MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 3 Disember 2010

Sicilian orange cake

Hari ni saya baking kek lagi bila cuti sekolah ni anak-anak ada kat rumah sentiasa dan macam-macam pemintaan menu yang mereka nak makan . Adlina minta saya buat kek lagi so hari ni saya cuba buat kek orange Sicilain dan sumber resepi ni saya dapat dari blog Hana Jepun .
Kek ni memang sedap dan moist , nak membancuh adunan kek ni pun senang saja . Bila dah masak kek ni harum sangat aroma manis buah orange . Seronok saya tengok bila anak-anak sedap menikmati kek yang saya masak sendiri..puas hati sangat...

SICILIAN ORANGE CAKE
Sumber resepi dari blog Hana`s Family

Bahan-bahan :
  • 250g butter - suhu bilik
  • 200g gula pasir
  • 4 biji telur size M
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 4 sudu besar jus oren
Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Tengok la tu Adam dan Adlina "thumbs up" lagi sedap kek mama buat ni...

Puff sardin

Resepi dan cara nak buat puff sardin ni saya dapat dari blog Dapur Tanpa Sempadan . Terima kasih ya Mat Gebu kerana berkongsi resepi dengan kami semua pembaca blog masakan Mat yang memang best tu sebab ada macam-macam jenis resepi dan yang paling akak suka resepi kek dan biskut sebab bila akak cuba mesti jadi dan sedap .

Saya bagi link ke resepi puff sardin ni kat blog Mat Gebu so pada sesiapa yang nak cuba buat puff sardin boleh klik SINI untuk ke sana....

Ni la rupa puff sardin yang akak berjaya buat dan bila dah buat sekali mesti nak cuba lagi . Best rupanya guna doh pastry yang boleh dibeli kat hypermarket . Lepas ni boleh teropong resepi pastri kat blog Mat Gebu lagi sebab puff sardin ni kejap je habis sebab sedap sangat...yummy....

SARAPAN PAGI NI

Sarapan sihat pagi scrambled eggs dengan brokoli dan cendawan inoki . Menu ni sangat sedap dan mudah nak dimasak dan boleh dimakan macam ni saja atau dengan roti whole meal .

BAHAN-BAHAN :

1 biji telur
2 biji telur putih
Brokoli secukupnya -potong kecil-kecil
Cendawan inoki secukupnya
Sedikit daun bawang-diracik halus-halus
1 biji bawang putih-dimayang hancur
1 sudu kecil xtra virgin olive oil
Sedikit black pepper
Secubit sikit garam kalau x letak pun ok je

Saya suka guna banyak brokoli dan cendawan baru la sedap

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak masukan bawang putih goreng kejap . Masukkan semua telur serta kacau dan terus masukkan semua sayur dan daun bawang .

Masukkan garam dan kacau lagi bila nampak brokoli dah layu sikit boleh la ditutup api dapur . Dah siap...

Khamis, 2 Disember 2010

Udang goreng simple


BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang - dibersihkan
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
1 biji bawang besar
2 cm halia
3 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 pokok daun sup/daun bawang-diracik nipis-nipis

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos tiram-boleh tambah
1 sudu besar jus lemon-boleh tambah
Sedikit minyak bijan
Sos ikan Thai secukup rasa

CARA MEMASAK :
* Udang dibersihkan dan di goreng sampai masak tapi jangan garing sangat kemudian angkat dan tos udang ketepikan . Semua bawang dan halia dimayang nipis-nipis .

* Panaskan semua butter dan minyak masak kemudian masukkan semua bawang merah , halia dan bawang putih goreng sehingga bawang putih menjadi layu serta warna bertukar kekuningan dan terus masukkan bawang besar kacau sekejap.

* Masukkan sos tiram dan semua udang tadi kemudian masukkan jus lemon , sos nampla , minyak bijan , dan daun bawang . Terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Bila udang dah cukup mesra dengan semua bahan boleh la ditutup api dapur .

Udang harimau xl

Bulan sudah saya masukkan gambar ketam dari Labuan hari ni saya buat n3 tentang udang harimau dari sana juga . Udang ni saiznya besar sekor hampir sama saiz dengan tapak tangan saya yang debab ni . Isinya padat dan yang paling best semestinya harganya yang sangat murah RM30 sekilo . Kalau tak kerana suami saya out station ke sana memang kami tak merasa la udang galah dari laut China Selatan yang sangat fresh ni . Kat area KL ni ada jual tapi harganya memang mahal la dan belum tentu fresh sebab tak tau dari mana datangnya udang tu . Suami saya beli sekilo setengah baru RM45 harga murah sebab suami saya beli direct di jeti nelayan di Labuan..


Perbandingan saiz udang galah ni , saya letakkan duit syiling 50 sen so memang besar betul udang harimau ni..


Tu dia besarnya udang ni...

Daging salai

Saya masukkan resepi masak lemak cili api daging salai lagi memang kami sekeluarga tak pernah jemu dengan resepi kesukaan suami saya ni . Daging pinang batang yang disalai atas bara api ni ada rasa "smoke" yang tersendiri dan texture daging ni memang sedap . Kalau dah makan sekali mesti nak makan banyak kali hehehe
BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu salai
4-5 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi atau sedikit air

CARA MEMASAK :

Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping . Letak di atas api dapur biarkan sehingga kuah mula hendak mendidih dan terus dimasukkan semua daging serta ubi kentang kacau kuah supaya tak pecah minyak . Bila ubi kentang sudah masak dan menjadi empuk boleh dimasukkan garam serta dikacau kuah , biar sebentar dan boleh la ditutup api dapur .

Ni la rupa daging salai nampak macam tak menarikkan tapi rasanya hmmmmm alahai sodapnya....ado pulak sambal tempoyak dan potai memang makan nasi bertambah berkali-kali la hehehe...