MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label pie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pie. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011

Pie ubi kentang n sosej

Sekarang ni kalau saya ke Tesco mesti beli puff pastry dan kali ni saya masak pie simple dengan inti ubi kentang bercampur sosej . Puff pastry jenama Kawan memang paling best diguna cantik je naik pastrynya bila dah masak . Macam-macam resepi yang boleh diguna puff pastry ni dan hasilnya sangat memuaskan .

Kalau nak pie cantik seelok-eloknya puff pastry untuk bahagian atas pie ni dipotong bulat juga tapi saya sayang la pula nak buang bahagian tepi puff pastry ni so pie saya jadi bentuk 4 segi la....ok la kan yang penting pie ni memang sedap ikut selera kami sekeluarga...lain kali boleh saya buat lagi pie sebab anak-anak saya cukup suka..

BAHAN INTI PIE :

4 biji ubi kentang - dikupas serta potong dadu kecil-kecil
5 batang sosej di potong dadu kecil juga
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan susu segar kotak
Sedikit italian mix herbs
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar butter untuk menumis
Secubit garam

BAHAN LAIN :
2 bungkus puff pastry (jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1 sudu kecil susu dikacau rata - utk disapu atas pie.

CARA MEMBUATNYA

UNTUK INTI PIE:- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian tumis bawang putih dan merah yang dimayang halus . Kacau sampai bawang layu dan wangi kemudian masukkan ubi kentang tadi dan kacau dan biarkan sampai ubi kentang masak . Masukkan semua sosej , serbuk italian herbs dan kacau bagi sosej masak kemudian masukkan susu yang dicampur dengan tepung jagung tadi ke dalam adunan inti ni . Terus kacau dan masukkan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Kacau hingga inti jadi pekat, padamkan api dapur dan ketepikan bagi sejuk.

2. Ambil bekas/cup aliminium dan letakkan puff pastry kemudian tekan-tekan supaya puff pastry penutupi semua bahagian dalam cup aliminium ni . Isi kan bekas aliminum dengan inti pie . Kemudian ambil sekeping lagi puff pastry dan tutup bekas aliminium ni . Gunakan pisau untuk kelar bahagian atas dan tepi pie . Sapukan bahagian atas pie dengan telur yang telah dicampur dengan susu tadi . Bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20-30 minit atau sehingga pie masak.

Inti pie..

Bekas aliminium dan puff pastry .

Sabtu, 5 Mac 2011

Simple apple pie

Hari ni untuk menu minum petang saya sediakan simple apple pie , Memang sedap dan anak-anak saya ulang makan , selalunya kalau nak makan apple pie saya suka beli yang ada dijual kat McD yang cukup sedap dan murah pulak tu tapi kadang-kadang masak sendiri lagi best jimat belanja dan boleh diulang makan .

Fresh from the oven..yum yumm..

Simple Apple Pie

BAHAN INTI EPAL :
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula peerang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam

BAHAN LAIN :
Puff pastry secukupnya (jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula perang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan
Mudah je kan resepinya tak sampai 1 jam saya dah selesai buat dan tunggu je pie masak di dalam oven . Masa masak filling apple pie , dapur jadi harum semerbak dengan bau kayu manis dan harum apple hmm sungguh menyelerakan . Anak-anak especially Adam 2 kali masuk dapur sambil mulutnya tak habis-habis cakap sedapnye hehehe. Memang gabungan apple dengan cinamon cukup serasi dan sangat sedap..bila dah masak filling saya tunggu sejuk dulu sebelum buat apple pie guna pastry..


Hmmm yum yum cukup sedap apple pie ni dan yang paling best sebab agak mudah nak masak resepi ni...

Cuti hujung minggu memang best cuba masak resepi baru sebab anak-anak tunggu je apa yang mama nak masak . Anak-anak saya sentiasa berselera je tu yang buat saya seronok nak cuba resepi baru sebab saya tau apa yang saya masak mesti habisnye hehehe...

Isnin, 6 September 2010

SHEPHERD PIE

BAHAN-BAHAN :

1 peket daging cincang
3 biji bawang besar potong dadu
2 sudu besar tepung gandum
Garam
3 sudu butter
1 sudu minyak
Serbuk lada hitam secukupnya
Mix Vegetable secukupnya

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu . Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata . Masukkan mix vegetable dan black pepper . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam, kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.


MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk
5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni .

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas dan masukkan bahan inti daging dan ratakan.

Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan . Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging .

Buat corak garisan diatas mash potato dengan menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya . Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.

Yummy...