MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 8 Januari 2011

Roti pisang coklat chips

Roti pisang ni saya masak semalam , bila cuaca sejuk nyaman memang sedap makan roti suam-suam baru masak hmm enaknya . Resepi roti pisang ni saya dapat dari internet dan cara nak bancuh adunannya pun agak mudah . Bila masak tu semerbak satu rumah dengan bau harum coklat...

Chocolate Banana Bread Recipe:

INGREDIENTS:

1/2 cup (55 grams) toasted walnuts orpecans, coarsely chopped

13/4 cups (230 grams) all-purposeflour

1/4 cup (30 grams) unsweetened cocoa powder (Dutch processed or regular)

1cup (200 grams) granulated white sugar

1 teaspoons baking powder

1/4 teaspoonbaking soda

1/4 teaspoon salt

1/2 cup (85 grams) white or dark chocolate chips

2 largeeggs, lightly beaten

1/2 cup (113 grams) unsaltedbutter, melted and cooled

3 ripe bananas (approximately 1 pound or 454 grams), mashed well (about 1-1/2 cups)

1 teaspoon purevanillaextrac

MEATHOD:

Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place oven rack to middle position. Butter and flour (or spray with a non stick vegetable/flour spray) the bottom and sides of a 9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan.

Place the nuts on a baking sheet and bake for about 8 - 10 minutes or until lightly toasted. Let cool and then chop coarsely.

In a large bowl whisk together the flour, cocoa powder, sugar, baking powder, baking soda, and salt.

In a medium-sized bowl combine the mashed bananas, eggs, melted butter, and vanilla. With a rubber spatula or wooden spoon, lightlyfoldthe wet ingredients (banana mixture) into the dry ingredients until just combined and batter is thick and chunky. Fold in the nuts and chocolate chips. Scrape batter into prepared pan and sprinkle the top of the bread with coarse brown sugar (optional). Bake until bread has risen and a toothpick inserted in the center comes out clean, about 55 to 65 minutes. Place on a wire rack to cool and then remove the bread from the pan. Serve warm or at room temperature.

Makes 1 - 9 x 5 x 3 inch loaf.

Khamis, 6 Januari 2011

Apam pisang

Sekarang ni kuih melayu yang paling saya suka masak ialah apam kukus sebab proses nak bancuh dan masaknya yang boleh dikatakan agak ringkas dan mudah . Kali ni saya cuba masak apam pisang dan resepinya saya dapat dari blog masakan Mat Gebu . Sedap apam ni anak-anak suka bila hidang saja habis hehehe hari ni nak buat lagi la...
Resepi apam ni saya copy & paste dari blog Mat Gebu..terima kasih ya Mat.....
Bahan-Bahannya :
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :
  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..
Apam pisang yang sedap...yummy...

Salmon grill dengan salad

Semalam untuk dinner saya sediakan menu yang ringkas kepingan ikan salmon bersama salad..
Sekali-sekala memang sedap dapat makan ikan salmon . Kali ni ikan salmon ni saya tak perap dengan apa-apa rencah pun cuma masa grill tu saya taburkan sedikit seasoning macam minyak bijan dan sedikit kicap cair Jepun .

Bila nak makan perah la sedikit jus lemon memang best . Kali ni saya hanya buat salad dressing yang sangat simple tapi sedap...

SALAD DRESSING :

5 sudu olive oil
Jus lemon secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam

* Campurkan semua bahan dalam bekas bertutup dan goncang bagi sebati . Tuang atas salad ikut pada selera masing-masing nak banyak mana . Salad dressing yang lebih boleh disimpan nanti kalau nak makan salad lagi boleh diguna . Salad dressing ni tak perlu disimpan dalam fridge dan boleh tahan 1-2 bulan .

Rabu, 5 Januari 2011

Kari ikan salmon

Salam pada semua pengunjung blog saya ni...
Selamat tahun baru 2011..
Entry baru untuk bulan January hari ni saya masak kari ikan salmon dan kacang buncis semuanya menu ringkas saja tapi sangat enak..
Ahad lepas saya ke hypermarket dan ada promosi ikan salmon yang dijual rm22 sekilo kira murah la harga macam tu . Separuh ikan salmon saya dah masak grill dan separuh lagi ni saya masak kari simple . Cara masak kari nya masih sama dan isi ikan salmon memang sedap bila dimasak kari , isi lembut berlemak ikan salmon dengan kuah kari yang berempah pedas masam berkuah santan hmmm sungguh enak . Makan nasi dengan kari ikan salmon serta ada sambal belacan lagi la sedap...


BAHAN-BAHAN:
500grm isi ikan salmon
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar lumat
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan santan pekat
4 biji tomato masak ranum
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan isi ikan salmon dan tos ketepikan .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Masukkan cili kering kemudian kacau dan terus masukkan rempah kari dibancur dengan sedikit air . Terus kacau semua bahan dan sekali-sekala kacau bahan-bahan supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan salmon tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa . Biar sampai ikan masak baru ditutup api dapur .


Isi ikan salmon yang mentah..

Buncis goreng

Sayur kacang buncis yang digoreng dengan telur..
Resepi yang sangat mudah dan cepat untuk dimasak tapi sangat sedap. Anak-anak saya suka sangat sayur buncis kalau dimasak cara macam ni sebab ada telur..

BAHAN-BAHAN :
200grm kacang buncis
1 biji telur
Garam atau bahan perasa secukup rasa
Sedikit minyak bijan

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


CARA MEMASAK :

-Basuh sayur buncis kemudian buangkan urat pada hujung kacang dan potong menyerong kecil-kecil .

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai bawang menjadi layu kekuningan . Masukkan telur dan kacau dengan cepat sampai telur masak.

- Masukkan semua sayur buncis dan kacau , masukkan garam , minyak bijan secukupnya dan terus kacau sehingga la sayur masak dan boleh ditutup api dapur.

Sabtu, 1 Januari 2011