MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 17 November 2010

MASAK LEMAK KETAM

Resepi ketam lagi kali ni saya masak ketam yang datang jauh dari Labuan . Resepi simple tapi sangat sedap yang penting kuah mesti pekat dan mesti guna cili api burung yang kecil , kunyit hidup dan serai mesti lebih dari sebatang . Ikut cara mertua saya yang pure keturunan Minang bila masak lemak cili api ni tak guna sebarang jenis bawang pun selain tu dia suka guna garam kasar yang asli dan hanya pati santan kelapa yang pekat .
BAHAN-BAHAN :

6 ekor ketam yang besar
3-4 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi
8 biji cili api-boleh ditambah
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping

CARA MEMASAK :

Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua cili api dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan