MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 23 April 2010

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS



BAHAN - BAHAN :


1 kilo ikan bilis (pilih yang kualiti baik sekali)
2 peket tempe
1 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

BAHAN - BAHAN DI KISAR HALUS :

15 - 20 biji cili kering
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air

CARA - CARA MEMASAK :

1.Tempe di potong nipis-nipis anggaran 5 cm , boleh juga dipotong lagi nipis tapi mungkin boleh pecah.

2.Basuh ikan bilis dan tos , kemudian tumbuk sikit ikan bilis biar pecah-pecah sikit saja jangan tumbuk sampai lumat.

3.Gaulkan tempe dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng tempe sampai garing.Jaga ye jangan sampai hangit atau terlalu garing pula.Angkat tempe dan toskan dulu.

4.Goreng ikan bilis sampai garing , angkat dan toskan ikan bilis .

5.Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak , tumis bahan-bahan dikisar halus , gula , asam jawa dan kacau .Biar cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.

5.Bila sambal dah masak masukkan ikan bilis dan tempe goreng tadi kemudian masukkan garan secukup rasa , terus kacau bagi semua bahan mesra.

6.Kacau sambal dalam 3 minit lagi dan boleh la di tutup api dapur , siap dah tempe sambal ni.Sedap dimakan dengan nasi biasa, nasi lemak , roti dan nasi impit kuah lodeh.


* Jika suka lebih pedas boleh tambah cili kering dan jika nak manis tambah la gula lagi.

Khamis, 22 April 2010

IKAN TENGGIRI MASIN




Ikan tenggiri masin yang digoreng bersama bawang besar dan cili merah kemudian boleh la diperah sedikit lemon atau jus limau nipis secukup rasa jangan terlebih jus limau nipis ya nanti masam pula .

KAILAN GORENG IKAN MASIN



BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur kailan
2 cm ikan masin tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas putih
2 biji cili api- dititik saja
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Sedikit minyak bijan


CARA MEMASAK :

- Bersihkan sayur kailan dan potong kecil-kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus .Basuh ikan masin dan potong kecil-kecil.

- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin dulu sampai agak garing kemudian baru dimasukkan semua bawang , goreng lagi sampai bawang layu . Masukkan terus sos tiram kacau dan masukkan nampla dan terus kacau , masukkan terus sayur , Kacau sayur jika agak kering masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

Resepi ni tak perlu garam sebab dah masin dari ikan masin.

IKAN MASAM MANIS


Hari Sabtu atau Ahad pagi memang rutin saya ke pasar untuk beli barang-barang dapur. Kalau pegi awal pagi ikan baru sampai dan sangat la fresh keadaan pasar pun belum sesak dengan orang ramai so senang la sikit nak memilih barang-barang yang nak dibeli . So sopping kali ni saya beli ikan merah yang jenis kecil dan harganya lebih murah isinya sedap sama macam ikan merah yang besar . Ikan merah kecil ni saya suka masak goreng-goreng macam resepi masam manis atau tumis cili api kicap . Tapi itu selera saya kan , lain orang lain cara masak nya..



Ikan merah masam manis

Di rumah saya ni kalau masak menu sweet sour memang mesti lakunya . Anak sulung saya Aisyah cukup suka dan dia kalau nampak menu ikan sweet sour ni memang senyum lebar dan berselera saja makan nasi. Selalunya saya suka guna ikan bawal , siakap , kerapu atau ikan merah kecil ni untuk masak masam manis hmmm memmang sodap..

Saya memang bila masak tak ada guna sukatan tertentu semuanya ikut pada cita rasa sendiri macam orang cakap la masak pakai campak-campak je tapi saya tak la campak masa masak tu hehehe . Bila kita masak untuk insan tersayang mesti la dengan penuh passionkan ceewahh walaupun campak-campak tapi kita mesti pastikan hasil masakan kita tu sodap . Tapi kalau buat kek dan pastry saya ikut betul-betul sukatan yang diberi takut ak menjadi pula kek yang dimasak tu .

So resepi-resepi yang saya bagi dalam blog saya ni boleh diubah atau ditambah bahan ikut citarasa masing-masing ya...

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah ( anggaran berat 500-800 grm ) - dibersihkan
3 biji cili capsicum ( warna merah , hijau dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
3 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya - kalau tak letak air pun ok ikut pada citarasa kita
Garam secukup rasa-bila perlu saja

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan akcau hinggap terbit bau wangi . Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la di tuang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Selasa, 20 April 2010

SAMBAL GESEK


Pernah makan sambal gesek ? kalau sesiapa asal dari Negeri Sembilan mesti tau sambal ni kan . Sambal gesek ni ada dua jenis iaitu sambal gesek cili api dengan ikan bilis dan sambal gesek lada hitam juga dengan ikan bilis . Sambal gesek lada hitam dengan ikan bilis ni selalunya dibuat untuk ibu-ibu yang dalam pantang gitu dan masa saya bersalin anak kedua ibu mertuaku yang jaga saya masa dalam pantang dan dia ada la juga buat sambal gesek lada hitam ni . Saya makan juga tapi tak banyak sebab saya ni jenis tak tahan dengan lada hitam perut cepat meragam so suami saya la yang mengabihkan sambal gesek lada hitam dan juga sambal gesek cili api hmmm macam dia pula yang dalam pantang hehehe....

Teknik melumatkan bahan-bahan sambal ni dipanggil gesek sebab tu la sambal ni di panggil sambal gesek info ni saya dapat dari encik suami saya la juga..



Sambal gesek cili api

SAMBAL GESEK CILI API

BAHAN-BAHAN :

Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

-Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni ) Tu je mudahkan selamat mencuba sambal gesek ni...

* Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis.


SAMBAL GESEK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar lada hitam
1 genggam ikan bilis
Cuka secukup rasa
1 sudu kecil air panas

-Tumbuk lada hitam sampai lumat kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sampai hancur . Masukkan cuka secukup rasa saja dan air masak . Kacau semua bahan sampai sebati.

*Rendam ikan bilis dalam air panas supaya ikan bilis cepat lembut dan mudah ditumbuk hancur.

GULAI PERUT dgn UBI KENTANG

Gulai perut atau masak lemak perut , favorite saya tapi encik suami kureng sikit . Selalu saya masak campur rebung fresh atau yang dah dijerukkan tu . Kalau guna rebung yang dah dijeruk tu tak payah letak asam keping sebab rebung tu memang dah masam tapi kalau letak asam keping pun sikit je .
Bila nak masak lemak cili api ni serai kena lebih sikit baru sodap , kali ni rebung tak ada so encik suamiku tu cakap guna je ubi kentang pun boleh hmmm saya cakap mana ada masak lemak perut dicampur dengan ubi kentang tapi saya ikut je cakap hubby . Bila dah masak dan kami makan sedap je masak lomak perut dengan ubi kentang ni rasa sama macam masak lomak cili api daging hehehe so resepi ni dah jadi masak lomak cili api perut dengan ubi kentang hehehe....

Hmmmm sedapnya....