MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label mee n bihun n kuehteow. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee n bihun n kuehteow. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Mee hailam

Selalu bila nak makan mee hailam yang sedap saya suka ajak suami ke restoran dekat dengan rumah saya ni sebab senang order je lepas tu boleh nikmati tanpa perlu masak sendiri . Mee hailam ni kan banyak guna bahan-bahan mentah macam sotong , udang , ayam dan sayur-sayurannya so memang lama la juga penyediaan sebelum siap terhidang mee ni untuk di jamu selera . Tapi bila masak sendiri lagi puas hati kan sebab boleh ikut citarasa dan selera sendiri so semalam saya masak la mee hailam untuk kami sekeluarga makan malam , alhamdulillah anak-anak dan suami suka . Bahan-bahan rencah masih ada dalam peti sejuk so saya ingat petang ni kalau masak lagi mee hailam pun sedap juga kan....


BAHAN-BAHAN:
resepi untuk makan 4-5 orang

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

Isnin, 7 Mac 2011

Sarapan pagi ni.. kueh teow goreng

Dah pun masuk minggu baru ya kejap betul masa bergerak sekarang ni . Pagi-pagi Isnin ni saya masak sarapan yang heavy laa sebab dah lama juga saya tak masak menu kueh teow goreng ni . Sekali sekala ok gak tukar menu sarapan untuk anak-anak dan hubby .

BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow- dilerai-lerai
200 grm udang , dibersihkan
200grm isi ayam
1 cekak kucai - cuci bersih
100grm taugeh
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos Thai - nampla
Sedikit minyak bijan

Kalau tak masin boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.

CARA MEMASAK :-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan udang dan sayur kucai .

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak .Masukkan daging ayam, udang dan dikacau sampai udang masak , kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , kicap cair dan kicap manis dan gaul . Masukkan kucai dan taugeh dan kacau lagi .

Bila taugeh agak layu terus masukkan semua kueh teow . Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra . Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .

Bila goreng kueh teow saya akan guna api dapur yang paling besar dan kueh teow ni dimasak/goreng dengan cepat supaya kueh toew tak jadi hancur kalau terlampau lama dikacau .

Kueh teow goreng udang..

Khamis, 11 November 2010

Mee kuah utara

Selalunya mee kuah utara ni guna daging lembu tapi kali ni saya guna isi dada ayam saja so saya tambah kiub perasa daging . Saya memang dah biasa makan mee kuah ni dari kecil lagi dulu mak saya selalu masak menu mee kuah ni sebab ni adalah menu favorite arwah abah saya . Kalau tak ada ubi keledek dan kacang tanah mak saya akan ganti dengan telur supaya kuah mee ni jadi pekat . Menu mee ni memang sedap dan jadi favorite kami sekeluarga...
Kalau nak letak tulang lembu pun boleh juga tapi make sure tulang tu direbus dulu dan air rebusan tulang diambil campur sekali dalam kuah mee ni . Specialnya mee kuah ni sebab ada guna kacang tanah yang bagi kauh ni rasa nutty dan kalu suka pedas masukkan lebih cili kering memang terangkat sedap mee ni...

BAHAN-BAHAN:

300grm udang sederhana besar
300 gm ayam atau daging
1-2 peket mee
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos besar sos tomato
1 liter air - boleh tambah jika nak lebih kuah
500grm ubi keledek-direbus sampai empuk dan dilenyek
1 cawan kacang tanah -digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit , kisar sampai halus.
1 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

7 biji cili kering-kalau suka pedas tambah la lagi
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
taugeh dan sayur sawi dicelur
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)


CARA-CARA MEMASAK:

- Isi ayam dipotong kecil-kecil kemudian udang dibuang kulit dan kepala . Semua kepala dan kulit udang tadi direbus bersama 2 cawan air . Kisar semua kepala dan kulit udang tadi dengan air rebusan kemudian ditapis ambil air rebusan tadi dan buang semua hampas kepala udang ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam hampir masak kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan 1 liter air . Masukkan semua udang , kiub daging , sos cili dan sos tomato serta kacau kuah ni .

