MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 5 September 2009

TERUNG GORENG KICAP


Terung goreng kicap

BAHAN-BAHAN :

3 biji terung panjang - dipotong menyerong
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
4 sudu besar minyak

Jika masak masak dan teurng kelihatan agak kering tambahkan sedikit lagi minyak masak supaya terung tak menjadi hangit.

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 genggam ikan bilis - direndam sekejap
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK :

-Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi . Masukkan semua terung , kicap dan sos tiram . Kacau semua bahan sehingga terung masak dan layu.

Jumaat, 4 September 2009

CARROT CAKE

Saya memang suka letak walnut dan kismis banyak-banyak sebab sedap saja bila kunyah kek ni dalam mulut dan terasa lemak crunchy walnut...hmmm yummy..kena pulak frosting cream cheesenya yang hmmm yummmy sedapnya.

Nak resepi carrot kek ni boleh la pergi ke laman web Joy of baking click disini


Bancuhan carrot cake yang dah ready untuk di bakar


Frosting cream cheese hmmmm yummmy sedap

Khamis, 3 September 2009

TUNA CASEROLE

Juadah untuk berbuka semalam saya masak tuna caserole , kegemaran kami sekeluarga . Resepi untuk menu ni ada saya bagi dalam post sebelum ni .


Filling untuk tuna caserole ini adalah mushroom soup Campbell , tuna dan brokoli/bunga kobis yang dicelur sekejap. Topping atasnya ialah mash potatoes.


Nasi mesti ada juga , lepas terawikh suami saya mesti nak nasi juga so , saya masak tumis sayur kobis , ikan goreng dan rendang daging .

Rabu, 2 September 2009

SUP UBI KENTANG

Menu kegemaran kami sekeluarga ...

BAHAN-BAHAN :

6 biji ubi kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 peket campuran suhun/fucuk
4 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kupas semua bawang dan dimayang halus , kupas semua ubi kentang dan dibelah 4 . Rendam fucuk/suhun , basuh ikan bilis.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan ikan bilis kacau semua bahan sampai terbit bau harum.

- Masukkan air dan ubi kentang , biar kuah mendidih dan ubi kentang menjadi empuk , masukkan garam dan suhun/pucuk . Kacau semua bahan bagi mesra dan bila dan masak boleh la di tutup api dapur.

IKAN BAWAL TAUCU

Juadah berbuka lagi , saya masak ikan bawal taucu , kegemaran suami saya...ikan yang sedap di masak resepi taucu ni macam ikan tenggiri , ikan bawal , ikan jenahak , ikan kembung pun sedap juga . Kalau di letak cili merah yang dibelah dua lagi sedap sebab boleh di makan sekali dengan nasi cili ni tapi saya tak letak cili sebab anak-anak tak makan kalau ada cili..


BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal
2 peket taucu
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili merah-dibelah 2
1 /2 sudu teh asam jawa segera/atau boleh letak cuka juga
Sedikit gula- tak letak pun boleh
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan letak garam/kunyit , goreng ikan sampai garing .

- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , kacau serta biarsampai bawang layu. Masukkan semua taucu dan sedikit air serta kacau. Masukkan gula , asam jawa , garam dan cili merah serta kacau bagi semua bahan mesra . Jika nak lebih banyak kuah tambah la air lagi .Akhir sekali masukkan semua ikan bawal yang sudah digorang tadi , kacau kejap dan rasa la garam kalau terkurang masin tambah la lagi garam , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

CUPCAKES

Semalam untuk berbuka saya buat cupcakes untuk anak-anak , saya tabur saja sugar springkles bagi lawa sikit ...tu je tak sempat nak buat butter cream..sekejap saja dah habis dimakan oleh anak-anak saya...

butter cake/cupcakes

BAHAN-BAHAN :

3 biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
1 sudu esen vanilla

- Dalam bekas yang sesuai masukkan semua telur dan pukul telur kemudian masukkan gula dan butter . Pukul semua bahan sampai kembang dan fluffy.

- Masukkan susu segar , tepung , vanilla esen dan pukul lagi untuk semua bahan menjadi mesra selama 3 minit.

- Masukkan bancuhan ini ke dalam paper cup yang sesuai dan tabur la sugar springkles . Pre-heat oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celcius . Bila habis semua adunan di masukkan dalam paper cup , boleh la dibakar cupcake ini dalam suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sampai cake masak .

* Nak tau cake dah masak ialah dengan mencucuk lidi ke dalam aduanan kek itu , kalau lidi yang ditarik keluar dari kek tu bersih maknanya cake dah masak tapi kalau ada tepung yang melekat kiranya belum masak la kek tu so kena la masuk balik dalam oven dan bakar lagi sampai la kek tu masak...


cupcake yang dah ready untuk di bakar