Satu lagi menu sayur yang saya suka masak , kadang-kadang saya tumis dengan udang kertas dan di campur dengan kicap pekat , memang sedap dan mudah sangat nak masak menu sayur ni . Kali ni saya guna ikan bilis sebagai rencah menumis .
BAHAN-BAHAN :
Separuh sayur kobis - sederhana besar
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 cawan air
CARA MEMASAK :
Bersihkan sayur kobis dan potong ikut cita rasa. Kupas semua bawang dan dimayang nipis-nipis serta basuh semua ikan bilis yang akan digunakan nanti.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan ikan bilis , goreng sehingga bawang layu dan ikan bilis menjadi sedikit garing dan terus masukkan air . Kacau kuah dan masukkan soso tiram dan minyak bijan kemudian masukkan sayur kobis serta garam secukup rasa . Kacau dan bila sayur kobis menjadi layu boleh la ditutup api .
salam nannie..skkali-sekali msk cam ni pun sodap..
BalasPadamwlksalam kak ina ,
BalasPadamYa la kak , masak simple saja..sedap amkan dengan ikan goreng dan nasi
Salam,
BalasPadamCari resipi sayur kobis, jumpa blog ni..
Sedap betul masakan ni..saya dah cuba. Very simple.. Siap tak sampai 10 minit.
Thanks :)
wlksalam Sakinah ,
BalasPadammmg simple resepi dan cepat sgt nak masaknya terima kasih kerana mencubanya