MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 19 Februari 2011

Makaroni bakar

Menu favorite kami sekeluarga..

BAHAN-BAHAN :

300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese-prego
1 cawan susu segar-kotak
1 peket sosej - dipotong kecil
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder dan monzarella secukupnya

*saya campurkan 1 cawan susu segar ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . Boleh ditambah lagi susu ikut pada citarasa masing-masing.


CARA MEMBUAT :

1 )Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan sosej dan kacau sehingga sosej masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak.

Makaroni yang telah ditabur dengan keju dan sedia untuk dibakar..

Selasa, 15 Februari 2011

Masak lemak buncis n kerang

Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga ke Pantai Remis ,Kelang so macam biasa En. Husbandku beli kerang fresh yang saiznya sebesar duit syiling 50sen . So saya pun masak la menu kegemaran En.Husbandku iaitu masak lemak atau gulai buncis dicampur kerang . Kalau ikut resepi asal yang saya belajar dari mak mertua sepatut lagi pedas tapi saya kurangkan cili apinya sebab anak-anak pun suka makan menu ni .
Menu ni pun sama saja macam masak lemak cili api yang saya dah bagi resepinya sebelum ni . Santannya perlu pekat dan banyak mana nak guna cili api ikut pada selera kita . Kunyit hidup , garam kasar dan cili api ditumbuk lumat . Jumlah kerang dan buncis sama banyak tapi kalau suka makan kerang boleh la ditambah lagi jumlahnya. Respi ni kuah memang tak banyak so saya guna santan dalam 1 atau 2 cawan saja .

BAHAN-BAHAN :

3 kg kerang
200grm -dibersihkan dan potong menyerong
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

8 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis , garam dan kerang . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

Kacang buncis , kerang dan bahan ditumbuk lumat

Halba campur

Semalam saya beli halba campur ni di pasar malam sebab stok di rumah dah habis . Halba campur ni adalah bahan paling penting bila nak masak kari ikan saja. Kalau tak ada rempah halba ni memang kari ikan tak rasa original macam masakan kari dari Utara .

Halba campur ni terdiri dari campuran biji sawi yang color gelap tu , biji halba warna coklat cerah dan jintan putih .


Halba campur ni adalah bahan terpenting dalam resepi asli kari dari utara..

Kari ikan pari

Selalunya ikan pari di masak asam pedas atau digrill serta panggang tapi kali ni saya masak kari ikan pari . Memang sedap ikan pari yang dimasak kari dan yang paling penting beli la ikan pari yang masih segar berwarna pink baru la terasa kemanisan isi ikan pari ni . Selalunya saya beli ikan pari di pasar malam kat rumah saya ni sebab ada peniaga ikan yang datang jauh dari Kula Selangor so ikan-ikan yang dijual segar sangat . Kelebihan pergi ke pasar malam adalah sayur-sayuran serta ikan semuanya fresh selain harga yang lebih murah .

BAHAN-BAHAN:
500grm ikan pari
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar lumat
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan santan pekat
4 biji tomato masak ranum
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan isi ikan pari dan tos ketepikan .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari sekali sekala kacau dan biarkan samapai bawang layu serta terbit bau wangi . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Masukkan cili kering kemudian kacau dan terus masukkan rempah kari dibancur dengan sedikit air . Terus kacau semua bahan dan sekali-sekala kacau bahan-bahan supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan salmon tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa . Biar sampai ikan masak baru ditutup api dapur .

Jumaat, 11 Februari 2011

Sup ubi kentang

Sup ubi kentang ni saya dapat dari mak mertua dan cara nak masaknya tersangat la senang tapi rasanya sedap sangat la . Kalau ikut cara mak saya sup ubi kentang ni di campur dengan suuhun dan fucuk tapi cara mak mertua saya hanya dicampur dengan ikan bilis saja . Sup simple ni sedap kalau dimakan dengan ikan goreng garing dan kuah mesti banjir hmmm sunggup enak kalau nak tambah sambal belacan lagi la sodap...
Ada lagi cerita di sebalik sup ubi kentang ni dulu masa suami saya masih kecil hidup di kampung menu ni yang sering jadi hidangan dengan nasi sebab mertua saya perlu berjimat cermat berbelanja ye la anak ramai sedangkan bapa mertua saya hanya askar pangkat biasa . Ada nostalgia tersendiri pada setiap masakan yang jadi favorite Encik Suamiku...sambung cerita lagi husband saya bagi tau masa kecil dia suka picit tekan ubi kentang ni sampai lumat dan digaul dengan nasi serta kicap baru sedap dimakan . Sekarang ni anak-anak saya pula ikut cara abahnya masa kecil dulu makan sup ubi kentang ni ...
BAHAN-BAHAN :

6 biji ubi kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
4 cawan air-boleh tambah
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kupas semua bawang dan dimayang halus , kupas semua ubi kentang dan dibelah 4 .

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan ikan bilis kacau semua bahan sampai terbit bau harum.

- Masukkan air dan ubi kentang , biar kuah mendidih dan ubi kentang menjadi empuk kemudian masukkan garam . Kacau semua bahan bagi mesra dan bila dan masak boleh la di tutup api dapur.

Kankung tumis tauchou

First time saya makan sayur kangkung yang dimasak stail macam ni saya rasa pelik juga ye la sebab selalunya tauchou dimasak dengan ikan tapi mak mertua saya masak tauchou dengan kangkung pula. Tapi bila dah selalu makan memang sedap pun resepi ni dan kalau nak tau ni la menu kegemaran Encik Suami ku hehe ye la kan kalau dah dari kecil biasa makan sayur kangkung masak tauchou mesti la sedap dan suka samapi sekarang....

Mak mertua saya lagi suka guna kangkung sawah a.k.a kangkung kampung sebabnya rasa dan texturenya yang lemak-lemak manis serta daunnya tak lembik macam sayur kangkung batang panjang yang selalu kita jumpa di market atau hypermarket . Cuba la resepi ni memang sedap laa


BAHAN-BAHAN :

2 ikat kangkung kampung
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 peket tauchou

*Boleh juga ditumbuk hancur ikan bilis bersama bawang merah dan bawang putih

CARA MEMASAK :

-Bersihkan sayur kangkung dan potong . Rendam ikan bilis sekejap dan tos kemudian mayang halus semua bawang .

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bawang sampai layu kemudian masukkan ikan bilis dan kacau sehingga terbit bau harum . Masukkan tauchou dan kacau kejap kemudian masukkan semua sayur . Terus kacau dan masukkan sedikit air bila sayur kangkung dah masak boleh la di tutup api dapur.

- Saya tak guna garam sebab tauchou dah cukup masin .