- Masukkan semua ubi keledek yang dah dilenyek lumat dan kacang tanah tadi . Kacau kuah dan masukkan garam secukup rasa . Jika kuah agak pekat boleh la ditambah air lagi ikut pada citarasa sendiri .
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , sayur sawi , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup . bawang goreng dan cili .

Rabu, 3 November 2010

KARI LAKSA

Kari laksa ni saya masak untuk birthday Adam hari Sabtu yang lepas .
BAHAN-BAHAN :
1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
5 cawan santan
1-2 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
5 biji telur - direbus
200 grm taugeh-dicelur
Kacang panjang secukupnya - dicelur
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan
CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .

* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Bahan terakhir dimasukkan sekali kerang di dalam kuah dan tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.

Mee dan juga rencah penyedap kari laksa atau mee kari ni..

Selasa, 24 Ogos 2010

BIHUN GORENG

Bihun goreng untuk berbuka semalam , kali ni saya nak cepat masak so saya guna je perencah crispy dried shrimp untuk goreng bihun . Memang sedap perencah ni terasa udang kering dan cili keringnya .
BAHAN-BAHAN :
1 peket bihun-rendam sehingga bihun menjadi lembut
20 ekor sotong , dibersihkan
Sedikit isi ayam
200 grm taugeh
1 ikat kucai-dibersih dan potong
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur
1 camca besar kicap manis
6 camca besar crispy dried shrimp - boleh ditambah
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

Mayang halus semua bawang dan bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan taugeh dan kucai dipotong ikut pada citarasa .

Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan sotong serta isi ayam kacua sehingga isi ayam masak . Masukkan pes dried shrimp tadi dan kacau sekejap kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan kicap manis dan gaul kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air kacau sekejap akhir sekali masukkan semua taugeh dan kucai serta terus kacau sehingga semua bahan sekata kemudian masukkan garam secukup rasa . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing.

Boleh la ditutup api dapur bila bihun dah masak .

Ini la pes dried shrimp , saya guna untuk goreng bihun , mee dan bila goreng nasi . Memang sedap..

Jumaat, 20 Ogos 2010

MEE GORENG TOMYAM



BAHAN-BAHAN :
1 peket mee
8 ekor sotong , dibersihkan
2 keping kepingan burger ayam - dipotong
1 cawan isi ayam
2 pokok sawi - cuci bersih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 biji cili kering-direndam dlm air panas
1 biji telur
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis
6 camca besar pes tomyam - boleh ditambah

Boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.

CARA MEMASAK :

Kisar hancur semua bawang dengan cili kering . Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Bersih kan sayur sawi dan potong ikut pada citarasa . Kepingan burger dipotong kecil-kecil .

Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar dan sampai cili cukup masak .Masukkan daging ayam, sotong dan kepingan burger sampai masak , kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , pes tomyam dan kicap manis dan gaul . Masukkan sawi dan mee serta terus kacau sehingga semua bahan sekata kemudian masukkan garam secukup rasa . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing.

Boleh la ditutup api dapur bila mee dah masak .

Khamis, 20 Mei 2010

KUEHTEOW GORENG


Hari ini untuk sarapan saya goreng kueyteow tapi tak pedas sangat sebab nanti Adam nak ulang minum air saja kalau makan pedas kesian pulak tengok dia . Semenjak awal bulan April Adam dah berselera nak makan alhamdulillah lega saya dulu saya risau juga sebab Adam kurang nak makan tapi lebih susu saja.
Ok la saya bagi resepi sekali tapi resepi ni sama je dengan n3 yang lepas . Nak goreng kueyteow ni saya suka guna teknik stir fry dengan api dapur yang besar teknik macam ni sekejap je masaknya . Kueyteow pun bukan boleh goreng lama-lama nanti hancur pula hehe


BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow
30 ekor udang , dibersihkan
1 cawan isi ayam
1 peket fish ball
150 g taugeh
1 cekak kucai - cuci bersih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan

Boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.

Cara memasaknya:-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan udang dan potong ayam kecil-kecil. Bersihkan sayur kucai dan potong ikut pada citarasa.

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak .Masukkan daging ayam, udang, fish ball dan goreng sampai masak , kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , kicap cair dan kicap manis dan gaul . Masukkan kucai dan taugeh dan kacau lagi .

