MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 9 Februari 2011

Masak lemak labu

Semua menu simple je lauk yang saya masak hari ni walaupun simple tapi sedap macam masak labu ni hmm sungguh menyelerakan tambahan lagi saya goreng ikan masin dan ada pula sambal belacan . Memang sodap..
BAHAN-BAHAN :

500 grm labu
4 cawan santan
1 genggam ikan bilis-rendam sekejap
1 batang serai
1 helai daun kunyit-disiat
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan labu dan buang kulit kemudian dipotong kecil-kecil .

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis, daun kunyit dan garam . Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .

3. Masukkan semua labu tadi dan kacau sekejap . Biarkan labu masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Telur masak kicap

Hari ni saya masak menu simple saja tapi anak-anak suka sebab saya masak telur masak kicap . Menu simple ni memang pilihan anak-anak lagi-lagi si Adlina memang favorite menu dia ni . Memang senang kerja masak mama hari ni hehe....

BAHAN-BAHAN :

6 biji telur
1 biji bawang merah - dipotong membulat
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang-diracik halus

BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos nampla/sos ikan Thai
Sedikit air

* Bahan-bahan sos ini boleh ditambah atau kurang ikut pada selera masing-masing

CARA MEMASAK :

-Goreng dulu telur sebiji demi sebiji ketepikan . Kupas semua bawang dan diracik halus.

-Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta dikacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua bahan-bahan sos , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan sedikit air serta biarkan kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah kicap lagi atau garam .

Cupcakes

Cuppies simple untuk birthday party Adlina..

Saya buat cupcakes ni masa birthday party Adlina pada Sabtu lepas . Saya guna resepi coklat kek moist untuk keknya dan saya hias cupcakes ni simple saja dengan edible image cartoon Toy Story (special requet dari Lina yang sangat minat Toy Story) dan saya guna coluorful candy sprinkles . Cupcakes simple tapi yang penting moist chocolate cakenya sedap laaa

MOIST CHOC. CAKE
sumber: Maklang

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

Toy Story edible images ni saya beli kat Bake with Yen..

Oh ya ni pula assistant saya pada petang Sabtu tu dan semuanya anak sedara saya ni . Nasib la ada assistant cepat kerja saya siap hehe . Anak saya Aisyah tengok je sebab dia dah biasa tolong saya deco cuppies so dia bagi peluang kakak-kakak sepupu yang nak cuba bakat menghias cuppies..

Selasa, 8 Februari 2011

Ikan talapia grill stail Portugis

Hari ni saya masak sekor lagi ikan talapia yang saya beli hari Ahad lepas tapi kali ni saya saya grill stail Potugis . Pagi-pagi tadi saya google dan jumpa la resepi ni mudah juga nak sediakan sambalnya . Saya lumur sambal pada ikan talapia ni bungkus elok-elok guna alimium foil dan saya grill guna grill pan je . Kejap je dah masak ikan grill ni dan sedap pulak tu bestnya..
Saya tak guna banyak sangat sambal dan minyak sebab nak masak cara sihatkan . Sambal yang lebih boleh di simpan dalam fridge selama seminggu serta boleh diguna bila nak masak dengan ikan jenis lain pula . Masa nak grill tu boleh dimasukkan juga kacang bendi sekali .

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan talapia saiz besar
air perahan drpd setgh biji limau nipis
2 helai daun purut dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Aliminium foil
Daun pisang
Minyak masak secukupnya untuk menumis bahan kisar

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 tangkai cili kering
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah
2 bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 sudu kecil belacan

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Masukkan air limau nipis, daun limau purut ,garam dan gula.

2.Lumurkan seluruh ikan dengan sambal yg dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang.

3. Grill menggunakan grill pan sehingga ikan masak atau boleh juga dibakar dalam ketuhar pada suhu 180c selama 20 minit.

Jom join Giveaway Nannie`s Passion

Saya nak jemput semua pengunjung di blog masakan saya untuk join giveaway yang saya anjurkan di blog jahitan dan hobi saya iaitu Nannie`s Passion semperna birthday tahun ke 2 blog saya tu . So jom la banyak hadiah yang saya sediakan special untuk pemenang bertuah . Klik saja DISINI untuk kesana..jom..
Antara hadiah-hadiah yang saya sediakan..

Sudi-sudi la singgah blog Nannie`s Passion ya..

Gulai tempoyak ikan talapia

Pagi Ahad yang lepas saya berkesempatan jalan-jalan ke pasar tani stadium Shah Alam . Dah lama juga saya tak ke sana dan macam-macam juga saya beli macam sayur-sayur dari kampung sebab semuanya segar . Saya pun beli 2 ekor ikan talapia dan seekor ikan patin fresh yang masih hidup . Bila balik rumah sekor ikan talapia saya masak gulai tempoyak . Memang sedap sanagt ikan talapia ni dah la fresh isinya putih langsung tak da rasa atau bau hanyir sebab ikan talapia ni di pelihara dalam sangkar di sungai yang airnya sentiasa mengalir . Kulit ikan talapia ni cerah tu tandanya ikan ni dipelihara dalam sungai dan lemah pada bahagian perutnya tak banyak isinya padat dan lembut .
Ishhh memang sedap la gulai tempoyak ikan talapia ni . Minggu depan hari Ahad saya nak ke pasar tani stadium Shah Alam lagi sebab nak beli ikan talapia fresh lagi .

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan talapia yang besar
2 batang serai - dititik
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji cili api -cili merah dah habis, selalu saya guna cili merah
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan talapia dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula .