MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 24 Mei 2011

Asam pedas ikan tenggiri

Dah lama juga saya tak masak asam pedas so hari ni menu kami sekeluarga ikan tenggiri masak asam pedas . Semalam kat area rumah saya ni ada pasar malam so selaunya saya memang beli stok ikan dan sayur-sayuran serta buah-buahan di pasar malam . Selain harga yang barang yang berpatutan semua ikan-ikan yang saya beli segar sebab kebanyakkan peniaga ikan ni datang dari Kuala Selangor so stok ikan semuanya adalah fresh dan baru di ambil dari jeti ikan Kuala Selangor . Memang sedap masak asam pedas guna ikan fresh selalunya saya guna ikan terubuk , ikan pari , ikan kembung dan juga ikan tenggiri ni .


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tenggiri segar ( 1 kg )
2-3 cawan air
2 batang serai
2 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
2-3 helai daun limau purut dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi .
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
Masukkan ikan tenggiri , asam keping , garam dan gula . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat fillet ikan tenggiri boleh pecah.

Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan ikan parang terus masak di dalam wap panas kuah.

Buat buttermilk sendiri


Saya google cari macam mana nak buat buttermilk sendiri dan saya jumpa resepi ni . Saya C&P simpan dalam blog sendiri sebab next time kalau nak guna senang boleh rujuk balik .

How to make buttermilk from milk

There are 2 ways to make buttermilk, and they will produce 2 different outcomes. The first outcome you will get is a substitute for buttermilk, which will taste equally great; however the texture will be slightly different. The second outcome will be of course, the real buttermilk, fresh and ready-made.

Since the 1st way is the easiest, I will start from it.

1st Recipe (To get a substitute for buttermilk)

Ingredients that you will need:

* 1 cup of milk
* 1 tablespoon of white vinegar or lemon juice

Material that you will need:

* 1 cup measuring cup

That's it! Only 2 ingredients & 1 material are needed and...

Let's start making!

1. Place the white vinegar or lemon juice into the measuring cup.
2. Pour the milk into the measuring cup (together with the white vinegar/lemon juice).
3. Wait for 5 minutes.
4. Your buttermilk substitute is done!

It is fairly easy isn't it? And it can be done in a few simple steps. Now you no longer need to worry if you ever ran out of buttermilk again!

2nd Recipe (To get the real, tasty buttermilk)

Ingredients that you will need:

* 6 - 8 ounces of active cultured buttermilk
* 3 cups of whole milk

Material that you will need:

* 1 clean quart container (with a secure lid)

Hey! There are only 2 ingredients and 1 material needed to make this real buttermilk too! However you will need a much longer time to prepare it%u2026 And so%u2026

Let's get making!

1. Pour the cultured buttermilk into the clean quart container.
2. Fill the rest of the container with the whole milk.
3. Screw the lid tightly and shake well.
4. Place the container in a warm corner of your house.
5. Wait for 24 hours.
6. The buttermilk will thicken and coat the glass of the container.
7. The buttermilk is now done and can be kept for weeks!

It will be advisable to put the date that your buttermilk was made on the container to serve as a note. And you will roughly know when the buttermilk will expire.

Comparing the 2nd recipe to the 1st. There is only an increase of 3 steps which means that both the substitute and the real buttermilk are not hard to make! However to get the real buttermilk, you will need 23 hours and 55 minutes longer to make it. But wait! That is only the waiting time.

If you are willing to wait just a little more, you can get the real buttermilk with the right taste and texture to go with your cooking. Wouldn't that be really great? Why not wait a little longer?

Rabu, 18 Mei 2011

Pizza tuna & thousand island

Hari ni saya masak pizza lagi tapi kali ni untuk topping saya guna apa saja bahan yang memang ada dalam simpanan macam tuna dalam tin . Saya tambah sos thousand island dan bawang besar serta nenas dan ditabur dengan 2 jenis cheese emmmm sedapnyaa..anak-anak saya hari ni happy lagi sebab dapat makan pizza hehe sekali sekala boleh la....resepi asal pizza ni saya dapat dari MyResipi.com tapi saya ubah sikit ikut citarasa kami sekeluarga..

BAHAN DOH PIZZA
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin tuna chunk in water
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
sos thousand island secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :
UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan kepingan ikan tuna , bawang , sos thousand island dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Ini la rupa pizza ikan tuna dengan thousand island sebelum dibakar . Kita boleh tambah apa saja bahan topping ikut pada citarasa sendiri . Seelok-eloknya guna 2 jenis cheese iaitu cheese cheddar untuk wangi serta masin lemak tersendiri dan cheese monzarella untuk texture cheese yang lebih liat dan bertali-tali mmm yummy..

Ni pun pizza tuna tapi saya tambah nenas kiub hmmm memang sedap . Doh roti pizza pun saya canai bagi nipis sikit lagi la sedap ikut citarasa saya ni yang suka roti pizza nipis dan sedikit crispy...

Selasa, 17 Mei 2011

PIZZA AYAM HAWAIIAN

Semalam untuk lunch saya buat hawaiian chicken pizza . Sekali sekala masak pizza sedap juga tambahan pula anak-anak saya memang suka sangat makan pizza tak kira apa jenis topping pun .

Bila masak apa pun resepi saya suka guna cara yang paling mudah atau saya ubah resepi tu bagi jadi mudah contohnya macam buat pizza ni instead of saya buat sos sendiri saya beli saja sos sphagetti prgo perisa tradisional lebih sedap dan sesuai untuk pizza ayam hawaiian . Kelebihan buat pizza sendiri ialah kita boleh tentukan bahan yang kita nak guna ikut selera sendiri .


Adam dah ready nak makan pizza , sedap ya sayang..


BAHAN DOH PIZZA
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL-guna separuh je
1-2 ketul dada ayam
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese monzarella
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
cendawan butang- potong nipis
nenas tin - potong kecil-kecil
*Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .-Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.

CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan susun cendawan butang , cili capsicum , nenas , ayam dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Isnin, 16 Mei 2011

Cheese cake

Cheese cake lagi..favorite kami sekeluarga..
Non baked cheese yang sangat sedap dan mudah nak dibuat..
hmm yummy..

Resepi asal cheese cake ni saya dapat dari internet tapi saya dah ubah ikut selera kami sekeluarga . Selalunya macam tu la saya ni belajar buat apa pun jenis resepi baru semuanya bermula dari trial n error . Banyak juga resepi baru yang saya cuba dan akhirnya saya dapat la resepi favorite saya sendiri..

BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
15 grm gelatin halal brand Nona
100 ml air suam
Blueberry filling

BASE :

200 grm biskut digestive atau biskut marie
100 grm butter dicairkan

Biskut digestive dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang. Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 100ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra.

Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling.

Khamis, 12 Mei 2011

Sarapan pagi ni ~ cucoq jagung

Pagi ni sarapan ringkas cucuq jagung campur udang kertas dan dicicah dengan kuah kacang segera . Cukup sedap enak lepas tu minum pula teh suam dalam set cawan lama corak bunga kangkung lagi terasa kesedapan dan nikmat juadah tradisional melayu ni .Saya ni peminat tegar koleksi pinggan mangkuk lama so memang saya guna juga koleksi sendiri bertukar-tukar set hari ni guna corak kangkung besok terasa nak guna set corak peonies atau lusa set bunga kekwa merah pula . Baru la berbaloi kumpul dan dipakai guna juga koleksi pinggan mangkuk dulu-dulu ni . Nostalgia lama teringat dulu mak saya ada juga guna koleksi pinggan mangkuk corak bunga kangkung ni.

Kalau masak cucuq jagung ni saya suka guna udang kertas kecil-kecil sebab udang ni lebih manis dari udang yang selalu kita boleh beli di hypermarket yang diternak secara komersial tu . Jagung pun yang fresh beli di pasar malam masih manis . Cara saya bancuh adunan masih macam mak saya buat dulu letak bawang besar , cili merah pun boleh ditambah , serbuk kunyit tu je la bahan asasnya..

Dulu saya pernah masukkan n3 resepi cucoq jagung ni so kirnya kali n3 ulangan ok la kan..




BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
2 cawan udang kertas
1-2 biji telur
2 cawan air sejuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

* boleh ditambah cili merah yang dipotong halus-halus serta daun bawang/sup sebagai bahan rencah tambahan . Boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera masing-masing

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang buang kepala dan ekor , potong jagung kemudian kupas bawang merah dan dimayang nipis .

Gaul semua bahan dalam bekas yang sesuai dan masukkan telur serta air secukupnya , jangan terlebih air nanti jadi cair pulak adunan tapi boleh ditambah tepung so adunan jadi ok. Masukkan garam dan kacau lagi , panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng dan boleh la digoreng sehingga masak. Angkat dan tos cucoq ni bila sejuk boleh dimakan dengan sosa atau kuah kacang.

Saya guna kuah kacang segera so saya hanya tambah air dan saya masak semula kuah ni sampai mendidih .

Cucoq jagung sedap dimakan cicah sos atau kuah kacang