MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 1 April 2009

NASI GORENG


BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
4 batang sosej- boleh diguna bahan lain juga.
Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS:

3 biji cili merah atau cili kering
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )

CARA MEMASAK :

1) Panaskan 2 sudu minyak dan tumis semua bahan yang dikisar tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan sosej dan kacau sampai sosej masak , kemudian masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi layu.

3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

1 ulasan:

  1. sedap nya <3 <3..nnt sya nak cuba yg akak nya resepi cili api..:)..sbb bf sya ni suka sgt mkn makanan yg pedas2..haha..mesti dia suka tu kan??..<3..teria kasi kak kerana share resepi..<3

    BalasPadam