MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam. Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2011

Sedapnya ayam kerutuk

Ayam kerutuk ni saya masak untuk di makan dengan nasi dagang . Resepinya saya dapat dari bungkusan rempah yang saya beli di pasar payang , Kuala Terengganu dan memang sedap ayam kerutuk ni....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-bersihkan dan potong 12
50 grm rempah kerutuk Terengganu
2 labu bawang besar - belah 4
1 biji kelapa - ambil santan pekat
2 batang serai dititik
3 sudu besar gula
1-2 sudu besar kerisik
3 sudu besar air asam jawa-boleh tambah
Garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
8 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi
Sedikit belacan - 1 inci

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kerutuk . Biar sampai rempah masak dan pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa , garam , serai dan gula. Masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan santan serta kerisik biarkan kuah pekat dan mendidih . Last sekali masukkan bawang besar serta gula dan garam kacau semua bahan . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Selasa, 29 Mac 2011

Ayam kukus

Resepi ringkas yang mudah untuk disediakan .

BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 batang serai-dititik
Sedikit daun sup/bawang diracik halus
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SOS :

1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit jus lemon-jika perlu sahaja ikut pd selera masing2

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah , halia dan titik serai . Taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ayam serta masukkan semua ayam dalam yang sesuai dan taburkan semua bawang serta halia n serai tadi diatas ikan.

4) Tuang atau curahkan semua bahan sos yang dicampur dengan sedikit air secara sekata di atas ayam dan sekeliling ayam . Taburkan daun sup atas ayam .

5) Masukkan mangkuk yang berisi ayam ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

6) Bila air sudah agak panas boleh la disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ayam masak selama 30 - 40 minit dan jika kurang masin boleh ditambah garam . Bila ayam dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Ahad, 6 Februari 2011

Ayam tumis capsicum

Resepi ayam yang sangat simple tapi sedapp...
BAHAN-BAHAN :
300 grm ayam - dipotong kecil-kecil
2 biji cili capsicum-dipotong
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar oyster sos
1 sudu black pepper sos
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

-Isi ayam dipotong kecil-kecil dan diperap dengan serbuk lada hitam . Panaskan 3 sudu besar minyka dan tumis semua ayam samapi masak . Ketepikan ayam tadi dan tumis semua bawang serta halia yang dimayang halus dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua sos tiram, sos cili , sos black pepper , semua cili capsicum dan kacau semua semua bahan sehingga rata dan rasa dulu masinnya jika kurang baru la ditambah garam .

Jumaat, 15 Oktober 2010

AYAM GORENG KARI

Bila saya masak ayam grill bahagian dada ayam memang selalunya kurang digemari oleh anak-anak so selalunya saya akan guna isi dada ayam grill tu untuk dibuat filling sandwich . Kali ni saya guna dada ayam ni untuk digoreng dengan rempah kari .

BAHAN-BAHAN :
2 ketul isi dada ayam - dipotong nipis-nipis
1 biji bunga lawang
1 batang kecil kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang merah - dipotong membulat
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

-Isi ayam dipotong kecil-kecil . Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta halia yang dimayang halus , kayu manis+bunga cengkih+bunga lawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua rempah kari , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan semua isi ayam dan kicap . Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu masinnya jika kurang baru la ditambah kicap lagi atau garam .

**Boleh juga diguna isi ayam mentah tapi isi ayam perlu di gaul dengan kunyit dan di goreng agak garing dulu sebelum ditumis dengan bahan-bahan diatas.

Ahad, 3 Oktober 2010

STEW AYAM



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
1 tin cendawan butang-potong 2
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 helai bay leaves
1 sudu kecil serbuk herba thyme
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dgn sikit air
3-4 sudu besar serbuk BISTO-bancuh dgn sikit air
Garam secukup rasa

* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown . Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage kalau Bisto ni boleh la diguna serbuk brown sos biasa atau chicken gravy mix brand McCormick .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan .

Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air , herba thyme n daun bay n lada hitam , ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk .

Masukkan kiub ayam , cendawan butang dan semua ayam yang telah di goreng tadi . Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan . Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur.


