MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 10 Mac 2010

APA ADA DALAM TUREEN


Salam petang Rabu

Kejap je masa berlalu dah pun hari Rabu , hari ni saya masak kari ikan tenggiri dan kepalanya sekali . Saya beli 3 keping isi ikan tenggiri dan kepalanya sekali hmmm sedap ni . Saya memang suka makan kepala ikan macam kepala ikan merah , tenggiri , jenahak , senangin dan siakap . Bahagain kepala ni banyak juga isi .

Di mana saya belajar makan kepala ikan hmmm biasa la kalau orang utara kalau pi makan nasi kandar kadang-kadang order kari kepala ikan lama-lama dah sedap saya pun masak kari kepala ikan di rumah lagi la jimat belanjakan .


Kari ikan tenggiri ni saya letak dalam tureen yang saya dapat hadiah perkahwinan saya 13 tahun dulu , tureen ni bukan la antik tapi kira tureen pertama la yang saya dapat jenama Giacomo . Lagi 30-40 tahun mesti masuk era antik tureen saya ni masa tu anak saya la yang akan dapat mewarisi tureen ni kalau tak pecah la..


Jeng-jeng ini la kari kepala ikannya , resepi karinya sama je macam buat kari ikan biasa . Kuah pula ikut la pada citarasa kita nak pekat atau cair . Selain makan dengan nasi lebihan kari ni saya simpan dan boleh juga makan dengan roti sebagai sarapan pagi besok . Resepi yang saya bagi ini adalah cara kari yang dimasak oleh arwah mak saya dulu .


BAHAN-BAHAN :

3 keping isi ikan tenggiri saiz sederhana
1 ketul kepala ikan
10 biji kacang bendi
3 cawan santan pekat
Garam dan asam jawa secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

1 peket rempah kari ikan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
4 ranting daun kari

* Kalau nak kari kita masak ni pedas sikit boleh juga ditumis bersama 1 sudu kecil cili kering yang dikisar . Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah sedikit air.

CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan ikan tengiri dan kepala ikan tenggiri ini . Kupas semua bawang dan dimayang halus . Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .

Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang bersama halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari terbit minyak itu tandanya rempah kari dah masak .

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta garam kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua kepingan ikan tenggiri serta kepala ikan tenggiri ini dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi.

Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Rasa garam jika kurang masin boleh la ditambah kemudian terus tutup dapur api . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .



Kari kepala ikan tengiri , tulang kepala ikan ni lembut sangat memang sedap . Selalunya kalau orang-orang utara makan kari dengan sambal belachan hmmm sedap uu...

Ahad, 7 Mac 2010

TUNA CASSEROLE


Tuna casserole ni saya masak pada hari Jumaat lepas untuk minum petang dan merangkap dinner untuk anak-anak saya yang kadang-kadang nak ubah selera sebab dok makan nasi saja hehehe tapi saya dan suami mesti makan nasi juga memang perut melayu sejati hehehe

Saya ada bagi resepi tuna casserole ni dalam entry yang lepas pada sesiapa yang teringin nak cuba masak boleh check di bahagian label ya . Resepi ni agak mudah dimasak dan sangat mengenyangkan dan memang menjadi favorite menu anak-anak saya bila dengar saja saya nak masak tuna casserole Aisyah dan Adlina dah happy hehehe dan Adam ikut bersorak macam kakak-kakaknya...




Mash potato bersama tuna casserole iaitu campuran sayur brokoli+mushroom soup+ tuna chunk hmmm sedap ni....

Jumaat, 5 Mac 2010

KACANG PANJANG TUMIS SANTAN


Menu kacang ni pun mak mertua yang masak masa kami balik kampung dulu tapi hari ni baru saya dapat masukkan dalam blog .
Ambil semua hati , pedal dibersihkan dan dipotong kecil-kecil sementara kacang panjang hanya dipatah-patah guna jari saja . Mak cakap cara macam tu boleh kekalkan kemanisan kacang panjang ye la petua mak saya ikut mesti la ada betulnya kan memang sedap pun kacang ni bila dah siap dimasak.

Mula-mula goreng dulu semua hati pedal ni sampai agak garing . Kemudian tumis bawang merah dan putih yang diracik halus serta sedikit kunyit hidup yang ditumbuk lumat . Seterusnya masukkan sedikit santan anggaran satu cawan dan kesemua bahan ni dikacau dan dimasukkan kacang panjang tadi dan hati serta pedal tadi . Jika nak kuah lebih boleh la ditambah sedikit lagi santan . Kacau semua bahan dan dimasukkan garam secukup rasa bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur . Hmmms enang dan sedap...

Jumaat, 26 Februari 2010

SAMBAL TEMPOYAK


Sambal tempoyak

Bahan-bahan :

10 biji cili api
Sedikit garam
Tempoyak secukupnya

-Tumbuk cili api bersama garam sampai lumat dan dihidangkan bersama tempoyak . Bila nak makan baru la digaul rata. Tempoyak mesti la jangan terlalu masan dan jangan baru sangat nanti masih manis .

Hmmm sedap ni pembuka selera lagi sedap jika dapat dimakan bersama gulai ayam kampung atau gulai daging salai . Ada pula ulam-ulaman macam petai dan kerdas perhhh tambah nasi banyak kali u hehehehe....




Rabu, 24 Februari 2010

APA ADA DI BAWAH TUDUNG SAJI...


Selamat malam untuk semua pengujung blog saya ni , dah makan malam ke ?? kalau dah makan syukur alhamdulillah.....

HMmmmmm apa ada dibawah tudung saji



Jeng jeng jeng saya masak gulai daging salai , ada timun untuk ulam , telur dadar , ikan masin gelama , sambal tempoyak dan buah kerdas hmmmmmmmmmmmm sodap-sodap syukur alhamdulillah...

Ohh lupa pula set pinggan-mangkuk yang saya guna ni baru ambil dari kampung . Mak yang bagi dia dah tak pakai simpan je dalam stor . So , saya dapat la serba 6 biji , pinggan lauk dapat 6 biji dan pinggan nasi 6 biji syukur la serta saya dapat 6 biji cawan bujang kangkung juga hehehe . Mak kata dulu ada teko cukup satu set tapi dah pecah hmm nak buat macam kan kalu dah pecah nasib la saya dah ada beberapa jenis bentuk teko kangkung .

Selasa, 23 Februari 2010

GULAI TELUR ITIK


Mak mertua saya masak gulai telur itik untuk lunch masa hari ke dua kami di kampung masa cuti raya cina yang lepas . Suami saya bila nampak je mak dia masak gulai telur itik ni terus jee senyum hehehehe . Apa yo yang omak masak dio berselero yio mesti la kan dari kocik sampai bosar makan masakan omak masak mesti la sodap .

Resepi sama macam masak lemak cili api yang lain cuma cili api diguna sikit saja dan daun kunyit dipotong nipis-nipis . Santan mesti pekat sangat tu yang kuahnya jadi cukup berlemak dan sodap . Kunyit hidup pula ada jenisnya haaa bab nak pilih kunyit hidup ni saya tak habis belajar lagi dari mak nanti la lain kali gi pasar dengan mak saya akan tanya lagi . Hari tu saya dah belajar masak rendang minang ayam kampung perhhhh sodapnya.


Gulai telur itik



Menu kami tengahari itu hmmmm sodap sodap kerdas ado , gulai tolor itik , sambal ikan koli hancur , ikan sepat goreng hmmmmm sodap sodap den makan nasi bertambah 2 kali hehe macam mana la nak kurang makan ni hehe...