MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 14 Julai 2009

BAKE BEAN & TELUR



Sarapan ringkas saya pagi tadi..

CARA MEMASAK :

1) Goreng dulu berapa biji telur yang kita nak masak untuk menu ni.

2) 2 ulas bawang putih / 1 biji bawang merah - dimayang halus lepas tu di tumis sampai layu dan masukkan semua bake bean . Kacau kejap dan masukkan semua telur yang di goreng , gaul bagi rata dan boleh ditutup api..sonang je..

*Kami sekeluarga suka makan bake bean cap Ayam , memang sedap dari brand lain ....


Bake bean yang dah siap di masak...yummy...

Sabtu, 11 Julai 2009

KARI IKAN TENGGIRI & PARU GORENG


Saya ada la beli 3 ekor ikan tenggiri papan (ikan tenggiri ni gred yang 2 tapi masih sedap juga ) , masa beli tu tak terfikir nak masak apa pun , beli saja sebab murah 3 ekor untuk harga 5 ringgit saja , saiz nya tak la besar sangat pun sekor dalam 12 inci panjang , kat mini market kat rumah saya ni harga ikan dan sayur-sayuran memang murah . Hari Sabtu pagi memang hari saya memborong barang-barang dapur .
Bila dah balik rumah , baru la terfikir nak masak menu apa dan ikan tengiri ni sedap di masak kari . Saya ada juga beli paru sikit mula nak masak sambal paru tapi last-last goreng saja pun dah sedap....

Kari ikan tengiri , resepi untuk kari ikan ada saya bagi dalam post sebelum ni , cara masak karinya sama cuma jenis ikan saja yang lain ....



Paru goreng..

Khamis, 9 Julai 2009

AYAM MASAK LEMAK CILI API


Ini la resepi kegemaran suami saya , selalu kalau di kampung mak mertua saya akan guna ayam kampung tapi kat bandar nikan susah juga nak cari ayam kampung jadi suami saya beli ayam telur yang dah tua , ayam ni pun kadang-kadang orang panggil ayam pencen hehehe sebab dah pencen dan tak bertelur lagi.

Isi ayam pencen ni pejal dan liat juga so rasanya lebih kurang macam sama dengan ayam kampung . Kalau masak resepi ni memang saya akan masak ayam ni kira macam merebus dulu la sebab nak bagi ayam ni empuk , selalunya saya rebus dalam sejam kalau tak empuk juga saya biar lama sikit atau sampai air rebusan ayam ni jadi sikit.

Saya bagi juga resepi untuk menu ni walaupun saya dah ada bagi dalam post yg lepas ...


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam tua
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
5 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air hanya cukup-cukup menenggelamkan ayam saja kira jangan banyak sangat . Rebus ayam ni sampai air rebusan ni jadi sikit sangat dan ayam dah empuk.

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam ini bersama santan pekat , serai , asam keping , ubi kentang dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Selasa, 7 Julai 2009

MUFFIN


Hari ni teringin pulak nak makan muffin, buka blog My Resipi.com , saya jumpa banyak betul resepi muffin so pilih saja yang berkenan dan saya terus buat .Sekejap je rupanya nak bancuh adunan muffin ni hehehe... kira senang la juga . Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar ... 30 minit lepas tu dah masak ...hmmmm semerbak harum satu rumah hehehe..tunggu sejuk jap..dan apa lagi..... yum..yum la...


muffin yang dah ready nak di bakar..


Muffin dah masak...hmmm.... yummy..

TAUHU GORENG


Macam-macam resepi kita boleh masak dengan tauhu kan , cara saya mudah saja tauhu di goreng lepas tu di tabur sikit garam di atas tauhu dan kacau bagi mesra lepas tu saya makan macam tu saja.. kiranya jadi macam snek la...

Kami sekeluarga memang suka makan tauhu di goreng saja kalau saya masak stail lain memang anak-anak tak mau makan . Saya selalu beli tauhu di pasar pada awal pagi sebab tauhunya semua fresh dan baru sampai dari pembekal , bila beli tauhu saya rasa dengan jari dulu kulit tauhu ni kalau melekek tandanya tauhu tu dah agak lama lepas tu saya bau sikit haa... fresh dan tak bau masam. Balik rumah saya terus basuh tauhu ni dan potong nipis-nipis . Kemudian saya panas kan minyak masak yang baru bukan minyak yang sudah diguna untuk mengoreng ikan. Bila minyak dah cukup panas baru la saya masukkan tauhu dan saya goreng sehingga kekuningan. Tos dan boleh di tabur garam sedikit serta terus digaul supaya rasa garam sekata ...boleh dimakan ratah macam tu saja , hmmm memang sedap..


Tauhu yang sedang digoreng.

Isnin, 6 Julai 2009

DONUT SIMPLE


Petang semalam saya buat donut untuk minum petang , anak-anak saya suka donut yang topping dengan almond dan white chocolate.

BAHAN-BAHAN:

200 gm tepung roti
20 gm gula
20 gm butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140 ml susu segar
Minyak masak untuk goreng donut


BAHAN TOPPING :

50 grm kepingan almond - dibakar sebentar dalam oven sehingga ranggup
50 grm white chocolate - double boiling sampai cair.

CARA MEMASAK :

1. Masukkan tepung , gula , garam dalam mangkuk dan kacau.

2. Buatkan lubang di tengah tepung . masukkan susu dan yeast dan kacau sedikit.

3. Kemudian masukkan butter dan kacau sehingga sekata, bila dah sebati boleh la di uli adunan sehingga tak melekat ditangan . Buatkan bentuk bulat dan tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kain lembab.Biarkan adunan naik 2x ganda.

4. Bila dah naik , tumbuk adunan dan uli kejap dan boleh di canai adunan menjadi leper .Gunakan penekap donut dan tekap sampai habis adunan tepung tadi.

5. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng donut sehingga kekuningan , balik-balikkan donut supaya tak hangit. Angkat dan tos sekejap , biarkan donut sejuk sikit.

6. Celupkan donut dalam white coklat , kemudian boleh di taburkan almond yang dah di toast tadi. Dah pun siap................. yummy.


Donut yang dah di tekap.


Donut yang dah siap.



Adlina yang dah ready nak makan.....sambil posing dulu untuk mama dia ambil gambar ni yum..yum , dia suka benar donut ni...