MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 22 April 2010

IKAN MASAM MANIS


Hari Sabtu atau Ahad pagi memang rutin saya ke pasar untuk beli barang-barang dapur. Kalau pegi awal pagi ikan baru sampai dan sangat la fresh keadaan pasar pun belum sesak dengan orang ramai so senang la sikit nak memilih barang-barang yang nak dibeli . So sopping kali ni saya beli ikan merah yang jenis kecil dan harganya lebih murah isinya sedap sama macam ikan merah yang besar . Ikan merah kecil ni saya suka masak goreng-goreng macam resepi masam manis atau tumis cili api kicap . Tapi itu selera saya kan , lain orang lain cara masak nya..



Ikan merah masam manis

Di rumah saya ni kalau masak menu sweet sour memang mesti lakunya . Anak sulung saya Aisyah cukup suka dan dia kalau nampak menu ikan sweet sour ni memang senyum lebar dan berselera saja makan nasi. Selalunya saya suka guna ikan bawal , siakap , kerapu atau ikan merah kecil ni untuk masak masam manis hmmm memmang sodap..

Saya memang bila masak tak ada guna sukatan tertentu semuanya ikut pada cita rasa sendiri macam orang cakap la masak pakai campak-campak je tapi saya tak la campak masa masak tu hehehe . Bila kita masak untuk insan tersayang mesti la dengan penuh passionkan ceewahh walaupun campak-campak tapi kita mesti pastikan hasil masakan kita tu sodap . Tapi kalau buat kek dan pastry saya ikut betul-betul sukatan yang diberi takut ak menjadi pula kek yang dimasak tu .

So resepi-resepi yang saya bagi dalam blog saya ni boleh diubah atau ditambah bahan ikut citarasa masing-masing ya...

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah ( anggaran berat 500-800 grm ) - dibersihkan
3 biji cili capsicum ( warna merah , hijau dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
3 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya - kalau tak letak air pun ok ikut pada citarasa kita
Garam secukup rasa-bila perlu saja

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan akcau hinggap terbit bau wangi . Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la di tuang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan