MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 19 April 2009

NASI AYAM


Teringin pula nak makan nasi ayam , anak-anak pun suka jadi semalam( hari Jumaat) saya masak la untuk lunch. Resepi ni saya ambil dari majalah Rasa , sedap dan agak mudah nak masaknya.

BAHAN UNTUK REBUSAN:
1 ekor ayam - di potong kecil
2 liter air
2 ulas bawang putih
2 cm halia
* Tumbuk bawang dan halia
CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi dan rebus bersama air sehingga ayam masak.
* Ayam yang direbus ini kemudian di perap bersama bahan perap.

BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam-ayam yang direbus sekejap tadi
5 sudu kicap pekat
5 sudu sos tiram
2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil minyak bijan
CARA PERAP:
1) Campurkan semua bahan sos perap, bawang putih , halia dan ayam .Lumur ayam biar rata supaya semua bahan perap mesra dengan ayam. Biarkan selama 1 jam.
2) Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat ayam dan tos.

Ini la rupa ayam yang dah siap digoreng , boleh la dihidangkan dengan sayur salad, tomato dan timun. Kalau tak masak nasi ayam pun kita boleh goreng ayam macam ni untuk dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih je.


BAHAN UNTUK NASI:

5 cawan beras
1 cm halia
4 ulas bawang putih
Sedikit butter untuk menumis
Air rebusan secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumbuk halia dan bawang putih. Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian masukkan beras dan kacau sekejap kemudian masukkan air rebusan serta garam.Biarkan nasi masak macam biasa.



KUAH CILI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka atau jus limau nipis
1 sudu teh garam
1/2 cawan air
Gula secukup rasa
*Kisar semua bahan ini sehingga lumat.

SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
200 ml air rebusan
2 sudu kicap pekat
1 sudu teh seasoning
1 sudu teh minyak bijan
sedikit gula

*Kacau semua bahan. Boleh ditabur sedikit daun bawang/sup.

SUP
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Baki semua air rebusan dan ayam tadi.
Sedikit daun sup/bawang yang dihiris halus.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan semua air rebusan dan ayam tadi serta sup bunjut serta masukkan garam kemudian kacau dan biarkan sup sampai mendidih.

4 ulasan:

  1. lepas ni boleh la cuba...nampak sedap..

    BalasPadam
  2. banyak betul masakan kat sini..boleh buat rujukan ni...:)

    BalasPadam
  3. saya ty masak nasi ayam ikut resepi akak smlm...hehehe sedap sgt..lg2 ayam goreng. thank kak...

    BalasPadam