MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 6 April 2009

IKAN SIAKAP KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 500 grm)
10 tangkai cendawan tiram
1/2 biji cili capsicum merah dan kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili api
Sedikit daun sup/daun bawang

BAHAN UNTUK SOS:

4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi atau lemon
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perisa atau gula
Garam secukup rasa

* Boleh digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah dan halia. Taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan.

4) Susunkan semua cili capsicum , cendawan , daun bawang/sup , cili api di atas ikan dan ditepi ikan.

5) Tuang atau curahkan semua bahan sos secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan.

6) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

7) Bila air sudah agak panas boleh la di letak atau disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 45 minit dan jika kurang masin boleh ditambah garam atau sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan