MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 5 Mei 2011

Roti jala

First time saya cuba masak roti jala ok la juga kan rupa roti jala saya ni hihihi rupa-rupanya tak semudah yang saya sangka nak masak roti jala ni tapi saya akan cuba banyak kali sebab nak dapat rupa roti jala yang halus-halus cantik macam yang saya selalu beli dari gerai dekat rumah saya ni . Seronok tengok makcik kat gerai tu masak roti jala laju je tapi bila kat rumah ni saya still baru nak cuba so slow and steady je la tak berani nak laju-laju tuang adunan roti jala ni tambahan lagi saya hanya guna non stick pan . kalau dapat kuali leper yang besar mesti lagi best masak roti jala ni . Resepi roti jala ni saya dapat dari internet dan senang je nak bancuh ikut resepi ni...

BAHAN-BAHAN :

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
250 ml air - boleh ditambah jika adunan agak pekat
200 ml santan
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA

1. Gaul semua bahan di atas dengan air sedikit demi sedikit . Pukul adunan dengan mixer kek atau guna lender supaya menjadi adunan menjadi halus.

3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala. Jika adunan lambat turun dari acuan bermaksud adunan anda pekat dan perlu tambah air. Jika adunan anda terlalu cepat turun bermaksud adunan tersebut cair dan perlu ditambah tepung.

4.Panaskan kuali leper atau non stick pan kemudian letakkan sedikit minyak dalam mangkuk. Celup daun pandan ke dalam mangkuk yang berisi minyak dan sapu minyak tersebut ke atas kuali roti jala . Tuang secara perlahan-lahan adunan roti jala yangs duah diisi dalam bekas acuan ke atas pemukaan kuali pastikan adunan mengalir dengan elok dan tidak putus-putus . Gunakan api dapur sederhana besar supaya adunan roti jala masak secara perlahan-lahan . Bila masak boleh diangkat dan dilipat ikut citarasa masing-masing.


Sedapnya roti jala dimakan dengan kuah durian


Ini la bekas acuan roti jala yang saya baru beli masa di Pasar Payang , Kuala Terengganu di buat dari tembaga dan mudah nak guna .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan