyuda,
    waaa sama la kita akak pn suka sgt makan kepah hehe

    BalasPadam
  3. sedapnya ,meleleh air liur ni masak lemak cili api cara org negeri ke?

    BalasPadam