MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 30 September 2009

IKAN MASAK LEMAK CILI API


Kalau di rumah mertua, ikan tengiri memang pilihan bila nak masak lemak cili api ikan campur dengan buah tomato , bapa mertua dan suami saya suka sangat menu ni. Kalau ada kenduri , menu ni kira special la sebab ikan tengiri kan mahal dan isi ikan ni memang pun sedap , selalunya kalau nak ada majlis kenduri kesyukuran pada waktu awal pagi bapa mertua dan suami akan ke pasar Seremban untuk beli ikan tenggiri ni sebab di pekan Kuala Klawang ikan tengirinya mahal sikit dan tak fresh..

Bahan-bahan :

4 keping ikan tenggiri - sederhana besar
5-10 biji cili api
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping (gelugur)
1 batang serai - dititik
4 biji tomato - belah 2 atau 4 ikut suka
Santan kelapa pekat secukupnya - pastikan santan dapat menutupi ikan dalam periuk.
Garam secukup rasa

Cara memasak :

1. cili api + kunyit serta garam ditumbuk lumat , serai dititik kemudian masukkan semua bahan dalam periuk kecuali tomato dan garam . Masak kuah santan ini sampai mendidih .

4. Biarkan hingga ia mengelegak dan masukkan kepinggan ikan tengiri . Biarkan sampai ikan hampir masak dan baru lah dimasukkan buah tomato yang dipotong 2 dan garam secukup rasa.

5. Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan tomato nampak lembut..

SAMBAL TUMIS UDANG



Bahan-bahannya:-

½ kilo udang sederhana saiz ( M ) - dibuang kepala dan ekornya (dibersihkan)
1 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :-

8 biji cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas

Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering

Cara memasaknya:-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

2. Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang dan kacau rata.

3. Bila dah agak masak (lepas 10 minit) masukkan garam, gula dan akhir sekali curahkan air asam jawa. Kacau sekejap semua bahan dan boleh la ditutup api dapur.

BISKUT CORNFLAKES


3 hari sebelum raya saya sempat la buat 5 jenis biskut dan salah satunya adalah biskut cornflakes ni .Biskut ni peberot saya dan anak-anak sebab crunchy dan lemak , manis serta masin rasanya , mudah bebenar nak membancuh adunannya.

Biskut yang baru keluar dari oven..harum semerbak


Aisyah tolong masukkan adunan dalam papercup dan Adlina tolong susun papercup , senang sikit kerja saya . Sementara tunggu biskut masak saya mula bancuh adunan biskut seterusnya , gitu la caranya nak cepat siap..

Bahan-bahan :

250 gm butter ( 1 buku )
1/2 cawan gula
21/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes
Papercup untuk letak biskut

Cara-cara :

- Pukul butter dan gula sampai kembang dan fluffy ( jadi pucat )
- Masukkan tepung dan cornflakes , terus kacau bagi sebati . Kemudian sudukan adunan dan masukkan dalam papercup . Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sampai biskut masak.


Biskut yang dah disudu ke dlam papercup dan ready untuk dibakar..

Khamis, 17 September 2009

Salam Aidilfitri



Tinggal lagi 2 hari saja sebelum bulan Syawal menjelma dan kita semua akan menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan serta ceria.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri serta Maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan dan pengunjung yang sering bertandang ke blog saya ni .

Kad raya ni saya tujukan khas buat semua kawan-kawan blogger dan para pengunjung blog saya ni , sudi-sudikan la ambik kad ni dan gantung di blog masing-masing....

Kad Aidilfitri dari Leen


Terima kasih Leen untuk kad Addilfitiri ni , moga Leen dan keluarga bergembira menyambut Aidilfitri tahun ni....

Selasa, 15 September 2009

Kangkung tumis air



BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung - bersihkan dan potong
3 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil-kecil
2 sudu besar sos tiram

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan tumbuk sampai wangi , kemudian masukkan semua sotong serta sos tiram , kacaus emua bahan sampai sotong masak.
- Masukkan semua sayur kangkung serta garam secukup rasa. Kacau sayur ni dan bila sayur masak boleh la ditutup api dapur.