MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 31 Mac 2011

Bawal sweet sour kicap..

Ikan bawal memang ikan yang paling anak-anak saya suka makan tak kira apa jenis menu pun yang saya masak mesti habis . Saya suka masak menu macam ikan bawal dimasak kari , masak sweet sour , masak taucu, masak cuka , steam , sambal tumis , dimasak kicap atau sekadar digoreng garing . Isi ikan bawal memang sedap especially kalau digoreng dan dimasak sweet sour issshhh cukup sedap .

Hari ni saya masak sweet sour tapi versi yang dicampur kicap sebab anak-anak saya kalau makan nasi mesti ada kicap so resepi ni dah ada kicap . Berselera je Adam , Adlina dan Adam makan dan mama pun happy tengok anak-anak makan...

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan bawal - dibersihkan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia

BAHAN-BAHAN SOS:

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos plum
3-4 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
Sedikit air - kalau tak letak air pun ok ikut pada citarasa kita
Garam secukup rasa-bila perlu saja

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian letakkan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan kacau hinggap terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Masukkan semua ikan bawal goreng tadi ke dalam kuah dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Carrot milkshake

Enak sekali diminum tak kira waktu..favorite kami sekeluarga dan anak-anak saya siap tunggu lagi di dapur masa saya buat carrot milkshake ni tak sabar nak minum heee , rasanya lebih kurang macam carrot susu la cuma lebih sedap sebab ditambah aiskrim hooo so cooling and refreshing...


BAHAN-BAHAN :

1 cawan carrot dicincang
1/2 cawan susu
1 cawan aiskrim vanilla
1 sudu besar madu
3 biji ais ketul
Sedikit gula- jika perlu saja

CARA PENYEDIAAN :

Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga cukup mesra . Tuang dalam gelas yang sesuai dan terus minum . kalau suka lebih manis tambah la gula ikut selera masing-masing ya.

Rabu, 30 Mac 2011

Strawberri milkshake

Sedapnyeeee..
Favorite anak-anak dan abahnyee

BAHAN-BAHAN :

1 cawan buah strawberri
1/2 cawan susu
1 cawan aiskrim strawberri
1 sudu besar madu
3 biji ais ketul
Sedikit gula- jika perlu saja

CARA PENYEDIAAN :

Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga cukup mesra . Tuang dalam gelas yang sesuai dan terus minum .

Sedap laaa heaven....sekali minum mesti nak tambah berkali-kali..

Apple milkshake..

Dah lama tak buat milkshake so semalam anak-anak request nak . Senang je nak buat milkshake ni apa saja buah boleh diguna yang penting bahan asas susu dan aiskrim mesti ada . Saya tak tambah gula dalam milkshake ni tapi jika ada suka extra manis boleh la ditambah gula lagi.

BAHAN-BAHAN :

1 biji apple saiz sedang/medium-buang kulit n bahagian tengah
1/2 cawan susu
1 cawan aiskrim vanilla
1 sudu besar madu
3 biji ais ketul
Sedikit gula- jika perlu saja

CARA PENYEDIAAN :

Potong apple menjadi ketulan kecil kemudian masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga cukup mesra . Tuang dalam gelas yang sesuai dan terus minum .

Sedapnya apple milkshake ni hmm...

Selasa, 29 Mac 2011

Ayam kukus

Resepi ringkas yang mudah untuk disediakan .

BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 batang serai-dititik
Sedikit daun sup/bawang diracik halus
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SOS :

1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit jus lemon-jika perlu sahaja ikut pd selera masing2

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah , halia dan titik serai . Taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ayam serta masukkan semua ayam dalam yang sesuai dan taburkan semua bawang serta halia n serai tadi diatas ikan.

4) Tuang atau curahkan semua bahan sos yang dicampur dengan sedikit air secara sekata di atas ayam dan sekeliling ayam . Taburkan daun sup atas ayam .

5) Masukkan mangkuk yang berisi ayam ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

6) Bila air sudah agak panas boleh la disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ayam masak selama 30 - 40 minit dan jika kurang masin boleh ditambah garam . Bila ayam dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Tumis kobis ungu n kimcham

BAHAN-BAHAN:

200grm kobis ungu
100 grm bunga kimcham
Sedikit sayur baby kailan
100 grm udang
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , bersih sayur dan potong .

2. Bersihkan udang dan buang semua kulit . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bawang biar sampai layu. Masukkan udang , sos tiram dan kacau sehingga udang masak kemudian masukkan semua sayur n kacau lagi . Masukkan minyak bijan dan kacau supaya semua bahan mesra dan tutup api bila sayur masak.

Ahad, 27 Mac 2011

Malam minggu

Semalam 26/3/11 sebagai simbolik menyambut 'Earth Day' kita digalakkan jangan menguna elektrik atau guna seminimun yang mungkin . So semalam saya dan hubby bawa anak-anak keluar jalan-jalan sambil berjamu selera so rumah kami memang bergelap semalaman . Masa di restoran pun hanya dinyalakan lampu seminimun yang mungkin dan di meja-meja makan hanya dinyalakan lilin . Suasana di restoran jadi lomantika pula hehehe..

Semalam destinasi malam minggu kami ialah acara makan malam di restoran Kunang-Kunang yang terletak di Gombak berhampiran dengan stesen minyak Shell yang terletak sebelah higway MRR2 arah ke susur keluar ke UIA dari arah Taman Melawati , KL . Suasana restoran selesa dan sangat cosy dengan macam-macam jenis menu dari western, ala-carte Thai , nasi lemak , steamboat dan macam-macam lagi . We really had a great time last night..

Baru sampai..luas kawasan restoran ni dan sangat selesa..


Aisyah tengah pilih menu steamboat dia nak makan..

yum yum tunggu masak je ni..syukur alhamdulillah..

Sos pencicah yang sangat sedap..


Adlina yang tengah makan.. sedap ya sayang..


masa nak balik..lain kali kita makan di sini lagi ya..


Selesai dinner kami singgah ke Ikea sebab saya nak beli lampshade/terendak lampu sebab nak ganti yang lama yang dah rosak . Masa sampai ke Ikea dalam pukul 9 malam dan acara padam lampu sambutan ' Earth Day ' sedang berlangsung so hanya bahagian dalam Ikea dibuka lampu dan di kawasan luar bangunan memang dipadam semua lampu . Lepas dah beli apa yang di cari kami singgah kejap ke McD sebab anak-anak nak makan ice cream pula , malam minggu memang acara kami keluar jalan-jalan dan destinasinya selalu ke kawasan-kawasan berhampiran Kl saja..

Sedapnyaaa...

Selesai makan ais cream kami ke Ikea semula dan anak-anak nak main lagi so kami hanya duduk sambil makan karipap Ikea yang sedap tu . Bila Adam dan Adlina dah happy main serta nak balik baru la kami bergerak untuk balik rumah..tu je la n3 serba ringkas saya petang ni . Bila hari minggu selalunya saya gantung apron dan tak masak sebab kami memang akan makan diluar saja...

strawberry celup coklat..

yum yum dapnyerr...

Pagi ni n3 resepi strawberry lagi heeeee
Strawberry celup coklat
Favorite anak-anak especially Aisyah...

Resepinya mudah je - Buah strawberry secukupnya dengan coklat ganache serta apa je hiasan macam sprinkles warna-warni yang saya guna ni , kalau rajin boleh gak guna badam cincang untuk hiasan . Kejap je habis dimakan oleh anak-anakku , mama pun senyum tengok anak-anak makan...

Jumaat, 25 Mac 2011

3 hari di Kota Bharu

Kami holiday di Kota Bharu selama 3 hari 2 malam dan sepanjang masa di sana kami makan macam-macam juadah tradisional Kelantan , alhamdulillah semuanya sedap . Paling sedap ialah nasi kukus yang kami sekeluarga makan masa malam pertama kami di sana , saya lupa nama gerainya tapi gerai ni berdekatan dengan perumahan flat di tengah bandar Kota Bahru . Nasi kukusnya cukup sedap dimakan dengan ayam goreng berempah dan 3 jenis kuah. Saya tengok masa malam tu gerai nasi kukus ni memang penuh dengan pelanggan , tu tandanya gerai ni memang terkenal di kalangan penduduk Kota Bharu . Masa on the way nak ke Pantai Cahaya Bulan pula saya beli kuih akok dari peniaga yang jual di depan rumah dan ishhhh sedap betul la kuih akok yang dimasak dengan cara tradisional tu kuih akok tu lembut cukup santan dan telur yang diguna memang the best akok yang pernah saya makan selama ni .

Sambil jalan-jalan melihat tempat baru best juga cuba masakkan tradisional masyarakat setempat...

2 kali kami bersarapan di Kedai Kopi Din Tokyo yang terletak berhampiran dengan bangunan TNB dan memang sedap semua makanan kat sini..

Anak-anak dan hubby baru habis berjamu selera sarapan pagi..

Pengalaman baru untuk anak-anak dapat makan di kedai kopi ni , kami duduk di meja batu berbentuk U dan owner kedai ada di tengah sambil ambil order dan bancuh minuman . Kat kedai kopi ni ada teh tarik Misha Omar :)

Kopi O kurang manis dimakan dengan nasi berlauk daging kerutup hmmm sedapnya . Macam-macam nasi dijual dalam bungkusan yang disusun sepanjang meja makan . Ada nasi kerabu yang dibungkus dalam daun pisang , nasi dagang , nasi minyak , nasi lemak dan kuih muih . Harga makanan dan minuman pun berpatutan..


Anak-anak makan nasi lemak...

Lepas dah sarapan kami jalan-jalan di sekitar bandar dan time lunch kami makan di restoran belakang Istana , kedai makan/restoran Cikgu yang terkenal di Kota Bharu . Kena pegi awal sebab nanti ramai pengunjung sebab tarikan utama di sini ialah macam-macam ulam yang dimakan dengan budu campur tempoyak . Selain tu ada menu ikan keli goreng , ikan bakar , ayam goreng dan macam-macam lauk-pauk . Hubby saya memang suka makan budu so memang kami makan di tempat yang sesuai dengan selera kami semua , saya makan budu tapi brand budu Ketereh saja yang sedap pada selera saya la.

Di restoran ni first time saya dan hubby makan budu dicampur serai , limau nipis , cili api dan tempoyak . Kombinasi yang sangat menarik dan sedap laaa . Makan pula dengan ikan bakar dan ikan keli goreng garing serta ulam-ulaman . Saya mesti makan ulam yang dicicah budu baru sodap , saya terlupa la nak ambil deretan gambar lauk-pauk dan ulam-ulaman yang banyak sangat di restoran Cikgu ni sebab best sangat berjamu selera heeeeeee...

Pilihan lauk yang hubby suka , saya makan nasi dengan ulam-ulaman dan ikan keli goreng sementara anak-anak makan nasi dengan ayam goreng dengan kuah masak lemak dan sayur kobis . Kami minum air sirap bercampur biji selasih , syukur alhamdulillah sedap dan harga pun berpatutan 5 orang makan baru RM24 cukup murah dengan macam-macam juadah yang kami ambil hari tu.


Sebelah petangnya kami ke Pantai Cahaya Bulan..anak-anak saya happy dapat main layang-layang..

Satay ikan yang sedap..

Kami makan di Pantai Cahaya Bulan..

Cantik pemandangan tepi pantai dan angin tiup kuat betul masa petang kami di sana tu . Anak-anak seronok main layang-layang insyallah kami akan ke Kota Bharu lagi..


Ini la dinner kami , nasi kukus dengan ayam goreng berempah yang sedap sangat tu..

Sedap betul la nasi kukus ni dengan kuah yang ada dalam 3-4 jenis..

