Hari ni saya masak pizza lagi tapi kali ni untuk topping saya guna apa saja bahan yang memang ada dalam simpanan macam tuna dalam tin . Saya tambah sos thousand island dan bawang besar serta nenas dan ditabur dengan 2 jenis cheese emmmm sedapnyaa..anak-anak saya hari ni happy lagi sebab dapat makan pizza hehe sekali sekala boleh la....resepi asal pizza ni saya dapat dari MyResipi.com tapi saya ubah sikit ikut citarasa kami sekeluarga..
BAHAN DOH PIZZA
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening
BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin tuna chunk in water
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
sos thousand island secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder
CARA MEMASAK :
UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan kepingan ikan tuna , bawang , sos thousand island dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .
Ini la rupa pizza ikan tuna dengan thousand island sebelum dibakar . Kita boleh tambah apa saja bahan topping ikut pada citarasa sendiri . Seelok-eloknya guna 2 jenis cheese iaitu cheese cheddar untuk wangi serta masin lemak tersendiri dan cheese monzarella untuk texture cheese yang lebih liat dan bertali-tali mmm yummy..
Ni pun pizza tuna tapi saya tambah nenas kiub hmmm memang sedap . Doh roti pizza pun saya canai bagi nipis sikit lagi la sedap ikut citarasa saya ni yang suka roti pizza nipis dan sedikit crispy...
Slmlkm Nannie...
BalasPadamTq 4 the recipe. Terliur kak su tgok. Rasa cam nak buat utk anak2 dlm masa terdekat ni. Halalkan resepi ye :)
wlksalm Sue,
BalasPadamterima kasih ya singgah sini hihi terlior ya haa kena cuba buat pizza ni ya hihi