MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 11 Oktober 2010

KARI SOTONG LAGI

Saya masak kari sotong lagi semalam yum yum..


kari sotong ni special requet dari hubby , dia la yang beli sotong fresh ni masa kami shopping barang dapur masa ke pasar pagi semalam...

BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong
3 cawan santan pekat
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari serta air asam jawa kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan sotong masak baru la ditutup api dapur .

TUMIS KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang panjang
1 peket cendawan shitake
1o ekor sotong sederhana besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan kacang panjang dan di patah-patahkan , kupas semua bawang dan dimayang halus . Sotong di bersihkan dan dipotong kecil-kecil .

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan sotong dan kacau lagi bagi sotong separuh masak . Masukkan sos tiram , minyak bijan dan terus masukkan semua kacang panjang dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan sedikit air . Bila kacang dah masak baru la dimasukkan semua cendawan dan kacau lagi bila cendawan layu baru la ditutup api dapur.

TENGGIRI KUKUS

Menu ikan tengigiri kukus ni simple tapi sangat enak..

Tenggiri kukus

BAHAN-BAHAN :

4-3 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan . Masukkans emua minyak bijan , sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .

* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.

Ahad, 10 Oktober 2010

SALAD TIMUN & TOMATO


Salad timun yang dicampur dengan tomato dan bawang besar . Salad ni simple saja tapi sangat sedap dan baik untuk kesihatan kita dan untuk salad dressing saya guna balsamic vinegar yang di campur dengan xtra virgin olive oil . Salad ni sedap di makan dengan ayam grill.

SALAD DRESSING

4 sudu minyak zaitun xtra virgin
4 sudu balsamic vinegar
1 bawang putih-diketuk
sedikit serbuk lada hitam
sedikit madu

* salad dressing ni sedap dimakan dengan apa saja salad.

Khamis, 7 Oktober 2010

TUMIS 3 CENDAWAN


BAHAN-BAHAN :

1 peket cendawan tiram
1 peket cendawan shitake
1 peket cendawan snow
1oo gm udang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit kicap
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan cendawan dan siat-siat menjadi kepingan kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus . Udang di bersihkan dan buang ekor dan kepalanya.

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan udang dan kacau lagi bagi udang masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua cendawan dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan garam secukup rasa dan masukkan sedikit air . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur.

Ahad, 3 Oktober 2010

STEW AYAM



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
1 tin cendawan butang-potong 2
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 helai bay leaves
1 sudu kecil serbuk herba thyme
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dgn sikit air
3-4 sudu besar serbuk BISTO-bancuh dgn sikit air
Garam secukup rasa

* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown . Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage kalau Bisto ni boleh la diguna serbuk brown sos biasa atau chicken gravy mix brand McCormick .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan .

Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air , herba thyme n daun bay n lada hitam , ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk .

Masukkan kiub ayam , cendawan butang dan semua ayam yang telah di goreng tadi . Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan . Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur.


Semua ayam digoreng separuh masak.