MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2010

Udang goreng kari

BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang - dibersihkan
1 peket serbuk kari udang
2 sudu besar mentega
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
Sedikit daun bawang/sup
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan dimayang nipis-nipis :

1 biji bawang besar
2 cm halia

Bahan B ( dikisar halus) :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA MEMASAK :
-Udang dibersihkan dan di gaul rata dengan bahan B serta 2 sudu besar serbuk kari . Perap selama 1 jam . Potong semua daun pandan dan daun bawang/sup nipis-nipis.

-Panaskan minyak secukupnya dan goreng udang separuh masak tapi kemudian angkat dan tos udang ketepikan .

-Panaskan semua butter dan sedikit minyak masak kemudian masukkan semua bawang besar /halia yang dimayang nipis-nipis , daun pandan , daun bawang/sup dan daun kari serta goreng sehingga bawang menjadi layu serta warna bertukar kekuningan .

-Masukkan 3 sudu besar rempah kari serbuk dan kacau sekejap kemudian masukkan semua udang tadi . Terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Bila udang dah cukup mesra dengan semua bahan boleh la ditutup api dapur.

Khamis, 2 Disember 2010

Udang goreng simple


BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang - dibersihkan
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
1 biji bawang besar
2 cm halia
3 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 pokok daun sup/daun bawang-diracik nipis-nipis

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos tiram-boleh tambah
1 sudu besar jus lemon-boleh tambah
Sedikit minyak bijan
Sos ikan Thai secukup rasa

CARA MEMASAK :
* Udang dibersihkan dan di goreng sampai masak tapi jangan garing sangat kemudian angkat dan tos udang ketepikan . Semua bawang dan halia dimayang nipis-nipis .

* Panaskan semua butter dan minyak masak kemudian masukkan semua bawang merah , halia dan bawang putih goreng sehingga bawang putih menjadi layu serta warna bertukar kekuningan dan terus masukkan bawang besar kacau sekejap.

* Masukkan sos tiram dan semua udang tadi kemudian masukkan jus lemon , sos nampla , minyak bijan , dan daun bawang . Terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Bila udang dah cukup mesra dengan semua bahan boleh la ditutup api dapur .

Jumaat, 9 Julai 2010

UDANG MASAK LEMAK KUNING



BAHAN-BAHAN :

500 grm udang kertas sederhana besar
2oo grm kacang buncis
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 batang serai-dititik


CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua udang dan kacang buncis di potong menyerong . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan.

-Masukkan kacang buncis dan terus kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur buncis dah layu boleh la di tutup api dapur.

Rabu, 6 Januari 2010

UDANG KICAP MANIS


Selalu bila udang saja saya mesti masak sambal tumis atau masak lemak , kari atau goreng kunyit so saya reka-reka je resepi ni dan hasilnya memang sedap....udang ni saya masak untuk lunch semalam .

Udang ni saya beli dari nelayan kat Sg.Yu kat Kuala Selangor memang fresh . Resepi saya mudah je saya guna bawang putih , bawang merah sedikit saja halia , soso tiram , kicap manis , sedikit asam jawa , minyak bijan dan sos nampla Thai tu . Udang ini saya goreng sekejap ( deep fry ) dan lepas tu saya tumis macam biasa semua bahan2 dan saya masukkan udang ni ke dalam sos dan digaul mesra . Kalau nak pedas boleh la ditambah cili api atau cili merah saja....hmmmm sedapnya....




Rabu, 30 September 2009

SAMBAL TUMIS UDANG



Bahan-bahannya:-

½ kilo udang sederhana saiz ( M ) - dibuang kepala dan ekornya (dibersihkan)
1 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :-

8 biji cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas

Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering

Cara memasaknya:-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

2. Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang dan kacau rata.

3. Bila dah agak masak (lepas 10 minit) masukkan garam, gula dan akhir sekali curahkan air asam jawa. Kacau sekejap semua bahan dan boleh la ditutup api dapur.