MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 30 Ogos 2009

Sambal tempoyak cicah pucuk ubi..


Hari ni saya masak gulai tempoyak ikan kembung lagi special request dari hubby , selain tu saya masak pucuk paku masak lemak campur udang . Menu istimewa hari ni ada lah .....sambal tempoyak cicah pucuk ubi dan petai hmmmm yummy.....

Ini la rezeki kami untuk berbuka hari ni , syukur alhamdulillah . Pucuk ubi ni bekalan dari kampung , suami kutip masa kami di kampung.


pucuk paku masak lemak ni favorite anak-anak saya , cara nak masak menu ni sama saja macam masak lemak lain cuma saya tak letak cili api sebab nanti pedas sangat anak-anak tak boleh makan.

sambal tempoyak stail kampung suami saya , cili api di tumbuk bersama garam saja dan bila nak di makan baru la cili api ni di campur sikit demi sedikit . Kalau nak pedas , lagi banyak la cili api dicampur bersama tempoyak .


Pucuk ubi dan petai , memang sedap betul di makan bersama sambal tempoyak , makan nasi bertambah la...

3 ulasan:

  1. Sedapnya masak lemak pucuk ubi tu..tapi yg paling best sambal tempoyak tu....meleleh air liur saya tengok....saya pun suka makan sambal tempoyak macam tu, boleh tambah 2 3 pinggan makan kalau macam tu...

    BalasPadam
  2. hehehehee,,, sama la saya pun memang bertambah nasi sampai 2 pinggan berselera sebab tempoyaknya fresh ...yum yum...tadi pun makan sambal tempoyak lagi..

    BalasPadam
  3. sedap nyeee... tengok saje dah boleh rasa kat anak tekak.. ehehhee...

    BalasPadam