MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 6 Julai 2009

LALA MASAK LEMAK


BAHAN-BAHAN :

1 kilo lala
3 cawan santan pekat
1 batang serai-dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Satukan santan dan bahan ditumbuk lumat kedalam periuk , masakkan kuah sampai hampir mendidih. Kemudian masukkan lala yang sudah dibersih , serai , garam dan kacau semua bahan . Sekali-sekala kacau lala supaya kuah tak pecah minyak , bila lala dah masak boleh la ditutup api dapur. Yum yum sedap...

* Kalau nak banyakkan kuah tambah la sedikit air atau santan lagi..

Ahad, 5 Julai 2009

IKAN PEKASAM

Suami saya cukup gemar makan ikan pekasam , kalau makan nasi dan ada ikan pekasam goreng memang berselera dan bertambah la nasi suami saya hehehe.... . Ikan pekasam ni suami saya kirim beli dari kawan office dia yang balik kampung di Kulim , Kedah. Ini kira home made ikan pekasam , memang fresh... bila di goreng garing baunya wangi semerbak hmmmm...yummy..

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Dah lama juga saya tak masak lemak siput sedut ni , semalam suami pegi pasar beli sepeket dan masak untuk lunch , hmmm sedapnya....saya masak lemak cili api..mudah dan cepat..


BAHAN-BAHAN :

1 peket siput sedut - buang hujung siput guna playar
5 cawan santan pekat
2 batang serai-dititik
1/2 buah nenas- potong ikut suka
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan siput , memang suami saya la yang buang hujung siput ni , potong nenas menjadi saiz yang kecil-kecil memanjang.

2)Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan bahan yang ditumbuk lumat dan serai. Biarkan kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan siput , nenas dan garam. Kacau siput dan biar sampai kuah mendidih , siput akan bertukar warna bila dah masak serta nenas menjadi empuk baru boleh la ditutup api...mudah je kan nak masak..cuba la

* Api dapur perlu sederhana dan kacau kuah santan selalu supaya santan tidak meruap dan pecah minyak nanti tak sedap pula masak lemak ni

Sabtu, 4 Julai 2009

SAYUR BUNCIS TUMIS SOTONG

Kacang buncis adalah salah satu sayur favorite di rumah saya ni , macam-macam cara boleh di masak macam masak lemak kuning campur udang , di tumis dengan tempe dan pelbagai lagi. Kali ni saya tumis buncis dengan carrot dan sotong.

BAHAN-BAHAN:

300 grm buncis
1 batang carrot
2 ekor sotong yang besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis dan carrot.

2. Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bawang biar sampai layu. Masukkan sotong , sos tiram dan carrot , kacau sampai sotong separuh masak dan masukkan buncis dan garam . Terus kacau supaya semua bahan mesra dan tutup api bila sayur buncis masak.


Jumaat, 3 Julai 2009

SARDIN TUMIS CILI

Makan malam kami yang simple , saya masak kangkung tumis belacan , sardin tumis cili dan telur dadar... dah cukup sedap untuk kami sekeluarga .



BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1/2 sudu kecil gula

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi .

2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua sardin , gula dan asam jawa , terus kacau sampai mesra dan boleh la ditutup api. Kalaau tak cukup masin tambah la garam sikit.

* Selalunya saya gunakan cili kering yang telah dikisar halus tapi kali ni saya guna cili merah tapi rasanya lebih kurang sama saja tetap sedap...

Khamis, 2 Julai 2009

BROKOLI SOS TIRAM



BAHAN-BAHAN :

1 biji brokoli
1 peket cendawan
1 ketul dada ayam
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

*Kalau nak kuah pekat masukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini pada saat akhir , kacau sayur sehingga kuah menjadi pekat dan boleh la ditutup api dapur.

CARA MEMASAK :

1.Bersihkan brokoli dan potong , cendawan di siat-siat.

2.Kupas semua bawang dan dimayang halus , dada ayam dipotong nipis-nipis.

3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sampai layu kemudian masukkan isi ayam dan kacau biar sampai isi ayam masak.

4.Masukkan sos tiram dan minyak bijan dan kacau kemudian masukkan sedikit air sahaja dahulu , kemudian masukkan brokoli dan kacau .

5.Bila brokoli kelihatan separuh masak terus masukkan cendawan dan sedikit lada sulah dan kacau rata , terus tutup api bila cendawan masak.