Nak pegi lagi la ke Kota Bharu , best !!

Khamis, 24 Mac 2011

Sup ikan merah

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk-boleh tambah

* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Pancake sos strawberri

Pancake untuk sarapan dan dimakan dengan sos strawberry serta madu...


BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 biji telur
2 sudu besar minyak sayur

CARA MEMASAK :

- Satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan gula di dalam mangkuk yang sesuai . Buatkan lubang ditengah-tengah adunan tepung tadi .

-Dalam bekas lain pukul telur,susu dan minyak .

-Kemudian tuang semua adunan susu dan telur tadi ke dalam tepung gandum di bahagaian lubang tengah tadi . Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati dan adunan mesti la tidak berketul-ketul.

-Panaskan frying pan , sapukan butter secukupnya , senduk adunan tepung tadi dan tuang ke dalam fying pan . Terbalikkan pancake dan biarkan kedua belah bahagian pancake kekuningan garing atau sampai masak . Angkat dan sedia untuk dimakan.

Rabu, 23 Mac 2011

Bunga lily goreng ranggup

Bunga lily atau kimcham ni memang sedap digoreng tepung ranggup . Saya ada juga cuba masak kincham ni stail goreng cili belacan hmmm cukup sedap laa..

Proses nak gorengnya sama je macam goreng cendawan tiram . Mula-mula saya bersihkan kimcham dan tos . Saya guna 2 biji telur yang dipukul kembang macam nak buat telur dadar tu . Lepas tu saya celup sikit demi sikit kimcham ni dalam telur .

Saya guna tepung goreng segera jenama Adabi yang dicampur sedikit dengan tepung jagung , saya campur 1 sudu besar tepung jagung dalam sepeket serbuk tepung goreng adabi tu .

Tepung goreng ni saya tuang secukupnya dalam pinggan leper kemudian kimcham yang dah dicelup telur tadi dimasukkan dalam pinggan berisi tepung ni dan digaul rata . Kimcham ni mesti la jadi kering bila dah disalut tepung tadi .

Panaskan minyak secukupnya dah goreng cendawan ni sampai masak kemudian diangkat dan tos . Sedap dimakan bila dicicah dengan sos cili atau sos Thai..

Ni la kimcham atau kudup bunga lily

French Toast dengan sos strawberri

Sedap betul la makan french toast dengan sos strawberri serta madu...

BAHAN-BAHAN :

10 keping roti-boleh tambah lagi
4 biji telur-boleh tambah
1/2 cawan susu full cream kotak
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
Butter & sedikit minyak untuk mengoreng

CARA MEMASAK :

Pecahkan telur dan pukul macam nak buat telur dadar , masukkan serbuk kayu manis , susu serta esen vanilla dalam telur ni . kacau lagi bagi sebati semua bahan.
Roti ni saya tak goreng terendam dalam minyak atau deep fry so saya tak guna minyak yang banyak . Panaskan frying pan dan masukkan butter secukupnya serta sedikit minyak . Tujuan diguna minyak supaya butter tak cepat hangit .

Celupkan roti ke dalam telur dadar secara perlahan-lahan pastikan semua bahagian roti diliputi dengan telur .

Terus masukkan roti dalam frying pan dan goreng roti telur ni sehingga masak . Saya goreng sampai bahagian tepi roti agak gelap tapi tak hangit sebab nak tebing roti jadi garing sikit baru sedap dimakan nanti.

Bila roti dah masak boleh la diangkat dan tos sekejap .

Sos buah strawberri

Saya beli banyak juga buah strawberri masa di Cameron sebab harganya yang murah dan buahnya fresh baru dipetik oleh saya dan anak-anak sendiri. Sebahagian buah strawberri ni saya masak menjadi sos untuk dimakan dengan french toast dan pan cake .

Aisyah dengan satu tray buah strawberri yang dia petik sendiri.


