MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label cerita saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita saya. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2011

Happy birthday sayang..

Happy birthday buat anakanda tersayang Nur Aisyah..
Mama , abah , adik Lina and Adam love u soo muchh..

Isnin minggu lepas 25.5.11 adalah hari yang paling happy buat kami sekeluarga sebab hari tu kami sambut birthday Aisyah yang ke 13 tahun . Kami celebrate di rumah saja anak-beranak dan saya masakkan cheese cake kegemaran Aisyah serta nasi dagang berlaukkan ayam kerutuk untuk sambut birthday Aisyah ni .

Pertengahan bulan ni baru la saya plan nak buat majlis birthday untuk Aisyah sambut bersama kawan-kawan dan saudara mara pula . Saya memang akan buat majlis meraikkan hari lahir anak walaupun majlisnya kecil dan simple saja . Saya nak anak-anak ingat memori yang happy untuk mereka kenang sampai bila-bila , lagi pun setahun sekali saja kita dapat raikkan hari lahir insan yang paling kita sayang dan penting dalam hidup kita sebagai seorang ibu..

Ini la cheese cake topping dengan apple caramel , kek favorite Aisyah ni..

Happy birthday sayang...

Ahad, 13 Mac 2011

Cuti-cuti ke Pantai Timur..

Assalamualaikum , saya sekarang ni berada di Kuala Terengganu bercuti sampai la hujung minggu ni . So saya akan masukkan n3 cerita saya jalan-jalan di Terengganu dan Kelantan sepanjang minggu . Dah lama saya dan hubby merancang nak jalan-jalan ke Pantai Timur ni best sangat bila dah sampai sini .

Ok la saya nak sambung keluar jalan-jalan ni insyallah malam nanti saya masukkan lagi gambar sepanjang kami sini..

Saya bersama puteri dan putera tersayang di pantai Kampung Sungai Ular , Cherating..

Bye dan selamat bercuti..
Bermula la holiday saya ke..
Cherating-Kuala Terengganu-Kota Bharu-Cameron Highland

Minggu ni saya gantung apron laa , cuti-cuti Malaysia..

Khamis, 16 Disember 2010

Ayam grill & brokoli

2 ketul dada ayam digrill dgn sayur brokoli dikukus dan plain lowfat yogurt di tabur flexseed

Ayam grill yang saya sediakan dengan brokoli kukus ni untuk dinner saya semalam . Dah 6 bulan saya tukar menu makanan saya dan berat saya pun dah turun sebanyak 25kg . Menu macam ni sedap dan sangat sihat .

Actually saya tengah gigih menurunkan berat badan ni al maklum la diri saya ni dah semakin kembang memang saya risau juga dan umur pun makin meningkat . Berat badan saya turun bukan hanya kerana saya jaga apa yang saya makan tapi saya bersenam dan alhamdulillah dari sehari ke sehari berat saya ni makin menyusut dan insyallah saya akan sampai ke target weight idaman saya tu . Slow and steady..

Makan untuk menjadi lebih fit , bertenaga dan sihat....

Sabtu, 25 September 2010

Jalan-jalan Aidilfitri..

Aktiviti kami hari ni ialah jalan-jalan memenuhi undang rakan-rakan rapat saya dan suami . Bila dah Aidilfitiri ni memang kita semua ambil peluang la nak lawat saudara mara dan kawan-kawan yang jarang dapat kita jumpa...
Bila dah jumpa macam-macam la cerita yang nak digebangkan sambil dapat menikmati juadah yang sedap-sedap sangat....saya masukkan beberapa keping gambar masa kami jalan-jalan siang tadi...
Gambar-gambar saya dan anak-anak masa jalan-jalan ke rumah terbuka kawan-kawan saya siang tadi...

Home made kek lapis Sarawak yang sangattttttt sedap...


Rendang tok ni dimasak oleh bapa bestfriend saya dan memang sedap sangat . Dimakan pula dengan nasi impit serta lemang ishhhh sedappppnya...


Ini pula juadah open house masa kami sekeluarga pergi ke rumah kawan baik saya di Selayang . Juadah yang disediakan simple saja tapi semuanya sedap sangat alhamdulillah...besok ada lagi beberapa rumah kawan yang kami nak pergi..

Hari raya ni hanya setahun sekali so memang saya akan penuhi setiap undangan open house dari saudara mara atau kawan-kawan...