BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
4 cawan santan
2 peket pucuk+ suuhun
3 biji ubi kentang
1 batang serai- dititik
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
3 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
3 biji cili api
CARA MEMASAK:
1) Masukkan santan dan bahan ditumbuk serta serai ke dalam periuk kemudian letakkan periuk diatas api dapur dan masukkan pula ubi kentang , biarkan kuah masak sampai mendidih. Kacau kuah , biarkan ubi kentang masak sampai menjadi empuk.
2) Bila kuah sudah mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji , jangan dikacau kuah dan biar seketika apabila sudah nampak bentuk telur yang sudah masak didalam kuah baru la dimasukkan pucuk dan suuhun . Kacau kuah perlahan-lahan dan boleh la ditutup api dapur bila pucuk/suhun sudah masak.
* Jika nak kuah lebih banyak boleh lah ditambah sedikit lagi santan atau air semasa tengah masak.
this is my favourite dish. . .
BalasPadamLama tak makan masakan ni. Nanti I can try buat juga. Andrea mesti suka. I think I should cut down opening all your recipes, otherwise, mesti nak masak.....GEMOKKKKKKKKKK!!!!
BalasPadamSY XBERANI MSK MSKAN YG GUNA SANTAN..HEHE XRETI..TKT PECAH MINYAK..SKRG NAK BLAJAR MSK..NAK JADI WIFE ORG X LAMA LG..BKAL HUSBAND PULAK SUKA MAKAN
BalasPadam