MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 31 Ogos 2009

KACANG PANJANG DENGAN HATI AYAM


Kacang panjang goreng dengan hati ayam dan bahagian tengkok dan tulang...

BAHAN-BAHAN :

1 cekak kacang panjang
1 batang carrot
4- 5 ketul hati ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan- kalau tak de pun boleh
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Potong kacang panjang dan carrot , kupas semua bawang dan dimayang halus . Bersihkan hati ayam ini dan potong kecil2 kalaua da bahagian ayam macam tengkok boleh di campur sama.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , kacau dan biar smapai bawang ni layu . Terus masukkan semua hati ayam dan kacau lagi biar hati ayam ni masak dan sedikit garing .

- Masukkan sos tiram dan semua sayur , masukkan minyak bijan sera garam secukup rasa. Kalau agak kering masukkan sedikit saja air .Terus kacau sampai la sayur menjadi layu dan masak .

Ahad, 30 Ogos 2009

Sambal tempoyak cicah pucuk ubi..


Hari ni saya masak gulai tempoyak ikan kembung lagi special request dari hubby , selain tu saya masak pucuk paku masak lemak campur udang . Menu istimewa hari ni ada lah .....sambal tempoyak cicah pucuk ubi dan petai hmmmm yummy.....

Ini la rezeki kami untuk berbuka hari ni , syukur alhamdulillah . Pucuk ubi ni bekalan dari kampung , suami kutip masa kami di kampung.


pucuk paku masak lemak ni favorite anak-anak saya , cara nak masak menu ni sama saja macam masak lemak lain cuma saya tak letak cili api sebab nanti pedas sangat anak-anak tak boleh makan.

sambal tempoyak stail kampung suami saya , cili api di tumbuk bersama garam saja dan bila nak di makan baru la cili api ni di campur sikit demi sedikit . Kalau nak pedas , lagi banyak la cili api dicampur bersama tempoyak .


Pucuk ubi dan petai , memang sedap betul di makan bersama sambal tempoyak , makan nasi bertambah la...

Jumaat, 28 Ogos 2009

RENDANG AYAM


rendang ayam.. yum... yum




Rendang ayam
Resepi untuk rendang ayam ni saya ada bagi dalam post sebelum ni dan boleh check di senarai label kat sebelah kanan blog saya ni ..

Rabu, 26 Ogos 2009

GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Semalam untuk berbuka saya masak resepi mudah dan ringkas saja , kawan suami ada bagi tempoyak home made . So , semalam saya masak la gulai tempoyak ikan kembong ni . Tempoyak ni masih fresh sebab baru buat jadi rasanya masih manis manis masam , memang sedap..yum yum..
Gulai tempoyak ikan kembong


Cara saya masak ialah dicampur semua bahan sekali dalam periuk

BAHAN-BAHAN :

4 ekor ikan kembong yang besar
2 batang serai - dititik
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api -cili merah dah habis, selalu saya guna cili merah
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan kembong dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula .

LALA TUMIS KUNYIT




Lala ni saya tumis dengan kunyit dan serai saja , simple tapi sedap.....


BAHAN-BAHAN :

500 gm lala
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Bersihkan lala dan kupas semua bawang dan kunyit hidup . Tumbuk lumat semua bawang dan kunyit .

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dan serai , kacau biar sampai bawang layu . Kemudian masukkan sos tiram , lala , garam dans edikit air untuk kuah . Bila sudah masak lala akan bertukar warna .

Selasa, 25 Ogos 2009

SIAKAP SWEET N SOUR


siakap masam manis ( kurang pedas ni )


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan di kelar-kelar .
1 biji bawang besar - di mayang nipis-nipis
2 biji bawang putih - dititik
1 cm halia - mayang halus
sedikit daun sup dan daun bawang

BAHAN SOS :

2 biji cili api - boleh ditambah
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar nampla - sos ikan Thai
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar jus lemon atau jus limau nipis
Sedikit air - jika perlu

CARA-CARA MEMASAK ;

- Ikan yang sudah dibersihkan dan tos sekejap , kemudian lumur ikan dengan sekit garam dan lada hitam , gaul rata seluruh ikan dengan tepung jagung atau tepung gandum , sikit saja tepung macam bagi ikan ni pakai bedak . Goreng terendam ikan ( deep fried ) api sederhana besar sampai ikan garing , Angkat ikan dan letak dalam pinggan yang sesuai.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu kemudian terus masukkan sos tiram , sos nampla , kicap , cili sos dan jus lemon . Kacau dah rasa sos kalau ada rasa yang terkurang tambah la bahan tersebut lagi . Kalau nak lebih kuah masuk la sedikit air dan terus kacau akhir sekali masuk daun sup+ daun bawang yang di potong nipis-nipis , kacau sos ini dan tutup api dapur . Tuang sos ke atas ikan.

* berhati-hati dengan jus lemon atau jus limau nipis jangan terlebih nanti sos jadi masam ..