Saya pernah cuba makan sayur petola ular ni bila makan di kedai mamak tapi mungkin cara masak yang buat rasa sayur petola ular ni biasa-biasa je . Baru-baru ni saya cuba beli petola ular ni di pasar malam dan saya masak stail selera saya sendiri dan hasilnya sangat sedap . Anak-anak dan suami suka sangat makan sayur petola ular yang saya tumis bersama udang kering ni so sekarang ni petola ular dah masuk dalam list favorite sayur family kami la...
Saya tumis cara simple dengan guna udang kering sebagai rencah utama..memang sedap..
BAHAN-BAHAN :
3 batang petola ular
Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak bijan
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam udang kering -rendam dulu
* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna ikan bilis .
CARA MEMASAK :
-Basuh kacang sepat dan buang urat ditepi kacang ni kemudian potong kacang sepat kecil-kecil.
-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau .
- Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , minyak bijan dan terus kacau sehingga la sayur masak dan boleh ditutup api dapur.
Ni la rupa petola ular...
ooo rupa2nta nama dia petola ular..
BalasPadamtu la saya pn x tau apa nama sayur ni hubby yg bagi tau namanya petola ular sedap ni
BalasPadampetola ni mmg sayur favorite sy. goreng kering letak telur..nyum2
BalasPadam