MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bubur. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2011

Bubur biji nangka dengan keledek

Petang ni saya masak bubur biji nangka yang dicampur dengan keledek , bubur memang favorite anak-anak saya cuma saya jarang masak bubur sebab kuahnya banyak gula so masak sekali-sekala boleh la . Mula-mula tu saya ingat nak buat kuih badak berendam tapi memikirkan proses nak buat intinya tu dan nak dikukus pula so saya cancel je dan ganti dengan bubur biji nangka yang sedapppp ni...

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
2 cawan tepung pulut
1 biji keledek saiz sedang-sedang je
Air secukupnya
Pewarna makanan pilihan

BAHAN B
Gula pasir secukupnya-ikut citarasa masing-masing
3-4 cawan santan kelapa-boleh ditambah
Secubit garam
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih-bagi bau harum

CARA MEMASAK :

Gaul semua bahan A dan uli menjadi doh kemudian uli menjadi bentuk biji nangka atau uli jadi bentuk bulat . Rebus air dalam periuk sehingga mendidih . Masukkan adunan tepung yang sudah dibentuk menjadi bentuk nangka tadi . Bila adunan timbul di pemukaan air bermakna dah masak so boleh diangkat dan tos sekejap .

Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil. Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama buah cengkih , daun pandan dan ubi keledek tadi , masak kuah sehingga ubi keledek empuk . Masukkan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam . Akhir sekali masukkan biji nangka bewarna-warni dan kacau semua bahan bagi cukup mesra . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Bubur biji nangka yang bewarna-warni dengan ubi keledek ni memang sedap dan mudah nak dimasak...

Selasa, 25 Januari 2011

Pengat labu dan keledek..sedapnyaaa..

Balik kampung kali ni banyak juga saya dapat kutip sayur dan hasil tanaman yang mertua tanam sendiri macam labu dan keledek yang saya masak pengat ni . Resepi pengat memang favorite anak saya Aisyah dan selalunya bila saya masak pengat dia la yang rajin ulang makan sampai 2-3 kali . Selalunya lepas masak dan dah sejuk saya akan masuk pengat dalam fridge bagi sejuk . Aisyah memang suka makan pengat yang sejuk-sejuk....
BAHAN-BAHAN :

Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

Campuran labu dan ubi keledek..

Ni la buah labu yang mertua kutip dari kebun belakang rumah untuk saya bawa balik..

Khamis, 16 Disember 2010

Bubur caca

Bubur caca yang enak dimakan suam atau boleh juga disimpan dalam peti sejuk baru dimakan . Dah lama saya tak masak bubur caca . Cara nak masak yang mudah yang penting semua bahan mesti fresh macam santan, ubi keledek , jagung dan mesti la guna gula kabong..

Bubur caca yang saya campur dengan jagung fresh dan ubi keledek madu hmm sedap ni..baru masak saja anak-anak dah minta nak makan hehe..

BAHAN-BAHAN :

100 grm caca kering berwarna-warni
5 ketul keledek saiz kecil
2 biji jagung
Gula kabong secukupnya
Sedikit gula pasir
Santan kelapa secukupnya
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil , potong jagung , simpulkan daun pandan.

Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama daun pandan serta masak kuah sehingga hampir mendidih kemudian masukkan semua caca dan ubi keledek . Masukkan gula kabong dan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam .

Bila caca dan ubi dah masak serta empuk boleh la dimasukkan jagung kacau lagi . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila jagung dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sedapnya bubur caca ni kalau suka boleh dimasukkan sedikti biji sago dan kacang merah..

Jumaat, 13 Ogos 2010

BUBUR KACANG HIJAU



Bubur kacang hijau dengan sagu sedapnya yum yum..

Dah lama saya tak masak bubur kacang hijau ni bila bulan puasa mula la teringin nak makan . Saya suka makan bubur kacang ni dalam keadaan sejuk so selalunya bila dah masak serta dah tak panas saya akan simpan dulu dalam fridge . Kalau suami saya dia suka makan dengan roti sedap juga cara makan macam tu . kalau ada durian saya akan campur sekali dalam bubur kacang hijau ni memang lagi sodap la bubur kacang perisa durian yum yum...

Sabtu, 12 September 2009

BUBUR LAMBUK


Hari Khamis sudah saya masak bubur lambuk sebagai hidangan sampingan selain menu utama nasi dan lauk-pauk . Resepi saya pun mudah saja , arwah mak saya yang ajar . Masa tahun 1988 kesihatan arwah mak saya sudah tak begitu baik dan selalunya saya yang akan bantu mak untuk memasak , masa Ramadhan tahun tu la arwah mak ajar resepi bubur lambuk yang mudah ni .


bubur lambuk udang kering yang ditabur bawang goreng


BAHAN-BAHAN :

2 pot beras
2 cawan santan pekat
300 grm udang kertas kecil - buang kulit/kepala n ekor
2 genggam udang kering - direndam sekejap dan ditumbuh
2 batang serai-dititik
2 cm halia di potong nipis
1/2 sudu kecil jintan putih
Air secukupnya untuk masak nasi bubur ini - 2 liter air dan boleh ditambah

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Basuh dan bersihkan beras , tumbuk udang kering tapi jangan terlalu hancur.

-Panaskan sedikit minyak , tumis semua bahan tumbuk lumat , halia , udang kering serta udang kertas dan kacau sekejap sampai wangi kemudian terus lah dimasukkan air serta beras ke dalam periuk . Masukkan juga serai dan jintan manis tadi , kacau dah biar sampai nasi masak .Boleh la di masukkan garam secukup rasa dan santan tadi , biar nasi mesra dengan santan dan sampai mendidih , baru la boleh ditutup api dapur .

* Boleh juga dimasukkan sedikit daging lembu yang dipotong halus sebagai rencah tambahan untuk dimasak bersama bubur lambuk ini.


Bubur lambuk yang baru masak