MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 23 April 2010

KACANG BENDI GORENG BELACAN



BAHAN-BAHAN :

500 grm kacang bendi

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :

Segengam ikan bilis atau udang kering -basuh
3 biji bawang merah-kupas kulit
3 ulas bawang putih -kupas kulit
2 biji cili merah - kalau suka pedas masuk lagi banyak cili
2 cm belacan
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

- Kacang bendi dipotong nipis- nipis menyerong .

- Tumis bahan tumbuk , kacau sampai naik bau lepas tu masukkan kacang bendi kacau lagi jika kurang masin tambahlah lagi garam , bila kacang dah layu tu tanda dah masak dan boleh ditutup api dapur.

1 ulasan:

  1. Saya gemar membaca blog Cik Nannie sebagai rujukan saya untuk menyediakan lunch atau dinner untuk suami dan diri saya sendiri. Memandangkan kami menetap di rantauan, blog Cik Nannie mengubat rindu saya kepada masakan Malaysia yang simple terutama sekali juadah dari Utara Malaysia. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Cik Nannie dengan kami.

    Assalammualaikum.



    Nur
    Georgia, U.S.A

    BalasPadam