MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label resepi sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sotong. Papar semua catatan

Rabu, 29 Disember 2010

Sambal sotong campur kacang tanah

Semalam saya masak sambal sotong kering yang hubby bawa balik dari Labuan . Kali ni saya masak sambal sotong campur kacang tanah hancur macam cara mak saya masak . Resepi sambal sotong ni mudah juga nak masak cuma kena pastikan sambal cilinya betul-betul masak dan terbit minyak kemudian semua rasa mesti la seimbang macam rasa manis ,masam dan masinnya .
Saya hanya guna cili kering yang dikisar sendiri untuk masak sambal baru la sedap. Sambal sotong ni sedap dimakan dengan nasi biasa , nasi lemak atau dengan lontong kuah lodeh hmmm yummy...

BAHAN-BAHAN:

6 keping sotong kering saiz besar ( rendam selama 5 jam seblm masak)
1/2 cawan kacang tanah-digoreng tanpa minyak/buang kulit/tumbuk hancur
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:
12 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil ketepikan dulu. Goreng kacang tanpa minyak sampai amsak kemudian buang kulit dan tumbuk hancur sahaja .

2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam secukupnya dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau kemudian masukkan kacang tanah hancur tadi . Kacau semua bahan dan jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air dan bila dah masak boleh la tutup api.

Sotong kering

Isnin, 11 Oktober 2010

KARI SOTONG LAGI

Saya masak kari sotong lagi semalam yum yum..


kari sotong ni special requet dari hubby , dia la yang beli sotong fresh ni masa kami shopping barang dapur masa ke pasar pagi semalam...

BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong
3 cawan santan pekat
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari serta air asam jawa kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan sotong masak baru la ditutup api dapur .

Isnin, 6 September 2010

SAMBAL SOTONG KEMBANG

Resepi sambal sotong kembang ni dah banyak kali saya masukkan dalam blog ni kiranya ni macam n3 ulangan la so layan je la..
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong kembang
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Sotong kembang ni dipotong dan direbus sekejap untuk buang air kapur . Sotong akan jadi kecut dan boleh la ditos sotong ni dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Saya guna minyak yang agak banyak masa tumis sambal cili ni supaya sambal ni cukup masak , jika kurang minyak sambal ni akan jadi kering . Nak bagi sambal sedap semua rasa mesti seimbang rasa pedas,manis dan masam .

Jumaat, 18 Jun 2010

SOTONG TUMIS KUNYIT

Resepi sotong yang simple dan senang nak dimasak dan anak-anak saya memang suka sotong masak macam ni sebab tak pedas..


BAHAN-BAHAN:

500 grm sotong
1 biji bawang merah
1 sudu besar sos tiram
Garam dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar. Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum.

3) Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram , air asam jawa dan terus kacau . Jika kurang masin tambah sedikit garam dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.

* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.

Sabtu, 24 April 2010

SOTONG GORENG RANGGUP


Menu ini adalah kegemaran kami sekeluarga tapi tak selalu juga saya masak resepi ni sebab tak elok makan sotong selalu sangat sebab kolesterol tinggi la . Tapi kalau teringin tu saya masa la juga bagi anak-anak seronokkan kalau kat restoran menu ni agak mahal juga harganya so lagi baik masak sendiri saja.


BAHAN-BAHAN :

500 gm sotong sederhana besar - dibersihkan serta dipotong ikut pada citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan seketika . Gaulkan sotong dengan 1/2 sudu garam atau bahan perisa . Perap sotong selama 30 minit.


BAHAN-BAHAN A :

8 sudu besar tepung beras
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepun gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis - pilih yg mana suka
1/2 sudu serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan A dlm satu bekas dan digaul rata.

BAHAN B:

2 biji telur dikacau rata- macam dalam gambar

Sotong , tepung dan telur


Masukkan sotong ke dalam telur dan gaul dengan cepat dan angkat .


Sotong terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata . Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain . Keluarkan sotong dan masukkan ke bekas lain yang kering . Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.


Panaskan minyak dan masukkan sotong ke dalam kuali.

Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan sotong ini jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat . Keluarkan sotong dan toskan seketika dan boleh dihindangkan sotong didalam bekas lain .

Khamis, 2 April 2009

SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

500 grm sotong
1 biji bawang merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos nampla/ sos ikan

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar.

2) Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum.

3) Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram dan sos ikan serta terus mengacau.

4) Jika kurang masin tambah la lagi sos ikan dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.


* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.