MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 13 Jun 2009

BAYAM MASAK LEMAK PUTIH



BAHAN-BAHAN :

1 ikat bayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 cawan santan
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1) Bersih kan sayur bayam dan potong , kupas semua bawang dan dimayang halus .
2) Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang di mayang halus tadi . Gunakan api yang sederhana besar untuk masak kuah ini , bila kuah dah masak dan mendidih boleh la di masuk kan sayur bayam serta garam . Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila bayam sudah layu serta masak boleh la ditutup api dapur.

Khamis, 11 Jun 2009

KARI LAKSA


BAHAN-BAHAN :
1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
1 liter santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
5 biji telur - direbus
200 grm taugeh
Sedikit kacang panjang
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan

CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .

* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Boleh juga dimasukkan sekali kerang di dalam kuah bagi sesiapa saja yang suka makan kerang la...

Bahan terakhir di masuk ke dalam kuah ialah tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.

Mee kari laksa yang sudah sedia untuk di makan..

Selasa, 9 Jun 2009

PASTA BAKAR


BAHAN-BAHAN :

250 gm pasta
100 gm sayur campur
3 biji bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 tin sos spehgetti prego
1 tin cendawan butang - dihiris halus
1 peket ayam kisar
5 biji telur
1/2 cawan susu
2 cawan keju monzarella
Sedikit mentega
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


CARA MEMBUAT :

1 )Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau lagi sehingga daging ayam mnejadi masak. Kemudian masukkan sos spehgetti , cendawan dan sayur campur serta terus mengacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur , susu dan garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.

3) Sapukan mentega pada pemukaan dalam dulang pembakar. Tuang semua bahan tadi ke dalam dulang pembakar. Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak.


Pasta yang sudah siap dan boleh di bakar


Pasta yang sudah masak



Pasta yang sudah boleh di hidang , hmmm yummy..

SAMBAL TUMIS TELUR

Sambal telur ni antara menu yang mak saya suka masak masa saya kecil-kecil dulu , sampai sekarang saya suka hmmm sedap. Saya masih ikut cara mak saya sediakan telur rebus ni , cara mak saya ialah telur yang di rebus ni di kelar-kelar kelilingnya lepas tu telur rebus ni di goreng kejap biar sampai kelilingnya bergerutut kekuningan.

Sekarang ni anak-anak saya pun suka makan sambal telur ni menu simple yang sanagt menyelerakan...



BAHAN-BAHAN :

6 biji telur - direbus
1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.

2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.

3) Telur yang sudah di kupas tadi , dikelar kelilingnya dan digoreng sekejap sehingga kelilingnya menjadi kekuningan.

4) Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama. Bila semua bahan dah cukup mesra boleh la ditutup api dapur.

Khamis, 4 Jun 2009

ASPARAGUS GORENG

Antara sayur yang saya cukup suka ialah asparagus sebab rasanya yang ranggup dan lemak manis tu. Paling saya suka kalau asparagus di goreng belacan , tumis gan sos tiram atau tumis dengan bawang putih je hmmm yummmy..sedap. Kali ni saya goreng asparagus dengan sos tiram , resepi ini simple saja tapi kami sekeluarga suka sangat..

BAHAN-BAHAN :
1 ikat asparagus
Sedikit kobis
Sedikit isi ayam /daging 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh minyak bijan
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sayur kobis dan asparagus serta potong ikut citarasa kita la . Bersihkan isi ayam dan potong nipis -nipis , kupas semua bawang dan dimayang halus.
2. Panas kan minyak dalam kuali dan tumis semua bawang dan biar sampai bawang menjadi layu , terus dimasukkan isi ayam . Kacau isi ayam dan biar samapi masak kemudian masukkan sos tiram dan minyak bijan kacau sekejap.
3. Terus masukkan semua sayur asparagus dan kobis serta garam , terus kacau sehingga sayur layu dan tutup la api. Jangan goreng sayur terlalu lama nanti  sayur jadi lembik dan over cook , langsung sayur jadi tak sedap. Selamat mencuba ya...



Rabu, 3 Jun 2009

CHOCOLATE CAKE

Saya belajar baking dan cara nak hias cake lagi , kali ni kelas gan Mr.Hau yang baik hati hehehhee.... dia memang sangat la helpful dan sentiasa ceria. Nama kelas kali ni ialah American chocolate cake ganache. Kelas ni memang saya enjoy sangat dan mudah untuk saya buat decoration untuk cakenya guna cokolat ganache ni. Cuma kek ni yang Mr.Hau dah masak awal agak berderai la tapi saya boleh tukar guna resepi moist chocolate cake.....



Ha... ni dah half way nak siap , best la kelas kali ni....


Ini la cake chocolate saya yang dah siap , lepas ni balik rumah boleh bake dan decorate sendiri la.....resepi chocolate ganache yang Mr.Hau bagi memang sedap ... hymmmm yummy...