MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 29 Jun 2010

KARI IKAN KEMBONG


Semalam masa dipasar malam ada ikan kembong fresh dari Kuala Selangor , ikan kembong fresh ni memang sedap terasa manis isinya dan sedap dimasak resepi apa saja . Saya beli sekilo ikan kembong ni dan hari ni saya masak kari la tapi untuk kuahnya saya tak guna santan pekat tapi saya guna yogurt low fat dan rasa kari ni masih sedap cuma kurang berlemak macam selalu serta lebih baik untuk kesihatan .

BAHAN-BAHAN:
6-7 ekor ikan kembong sederhana besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sudu halba campur
1 peket rempah kari ikan
1 cawan yogurt plain
1-2 cawan air
8 biji kacang bendi
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus

CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk. Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan sedikit air dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit dan boleh la dimasukkan air serta yogurt dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan kembong tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Isnin, 28 Jun 2010

IKAN KUKUS


Selalunya kalau kukus ikan saya suka guna ikan siakap tapi kali ni saya guna 2 ekor ikan gerut ok sedap rasanya lebih kurang sama dengan ikan siakap juga. Kalau guna ikan siakap saya beli yang sederhana besar.

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan gerut sederhana besar atau 1 ekor ikan siakap
Daun sup
Daun bawang

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 camca teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
3 inci halia, dimayang halus
1 biji bawang besar-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

* boleh di tambah air limau kasturi atau jus lemon untuk sos perapan ikan ini.

Cara memasak :

- Bersihkan ikan dan perap bersama air asam jawa sekejap untuk buang hanyir.

- Masukkan semua bahan-bahan sos, garam, gula dan lada hitam. Kacau sebati.

- Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan campuran sos ke atas ikan.

- Taburkan halia serta bawang diatas ikan dan masukkan juga halia serta bawang didalam perut ikan .Taburkan juga daun bawang atau daun sup ke atas ikan ni.

5. Kukus ikan sehingga masak .

SALAD n AYAM PANGGANG


Dinner tadi saya masak ayam panggang lagi dan saya kukus brokoli serta ada salad romaine. Saya hanya guna low fat thousand island untuk salad dressing dan untuk saladnya saya campur kidney beads , kiub nenas tin dan tomato cherry . Kalau ada sayur salad lain pun boleh dicampur sama...


Romaine lettuce dengan kidney beans , tomato cherry dan nenas hmm sedapnya

Sabtu, 26 Jun 2010

AYAM PANGGANG n SALAD



BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam sederhana besar yang dipotong 12
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil black pepper
1/2 cawan minyak zaitun
1/2 cawan Worcestershire sauce
2-3 sudu besar kicap
1 sudu kecil italian mix herbs
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Kisar bawang merah dan bawang putih .
- Bersihkan ayam dan tos sekejap , masukkan semua ayam ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan bahan kisar , semua bahan lain dan gaul rata dan peram selama 6-8 jam . Simpan ayam dalam fridge.
- Pre-heat oven selama 10 minit , susun ayam dalam tray pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 45 minit atau sampai ayam masak.

SALAD KOBIS UNGU
BAHAN-BAHAN :

1/4 kobis merah
1 biji apple hijau
1 biji apple merah
1 peket kacang gajus atau kacang walnut

DRESSING UNTUK SALAD :

10 sudu besar olive oil
2 sudu besar balsamic vinegar
Garam , gula dan serbuk lada hitam secukup rasa

*Banyak mana nak guna balsamic vinegar atau bahan-bahan dressing lain adalah bergantung pada citarasa kita.

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan kobis dan semua buah apple kemudian kobis ini di potong nipis-nipis , buah apple di potong kiub. Semua bahan dimasukkan dalam sebuah mangkuk yang sesuai. Kemudian masukkan kacang gajus kedalam mangkuk ni juga.

Dalam bekar tupperware atau balang kaca yang sesuai campurkan semua bahan dressing tadi dan goncang sampai semua bahan sebati.

Bila nak makan boleh la di tuang dressing tadi ke dalam mangkuk yang berisi salad dan gaul semua bahan sampai sebati dan sos menjadi sekata.


GRAVY
-Saya guna semula tray yang diguna untuk panggang ayam ni , letakkan tray ni di atas api dapur dan saya cairkan 1 sudu butter kacau kemudian saya masukkan 1 cawan susu segar dan saya kacau sehingga semua saki-baki sos perapan dari ayam panggang tadi larut dalam susu ini .
-Kemudian saya masukkan 1 sudu besar serbuk Bisto atau boleh juga digunakan serbuk brown sauce jenama Mc Cormick . Kacaus emua bahan sampai gravy masak , sebati dan mendidih.

Khamis, 24 Jun 2010

CHICKEN & EGG MAYO SANDWICH


Bila buat sandwich saya suka pelbagaikan filling macam kali ni saya guna isi ayam panggang dengan telur rebus yang hancur serta digaul dengan mayonis dan cara macam ni agak mudah serta rasanya memang sedap yum yum..

Chicken & egg mayo sandwich..sedapnya..


Macam-macam bahan lain yang boleh ditambah macam timun , avacado, tomato , alfafa sprouts dan macam-macam jenis salad . Saya suka sapu roti dengan butter atau cream cheese dulu tapi kalau tak mau sapu pun boleh sandwich yang kita buat ni jadi makanan yang lagi baik untuk kesihatan sebab kurang lemak..


Lepas dah letak chicken mayo kita letak pula egg mayonis ni dan banyak mana kuantitinya ikut pada selera masing-masing la...


Lepas tu boleh la kita susun pulak sayur-sayurnya lagi banyak sayur lagi bagus lagi sihat sebab banyak fiber . Dah pun siap sandwich kita ni ermmm sedapnya dan sangat mengenyangkan..cuba la...

CHICKEN & EGG MAYO


Saya suka makan sandwich sebab mudah nak disediakan dan sedap . Filling untuk sandwich ada macam-macam jenis dan yang saya tunjukkan dalam n3 kali ni ialah chicken mayonis dan egg mayonis .
Semalam saya ada beli roast chicken dari hypermarket tapi tak habis so yang left over ni la saya buat jadi chicken-mayo . Selalunya bila saya panggang ayam anak-anak tak suka makan bahagian dada ayam so saya buat jadi chicken mayo la juga . Boleh juga beli dada ayam kemudian direbus dan lepas tu dipotong kecil-kecil sebelum digaulkan dengan mayonis..


Isi ayam yang dah dicarik kecil-kecil digaul dengan mayo secukup rasa dan tambah la sedikit serbuk lada hitam . Saya tak ambil kulit ayam ni tapi ikut pada selera masing-masing la . Filling sandwich yang saya bagi resepi ni sama saja macam kat Deli France , Dave`s Deli atau Dunkin Donut tapi kat restoran-restoran tu harga sandwich macam ni memang mahal la so lagi untung buat sendiri sebab boleh buat banyak..



Rebus telur sehingga masak kemudian hancurkan dan gaul dengan mayonis . Berapa banyak nak letak mayonis ikut pada selera masing-masing la . Egg mayo ni sedap di campur dengan tuna mayo atau chicken/salami..