MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 18 November 2009

BIRTHDAY ESQIL


Ahad sudah kami berkumpul di rumah kakak saya , abang saya dari Penang pun ada seperti biasa kalau berkumpul ramai-ramai ni memang meriah la...bila time macam ni la saya dan anak-anak happy sangat , saya happy sebab boleh jumpa dengan abang dan kakak-kakak saya untuk bercerita dan catch-up kisah kehidupan masing-masing dan bertanya kabar...
Kali ni selain jumpa untuk bercerita abang saya dah plan nak sambut birthday anak sedara saya Esqil , so kakak ipar saya la yang masak untuk dinner kami malam tu . Kak Naimah masak pasta Olio hmmm sedap...selain tu kek birthday yang sedap juga...
Happy birthday Esqil...




Jumaat, 6 November 2009

AYAM MASAK KICAP


Kat rumah saya ni kalau menu ayam saya masak 4 jenis saja iaitu masak lemak ayam ,rendang ayam , kari ayam atau masak kicap . Kalau nak lagi mudah goreng saja ayam tu lagi anak-anak saya suka . Kali ni saya bagi resepi ayam masak kicap saya yang sangat simple ni ..


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - di potong 12
8 biji ubi kentang
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis
2 sudu kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


CARA MEMASAK :


Potong ayam ikut pada citarasa , saya potong 12 saja dan lumurkan semua ketulan ayam ini dengan garam dan kunyit . Goreng ayam ini sampai masak , angkat / tos dan ketepikan.

Kupas semua kulit ubi kentang dan potong kecil-kecil dan goreng sampai masak juga , angkat/tos dan ketepikan dulu.

Kupas semua bawang dan di mayang halus , kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang sehingga wangi terus masukkan sos tiram , kicap cair , kicap manis dan minyak bijan dan ayam. Kacau semua bahan sehingga mesra dan kuah kicap sekata pada semua ayam dan jika kurang masin bolehlah di tambah kicap manis lagi.



Ayam dan ubi kentang yang baru digoreng

Rabu, 4 November 2009

SARAPAN PAGI NI...


Instant mushroom soup dengan garlic bread , sarapan pagi yang ringkas , mudah dan sudah cukup sedap untk kami sekeluarga...

French loaf yang disapu dengan butter garlic dan di toast jadi la garlic bread.

Isnin, 2 November 2009

JALAN-JALAN...


Weekends ada la hari wajib saya bawa anak-anak berjalan dan saya selalu ke Amcorp Mall dulu sebelum ke destinasi lain , kalau lunch di Amcorp Mall ni saya suka makan di Restoran Kapitan . Makanan di sini memang sedap dan puas hati berbaloi-baloi dengan harganya. Selalunya kami makan wantan mee atau nasi ayam...

Set wantan mee


Bila makan di restoran ini anak-anak saya lagi suka makan wantan mee dari nasi ayam sebab rasa sos mee ni memang sedap.....

Dekat area rumah saya ni baru ada gerai jual nasi ambeng sebelum ni saya memang tak pernah makan nasi ambeng selalunya hanya dengar dan tengok rupa nasi ambeng pun melalui majalah saja..So semalam saya cuba beli nasi ambeng ni...


Sedap rupanya nasi ambeng ni , serunding dan tempe goreng gan ubi kentang tu yang buat sedap ayam berempah tu pun memang best. Kakak yang jual nasi ambeng ni pandai masak la . Nanti bila lalu kat gerai dia saya nak beli lagi la...

Ahad, 1 November 2009

Tumis air pucuk keledek


Sayur keledek ni saya masak cara tumis air biasa saja , sayur kegemaran saya dan suami . Rasa pucuk sayur keledek ni macam sayur kangkung manis dan berlemak . Kalau di kampung suami saya petik pucuk sayur keledek ni di kebun belakang rumah je sebab bapa mertua saya memang ada tanam ubi keledek kiranya fresh from the farm la heheheee....

Tu la bestnya hidup di kampungkan kalau rajin bercucuk tanam kita dapat nikmati hasilnya , kalau duduk di bandar ni pun boleh juga tu pun kalau rumah teres/bungalow dengan kawasan tanah yang besar le kan...kalau dak beli kat pasar je la sayur pucuk keledek ni , ok la tu ...


Pucuk sayur keledek

Ikan keli salai


Ikan keli salai ni saya beli masa gi Melaka , minggu lepas saya masak menu ni tapi hari ni baru masak dalam blog saya ni dan resepinya pun saya dah ada bagi dalam n3 yang lepas . Kalau balik kampung suami kadang-kadang mak mertua saya akan maska menu ni , memang sedap . Kena pulak kalau ikan keli tu dari jenis yang liar bukan yang di bela dalam sangkar . Ikan keli liar ni di tangkap sendiri dari sungai atau sawah , isinya lebih kenyal dan tak hanyir kira macam ayam kampung la tak banyak lemak .

Cara nak masaknya masih sama macam masak lemak lain , cara mak mertua saya masak lemak tak de bawang , cili api asli yang kecil tu dan santan mesti pekat . Mak mertua juga guna dapur kayu api sebab tu masakan dia rasa berbeza dan hmmm memang sedap sangat...


ikan keli salai


BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli salai
5 cawan santan pekat
3 batang serai (dititik)-kalau tak letak pun boleh
2 keping asam keping
2 biji tomato

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam keping dan kacau lagi.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ikan salai , biarkan ikan keli menjadi lembut serta boleh la dimasukkan tomato yang dah di belah 2 tadi , biar tomato layu sikit dan boleh la ditutup api dapur .Rasa garam kalau tak cukup masin tambah la garam lagi.