Ni la rupa sos buah strawberri

BAHAN-BAHAN :

2 cawan buah strawberri
3 sudu gula pasir-boleh tambah
1/2 sudu kecil tepung jagung - tak letak pun ok

CARA MEMASAK :

- Bersihkan buah strawberi dan di potong kecil kemudian masukkan semua buah strawberri ini dengan gula ke dalam periuk . Masukkan juga tepung jagung tadi dan gaul rata semua bahan . Masak buah strawberri ni sampai buah strawberri menjadi hancur dan masak . Sentiasa kacau buah strawberri ni dan gunakan api kecil saja supaya buah strawberri dan gula tidak menjadi hangit . Proses masaknya sekejap je..

-Tepung jagung akan memjadikan sos strawberri ni menjadi pekat.

Sos buah strawberri yang sedang dimasak.

Kobis segar dari kebun

Sayur kobis ni saya beli di kebun sayur sebelum balik dari Cameron Higland . On the way sebelum sampai simpang nak turun ke Simpang Pulai ada banyak juga kebun sayur dan kami berhenti di kebun kobis ni sebab saya tertarik dengan sayur kobis yang tumbuh subur . Paling best bila di kebun kobis ni saya boleh pilih sendiri kobis yang saya nak beli , memang best la pengalaman saya potong sendiri kobis ni dari pokoknya . Bila balik ke rumah saya terus masak menu simple ni .

Kobis masak lemak putih

BAHAN-BAHAN :

500 grm kobis
2 cawan santan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis-rendam sekejap
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan sayur kobis serta dipotong kemudian kupas semua bawang dan dimayang halus.

2.Masukkan santan dan bawang kedalam periuk bersama ikan bilis .Masak kuah santan ini sampai mendidih kemudian masukkan semua sayur kobis tadi serta garam . Kacau semua bahan dan bila sayur masak boleh la ditutup api dapur.

Menu simple sayur kobis ni sedap dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan yummy sedap sangat la nasi mesti bertambah la..


Kebun sayur di Cameron Highland..

Saya la tu baru potong sayur kobis

Happy la lain kali bila ke sana saya nak singgah kebun sayur ni lagi sebab saya boleh pilih dan petik sendiri sayur yang nak dibeli . Harga pun murah dan yang penting sayurnya fresh..

Kari ikan kacang

Ikan kacang ni memang senang nak di jumpa di negeri Kedah dan bahagian utara Malaysia . Isi ikan ni sedap manis isinya padat rasa macam ikan kerisi + ikan merah . Saya selalu beli yang saiz sedang atau yang kecil . Harga ikan ni agak murah sekilo dalam RM6 cuma kat kawasan rumah saya ni jarang ada ikan ni so sekali-sekala ja saya dapat masak kari ikan kacang . Ikan ni kalau digoreng garing pun sedap .

Kari ikan kacang bersama terung bulat..
BAHAN-BAHAN:
8 ekor ikan kacang sederhana besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
2 cawan santan pekat
1 cawan air-boleh ditambah
3 biji terung bulat-dibelah 4
2 biji tomato dibelah 2
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK:
-Bawang merah dan bawang putih dimayang halus . Panaskan minyak secukupnya anggaran dalam 3 sudu besar dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk. Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra kalau kuah agak pekat baru la dimasukkan sedikit air , kacau sekejap . Bila kuah mula mendidih masukkan semua terung dulu , air asam jawa dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga terung layu .

-Masukkan semua ikan dan buah tomato kemudian kacau perlahan-lahan supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya terung terus masak didalam wap panas kuah kari.

Ini la rupa ikan kacang

Selasa, 22 Mac 2011

Kenangan di Kota Bharu dan Cameron..

Actually ada banyak sangat gambar yang saya ambil sepanjang kami bercuti kali ni tapi tak kan semua saya nak masukkan dalam blog saya ni kan . So saya pilih sikit untuk saya abadikan dalam blog saya ni . Kenangan kami di Kota Bharu dan Cameron Highland dan insyallah kala ada peluang kami nak ke sana lagi...

















Kenangan untuk anak-anak ku tersayang..