MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label cake decorations. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cake decorations. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Januari 2011

Cupcake Upin dan Ipin untuk Adlina

Salam pagi Sabtu hari ni mula la cuti sekolah seminggu ya , ke mana kita mesti ada yang dah sampai kampung malam tadi hehe . Saya hanya di rumah sebab raya cina ni baru ada family gathering .

Cup cake ni saya buat untuk birthday Adlina baru-baru ni . Saya guna resepi butter cake dan untuk nak hias cake saya guna bacuhan krimwell serta edible image . Hiasan kek yang saya buat ni simple je dan hasilnya sangat memuaskan yang penting Adlina suka sangat..

Birthday girl Adlina dengan Adam dan kak Aisyah..

Ini la cup cake untuk birthday Adlina, dia suka sangat..

Upin & Ipin

Simple cup cake decorations..

Saya guna perisa strawberry untuk icing decoration ni..


Cup cake yang dah disapu bancuhan krimwell dan saya letak sugar/edible image Upin & Ipin . Kartun Upin & Ipin memang la favorite Adlina dan si kecil Adam , kiranya suka sangat dan rasanya ada dekat 20 kali dah Adam dan Adlina dok ulang tengok movie Upin & Ipin sampai boleh hafal dialog la hehe..

Dah ready ni , dekat setahun saya tak pegang piping bag ni nasib la masih ingat caranya nak pasang nozel dan skill nak hias kek masih maintain hehehe

Proses nak bagi cantik cup cake , anak-anak pun sama join tengok mama in action dan Aisyah cakap dia nak cuba nanti la saya nak ajar Aisyah teknik nak bancuh krimwell atau butter cream dan cara-cara nak hias kek lepas tu boleh ajar Adlina pula..

Best juga sekali-sekala bila dapat deco kek guna cream ni kalau buka untuk ambil tempahan cupcake dari pelanggan ok gak kan hehe

Selasa, 11 Ogos 2009

GAMBAR KEK LAGI

Saya kumpul semua gambar-gambar kek ni untuk koleksi sendiri .













Isnin, 10 Ogos 2009

GAMBAR KEK FANTASI

Saya kumpul gambar-gambar kek lagi dari internet / GOOGLE , saja nak buat koleksi atau bahan rujukan dan boleh disimpan saja dalam blog saya ni , mana la tau tiba-tiba teringin pulak saya nak buat kek yang bertema fantasi dan fairies .





















GAMBAR KEK CANTIK LAGI









Ahad, 9 Ogos 2009

SIMPLE AND SWEET

ALL PHOTOS ARE FROM GOOGLE IMAGES....

Semua kek ni bukan saya yang membuat hiasannya ya tapi saya copy dari Google untuk dibuat koleksi dan bahan rujukan saja . Semua decoration cake ni simple-simple sajakan , kira just nice saja.....saya suka semua teknik decoration dari yang simple , colorful dan macam-macam lagi tapi bila nak buatnya entah la...tengok gambar pun dah best....









CANTIKNYA CAKE...

ALL PHOTOS ARE FROM GOOGLE IMAGES.....

Semua gambar kek ni bukan saya yang buat tapi saya saja suka-suka nak simpan dalam blog ni sebab berkenan tengok teknik decoration kek ni yang simple dengan warna hue hijau dan background putih....