MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan

Isnin, 30 Ogos 2010

KERABU PUCUK PAKU

Saya memang gemar sangat makan kerabu dan bila berpuasa ni macam-macam jenis kerabu yang saya nak makan . Kalau beli di bazar Ramadhan kebanyak kerabu yang dijual dah tak fresh sebab terlalu cepat disediakan so paling best ialah buat kerabu sendiri la . Bukannya susah sangat nak sediakan kerabu ni bahan-bahan yang diperlukan pun mudah nak dicari.
Kerabu pucuk paku ni lagi best kalau ada kerang rebus atau perut lembu yang dah direbus dan dipotong kecil-kecil tapi kalau nak jadikan kerabu ni menu yang lebih sihat tak payah la letak kerang atau perut lembu tu dan rasanya tetap sedapppp la sangatt..

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 biji bawang merah besar
2 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau kasturi-boleh ditambah
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Mayang semua bawang besar serta cili merah nipis-nipis dan ketepikan dulu.Tumbuk udang kering dengan belacan sampai lumat ,perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Sabtu, 28 Ogos 2010

URAP DAUN SELOM


BAHAN-BAHAN :

1 ikat ulam selom
1cawan taugeh-bersihkan dan celur sekejap saja
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1 biji limau nipis-ambil jus saja
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1/2 inci belacan-dibakar
1 tangkai lada merah
Segenggam udang kering-rendam sekejap


** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan daun selom dan bawang kemudian potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Kemudian masukkan taugeh dan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi . Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut , garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.


Isnin, 16 Ogos 2010

KERABU KACANG BOTOL

Sedapnya kerabu kacang botol ni menu yang sangat ringkas tapi sungguh menyelerakan . kacang botol ni saya kutip dari kebun mertua masa kami balik kampung hari Sabtu baru-baru ni .Di rumah saya ni hanya saya yang suka makan kacang botol so semalam untuk juadah berbuka saya sediakan menu kerabu ni ikut selera saya la hmmm memang sedap kerabu ni cuba la...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang botol - dalam 20 biji
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau nipis
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botol dan dipotong nipis-nipis kemudian potng bawang besar serta cili merah nipis-nipis juga ketepikan dulu.Tumbuk udang kering sampai lumat ,perah limau nips dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.