Semua ayam digoreng separuh masak.

Isnin, 23 Ogos 2010

AYAM MASAK MERAH


Ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi tomato..

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu tomato sos
4 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang untuk hiasan

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

5 biji cili kering
6 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
4 cm halia
4 batang serai

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan sedikit garing.

-Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar lumat serta serai . Masukkan gula, garam , cili/tomato sos dan kacau lagi . Biar sambal masak sampai pecah minyak dan menjadi wangi.

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan tabur daun sup/bawang ke atas ayam dan boleh la dimatikan api dapur.

Rabu, 18 Ogos 2010

SUP AYAM

Sup ayam ni menu yang simple tapi sangat digemari oleh anak-anak saya . Selalunya anak-anak saya akan hancurkan ubi kentang ni kemudian digaul rata dengan nasi serta kicap sikit memang berselera la mereka makan .


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (sederhana besar)
8 biji kentang
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air mencukupi untuk kuah sup


BAHAN-BAHAN TUMIS :

4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kayu manis ( 1 ketul )
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK :

- Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil . Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Ketumbar serta lada hitam ditumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , daun sup diracih halus.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang ditumbuk , semua rempah serta semua bawang tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la dimasuk semua ayam dan ubi kentang.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga ayam masak serta ubi kentang menjadi empuk .

Rabu, 11 Ogos 2010

KERUTUK AYAM

Ayam kerutuk untuk juadah berbuka hari ni..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam- potong 12
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar rempah kurma
2 cawan santan
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
1 inci kayu manis
2 biji bunga lawang

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji buah keras
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 batang serai
3 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing kemudian masukkan bunga lawang/kayu manis kacau sekejap . Masukkan rempah yang sudah dibancur dengan sedikit air . Kacau sehingga sebati dan rempah masak serta terbit minyak .

2. Masukkan ayam , kerisik , garam gula dan santan serta kacau semua bahan sehingga sebati . Biarkan sehingga mendidih dan kacau ayam sekali-sekala dan biarkan sehingga ayam masak . Sedap dimakan bersama nasi atau roti...

Selasa, 20 Julai 2010

GULAI AYAM PENCEN


Hari ni saya masak gulai ayam pencen atau ayam tua yang dah pencen tak bertelur dah . En.Husband yang beli ayam ni semalam di pasar malam memang suami saya sekali sekala mesti dia nak makan gulai ayam . Di sebabkan susah nak cari ayam kampung so ayam pencen pun memang dah cukup sedap cuma saya kena rebus dulu ayam ni sampai isinya menjadi lembut baru saya amsukkan santan dan bahan-bahan lain dan saya terus masak sampai la isi ayam sebati dengan kuah santan cili api .

gulai ayam pencen sedapnya..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam tua
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
6 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air hanya cukup-cukup menenggelamkan ayam saja kira jangan banyak sangat . Rebus ayam ni sampai air rebusan ni jadi sikit sangat dan ayam dah empuk.

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam ini bersama santan pekat , serai , asam keping , ubi kentang dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Cili api yang ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...


Gulai ayam yang sedang dimasak bila ubi kentang dah empuk boleh la ditutup api dapur..


Sabtu, 24 April 2010

AYAM GORENG BEREMPAH


Saya lebih suka goreng ayam berempah untuk dimakan bersama nasi minyak sebab kalau saya masak ayam merah memang kurang dapat sambutan dari anak-anak hehe ayam goreng ni juga yang laku...
Ayam goreng berempah , nanti saya bagi resepinya

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
2 sudu besar kicap
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar biji ketumbar-dikisar halus
1 sudu besar jintan putih-dikisar halus
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai-dipotong nipis-nipis

CARA-CARA MEMASAK :

Potong ayam ikut pada citarasa sendiri dan bersihkan ayam ini . Kemudian masukkan semua bahan serta bahan dikisar halus . Gaul rata ayam bersama-sama bahan ini dan perap didalam peti sejuk selama 4-5 jam . Bila nak makan baru la digoreng sehingga menjadi golden brown .


Ayam yang diperap beberapa jam dengan rempah ratus .

Jumaat, 23 April 2010

SAMBAL AYAM


Ayam sambal

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa segera

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

10 biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm belacan
5 biji buah keras

CARA MEMASAK :



-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Serai dititik atau boleh dikisar sekali . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Kalau suka boleh biar sampai garing.

-Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar lumat serta serai . Masukkan gula, garam , asam jawa dan kacau lagi . Biar sambal masak sampai pecah minyak dan menjadi wangi.

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.

Jumaat, 2 April 2010

AYAM GORENG KICAP




BAHAN-BAHAN :

500 grm isi ayam
4 biji ubi kentang- dipotong setebal 1 cm
2 biji bawang merah - dipotong membulat

BAHAN-BAHAN SOS :

1 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis
2 sudu cili sos
1 sudu plum sos
Garam secukup rasa

* Bahan-bahan sos ini boleh ditambah ikut pada selera masing-masing

Bahan di kisar halus :

4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 - 3 biji cili kering - direndam sekejap dlm air panas
2 cm halia

CARA MEMASAK :

-Isi ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil . Ubi kentang dikupas kulit dan dibelah 2 kemudian di potong nipis-nipis anggaran 1 cm .

-Gaulkan isi ayam tadi bersama kunyit dan sedikit serbuk lada hitam. Panaskan minyak yang secukupnya untuk mengoreng isi ayam ini dan goreng ayam sampai masak dan hampir garing . Angkat dan toskan isi ayam kemudian gorengkan pula ubi kentang tadi sampai masak , angkat dan tos juga.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua bahan-bahan sos , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan semua isi ayam serta ubi kentang yang sudah digoreng tadi . Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah kicap lagi atau garam .

Selasa, 26 Januari 2010

AYAM GORENG LADA HITAM


Selamat pagi Selasa

Hmmm dah lama juga saya tak masukkan n3 dalam blog masak saya ni ye , apsgi ni baru berkesempatan , semalam memang saya agak sibuk sebab saya baru buat blog baru jom la singgah klik saja pada nama kedai saya ni KEDAI NANNIE dan semua pengunjung boleh terus ke sana .


Ayam ni saya perap dulu semalaman dengan beberapa bahan dan kemudian baru saya tumis dengan lada hitam dan bahan-bahan lain . Nanti saya bagi resepinya ya..tunggu...

Jumaat, 28 Ogos 2009

RENDANG AYAM


rendang ayam.. yum... yum




Rendang ayam
Resepi untuk rendang ayam ni saya ada bagi dalam post sebelum ni dan boleh check di senarai label kat sebelah kanan blog saya ni ..

Ahad, 17 Mei 2009

KARI AYAM

Saya cukup suka makan kari ayam selain dari kari ikan , anak-anak saya pun hanya suka makan kari ayam sahaja.So , pagi tadi saya masak la kari ayam untuk lunch kami sekeluarga. Saya suka letak banyak ubi kentang dalam kari ayam ni dan saya biarkan ubi kentang ni cukup empuk sebab anak-anak saya suka hancurkan ubi kentang ni bila makan nasi ,berselera sungguh mereka makan nasi hari ni...

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang yg besar
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.


3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Perlahan api dapur dan tutp periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.


Kari ayam hmmm yummmy.

Selasa, 17 Mac 2009

CHICKEN CURRY

INGREDIENTS A :

1 kilo chicken- cut into small pieces
1 packet curry powder
3 cups coconut milk
4 table spoon oil
4 potatoes - cut into 4
1-2 tea spoon salt

INGREDIENTS B :

4 shallots , chopped finely
3 cm ginger, chopped finely
1 table spoon ground chilli paste
1 cinnamon stick
3 cloves
2 star anise


Ingredients B


Heat up oil, fry all the B ingredients till fragrant. Add the coconut milk , mix well and bring to boil.

Add chickens , potatoes , salt and stir .Reduce heat and simmer until curry is thick and chicken is tender.

Delicious chicken curry