Bila taugeh agak layu terus masukkan semua kueh teow , garam/serbuk lada sulah dan kacau hingga rata dan mesra semua bahan. Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .

Bila goreng kueyteow atau mihun saya suka letak kucai dan taugeh extra banyak yum yum..

Sabtu, 17 April 2010

SUP YEE MEE


Semalam saya masak menu simple lagi tapi anak-anak dan suami suka hehehe senang kerja memasak akak ni . Masak la apa pun mesti habis nyer syukur alhamdulillah...

Ini la rupa sup yee mee sonang yo nanti akak bagi resepinya , mudah dimasak sedap dimakan . Yang penting semua bahan cukup macam ada ayam , ada sotong atau udang , fish ball atau apa jenis ball letak sayur hmmm sungguh menyelerakan...masak macam ni lagi berkhasiat dari makan mee segera .

BAHAN-BAHAN :


1 peket yee mee (ada 6 ketulmee dlm satu peket tu)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ketul dada ayam yang agak besar
Sotong atau udang kuantitinya ikut pada selera kita la
2 peket fish ball
1 peket crab stick
2-3 pokok sawi
1 batang carrot
Bunga kobis
4-5 cawan air
1 kiub ayam
1-2 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa

*Jika nak kuah lebih banyak tambah air lagi. Kita boleh tambah lagi bahan rencah ikut pada selera masing-masing ya.

CARA MEMASAK :

- Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong isi ayam kecil-kecil dan bersihkan sotong dan udang serta potong sotong kecil-kecil juga . Bersihkan sayur sawi dan carrot dan potong ikut pada citarasa kita.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan ayam dulu dan kacau semua bahan sampai ayam masak kemudian masukkan udang dan sotong kacau sekejap dan terus masukkan semua air . Kemudian masukkan minyak bijan , sos tiram dan kiub ayam . Kacau semua bahan serta biarkan sampai sup masak dan mula mendidih . Rasa masin sup ini jika kurang masin baru la ditambah garam.

- Masukkan carrot , crab stick yang dah dipotong 2 dan semua jenis fish ball atau ball perisa lain , kacau biar kuah mendidih kejap dan masukkan sayur sawi pula . Bila sayur sawi dan masak boleh la ditutup api dapur.

-Masukkan yee mee dalam mangkuk yang sesuai dan terus tuang kuah yang masih mendidih ni , biarkan yee mee lembut sikit serta kuah menjadi tidak terlalu panas dan boleh la menjamu selera.

Jom makan sup yee mee ni ..

Rabu, 9 Disember 2009

SOTO AYAM


Saya mula-mula cuba masak soto ni pada tahun 1998 , saya jumpa resepi dalam majalah . Semenjak dari tu selalu juga saya masak soto sebab bila sekali masak boleh makan sampai ke malam . Kami sekeluarga memang mengemari soto , anak-anak saya pun memang suka makan menu bersup .
Soto ayam

Bahan-bahan yang di makan bersama soto ayam ini cuma saya tak sediakan kacang goreng , taugeh dan daun sup pula saya sudah masuk terus ke dalam supnya.

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam-dipotong 8
1 peket bihun-dicelur
2 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
1.5 liter air (ikut pada selera masing2)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK PERGEDIL :
10 biji ubi kentang (saiz besar)
1 biji telur
Sedikit daun bawang dimayang halus-halus
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.

BAHAN SAMBAL KICAP :
8 biji cli api
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan2 rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit , api dapur mesti la sederhana besar saja.
Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi . Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak . Keluarkan ketulan ayam yang sudah masak dan biarkan sejuk . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
Untuk membuat pergedil pulak -Kupas semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan sebiji telur , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh la di bentuk seperti sebiji bola kecil dan ditekan leper dan buatlah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak yang mencukupi untuk mengoreng pergedil ni , pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.
Semua isi ayam di carik-carik dan diketepikan . Goreng suuhun , celur bihun dan taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit.

Sup ayam yang tengah masak mengelegak.


Ayam ni saya carik-carikkan isinya dan juga sambal kicap

Khamis, 1 Oktober 2009

KUEH TEOW GORENG


Pagi tadi saya goreng kueh teow untuk sarapan , nak mengorengnya senang dan kena cepat kalau tak hancur habis kueh teow ni .

BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow
30 ekor udang , dibersihkan
4 ekor sotong-dibersihkan
150 g taugeh
1 cawan isi ayam
1 cekak kucai - cuci bersih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 peket fish ball
2 biji telur
2 camca makan cili kisar
3 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
3 camca besar kicap manis
2 camca besar kicap cair

Boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.

Cara memasaknya:-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Bersih kan sayur kucai dan potong ikut pada citarasa.

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak .Masukkan daging ayam, udang, fish ball dan sotong sampai masak , kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , kicap cair dan kicap manis dan gaul . Masukkan kucai dan taugeh dan kacau lagi .

Bila taugeh agak layu terus masukkan semua kueh teow , garam/serbuk lada sulah dan kacau hingga rata dan mesra semua bahan. Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .

Rabu, 9 September 2009

MEE GORENG n BIHUN GORENG


Semalam untuk berbuka saya goreng bihun sikit dan sebungkus mee , suami nak mee goreng sementara anak-anak nak makan bihun . So , saya goreng kedua-duanya senang cerita . Cara nak tumis sama saja dan perencah pun saya letak bahan yang sama.

bihun goreng


Mee goreng

Bahan-bahannya:

1 bungkus mi kuning
1 cawan udang sederhana, buang kepala
1 cawan sotong yang sudah dipotong kecil-kecil
2 biji telur
2 cawan tauge, bersihkan
1 cawan kucai -potong kecil-kecil
2 sudu besar cili kisar
1 kiub perisa
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk :

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.

2. Kemudian masukkan udang , sotong dan kacau lagi. Masukkan telur, kicap manis dan kacau lagi kemudian masukkan kucai , taugeh serta terus kacau semua bahan ini .

3. Akhir sekali masukkan mee dan terus kacau semua bahan sehingga mesra , jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.

4. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar. Boleh juga dihiaskan dengan bawang goreng, telur rebus , daun bawang.

Khamis, 11 Jun 2009

KARI LAKSA


BAHAN-BAHAN :
1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
1 liter santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
5 biji telur - direbus
200 grm taugeh
Sedikit kacang panjang
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan

CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .

* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Boleh juga dimasukkan sekali kerang di dalam kuah bagi sesiapa saja yang suka makan kerang la...

Bahan terakhir di masuk ke dalam kuah ialah tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.

Mee kari laksa yang sudah sedia untuk di makan..

Isnin, 27 April 2009

MEE REBUS UDANG

Mee rebus resepi dari mak..
Ini ada resepi mee kegemaran kami sekeluarga , resepi ni saya belajar dari mak saya. Dulu arwah mak memang akan masak mee ni kadan-kadang bila masak mak saya tak letak ubi keledek yang dilenyek tapi mak akan masukkan telur sebiji demi sebiji . Sekarang selalu juga saya masak mee rebus ni dan anak-anak yang paling suka makan .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ubi keledek
1 kilo udang sederhana besar
500 gm daging
2 peket fish ball
1-2 peket mee
5 cawan air dari rebusan daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
200 gm udang kering-rendam dulu sekejap

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)
Taugeh - jumlah beli seringgit je

CARA-CARA MEMASAK:

- Kupas ubi keledek dan dipotong kecil kemudian rebus sampai empuk. Bila dah masak dan empuk lenyek sampai hancur halus.
- Daging juga direbus sampai empuk dan daging ini dipotong nipis dan kecil-kecil. Air rebusan daging di simpan untuk masak kuah nanti.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau kemudian masukkan air rebusan daging. Masukkan daging yang sudah di potong nipis-nipis tadi.

* Kalau kuah nak pedas lagi tambah la cili kisar masa menumis . Anda boleh ubah suai resepi ni ikut pada citarasa sendiri ..kalau nak kuah lebih tambah la lagi air dan kalau nak kuah lagi pekat tambah la ubi keledek lenyek lagi.


- Bila kuah sudah agak panas masukkan semua ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dan terus mengacau kuah.Masukkan garam dan biarkan sampai kuah mendidih selama 15 minit lagi.
-Masukkan semua fish ball dan udang tadi dan terus mengacau bila udang sudah masak boleh la ditutup api.
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup. bawang goreng dan cili. Dah siap , sedap mee ni cuba la masak sendiri.