MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 18 Ogos 2009

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Sambal tumis ikan bilis saya ni terover banyak minyak la hehehe..

Sudah lama juga saya tak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai , hari Ahad yang lepas saya ada beli petai untuk dimakan buat ulam so ada la tinggal lagi 1 papan petai , cukup la untuk di buat rencah sambal tumis ikan bilis ni.

Resepi sambal ikan bilis ni serba ringkas saja...


BAHAN-BAHAN :

3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan