MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 18 Ogos 2010

KOBIS TUMIS UDANG KERING

Satu lagi menu sayur simple yang saya suka masak , saya tumis dengan udang kering . Memang sedap dan mudah sangat nak masak menu sayur ni dan udang kering yang ditumis garing akan memberi aroma bau dan rasa yang sangat enak kepada menu ni . Selalu kalau goreng sayur kobis saya hanya masak dengan sekejap saja untuk kekalkan kesegaran dan keranggupan sayur ni.


BAHAN-BAHAN :

Separuh sayur kobis - sederhana besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

Segenggam udang kering-direndam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

* boleh juga ditambah sebiji telur semasa proses awal menumis serta sedikit cili api jika nak pedas

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur kobis dan potong ikut cita rasa.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk , goreng sehingga terbit bau wangi . Masukkan sos tiram dan minyak bijan kemudian masukkan sayur kobis serta garam secukup rasa . Kacau jika agak kering baru la dimasukkan sedikit air dan bila sayur kobis menjadi layu boleh la ditutup api .

SUP AYAM

Sup ayam ni menu yang simple tapi sangat digemari oleh anak-anak saya . Selalunya anak-anak saya akan hancurkan ubi kentang ni kemudian digaul rata dengan nasi serta kicap sikit memang berselera la mereka makan .


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (sederhana besar)
8 biji kentang
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air mencukupi untuk kuah sup


BAHAN-BAHAN TUMIS :

4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kayu manis ( 1 ketul )
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK :

- Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil . Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Ketumbar serta lada hitam ditumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , daun sup diracih halus.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang ditumbuk , semua rempah serta semua bawang tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la dimasuk semua ayam dan ubi kentang.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga ayam masak serta ubi kentang menjadi empuk .

Isnin, 16 Ogos 2010

KERABU KACANG BOTOL

Sedapnya kerabu kacang botol ni menu yang sangat ringkas tapi sungguh menyelerakan . kacang botol ni saya kutip dari kebun mertua masa kami balik kampung hari Sabtu baru-baru ni .Di rumah saya ni hanya saya yang suka makan kacang botol so semalam untuk juadah berbuka saya sediakan menu kerabu ni ikut selera saya la hmmm memang sedap kerabu ni cuba la...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang botol - dalam 20 biji
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau nipis
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botol dan dipotong nipis-nipis kemudian potng bawang besar serta cili merah nipis-nipis juga ketepikan dulu.Tumbuk udang kering sampai lumat ,perah limau nips dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Ahad, 15 Ogos 2010

BETIK MUDA TUMIS SANTAN


Masakan tradisi di kampung suami saya yang sangat sedap...
Betik tumis santan
Saya jarang dapat masak menu ni sebab susah juga nak cari betik muda yang sesuai untuk resepi ni . Saya dapat buah betik ni masa kami sekeluarga pegi rumah wan pada suami saya dan bila saya nampak betik yang baru nak masak ni terus saya teringat menu betik tumis santan ni , resepi ringkas juga tapi sangat enak .
Perlu guna minyak yang agak banyak untuk menumis serta hati ayam mesti la digoreng garing baru la "menjadi" resepi ni...
BAHAN-BAHAN :

1 biji buah betik yang baru nak masak
4 ketul hati ayam
1-2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 serai-dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

10 biji bawang merah
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Pilih buah betik yang baru nak masak isinya masih rapuh dan tidak manis . Bersih dan kupas buah betik kemudian disagat kecil-kecil memanjang .

Bersih dan potong kecil-kecil hati ayam kemudian digoreng sampai garing . Angkat dan tos hati ayam ni dan ketepikan dulu.

Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk serta serai sampai terbit bau wangi kemudian masuk santan pekat serta hati ayam tadi . Masukkan semua betik sagat tadi serta asam keping dan kacau semua bahan . Masukkan garam dan kacau bila betik dah layu serta masak boleh la di tutup api dapur.

GULAI DAGING SALAI

Salam hujung minggu hari ni saya masak menu favorite cik abang apa lagi kalau bukan gulai lomak daging salai . Saya dapat daging salai ni masa balik kampung semalam dan mak yang buat sendiri ni daging salai ni.
Kali ni saya masukkan lagi resepi gulai daging salai ni walaupun sebelum ni dah banyak kali saya buat n3 resepi ni bukannya apa masakkan ni ada keistimewaannya tersendiri bau aroma "smoke" daging yang dimasak mesra dengan bahan-bahan lain . Tu belum rasa daging ni yang lembut dengan kuah santan pekat yang sangat lah sedap .
Bahan yang digunakan untuk masak resepi ni tak banyak tapi ada cara nak masak menu ni supaya "menjadi" macam mak masak . Perlu pastikan guna santan pekat , kunyit hidup mesti fresh dan tengah elok tak terlalu tua , serai kena banyak , cili api burung dan semestinya daging salai yang fresh . Masakan ni tak guna bawang merah atau bawang putih memang kebiasaan la menu gulai dari Negeri Sembilan tak ada bawang langsung manis kuahnya datang dari santan yang fresh dan pekat...
Gulai daging salai dengan ubi kentang
BAHAN-BAHAN :
1 kilo daging lembu salai
4-5 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi
CARA MEMASAK :
Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping . Letak di atas api dapur biarkan sehingga kuah mendidih dan terus dimasukkan semua daging serta ubi kentang . Sekali sekala kacau kuah supaya tak pecah minyak .
Bila ubi kentang sudah masak dan menjadi empuk boleh dimasukkan garam serta dikacau kuah , biar sebentar dan boleh la ditutup api dapur .

Jumaat, 13 Ogos 2010

BUBUR KACANG HIJAU



Bubur kacang hijau dengan sagu sedapnya yum yum..

Dah lama saya tak masak bubur kacang hijau ni bila bulan puasa mula la teringin nak makan . Saya suka makan bubur kacang ni dalam keadaan sejuk so selalunya bila dah masak serta dah tak panas saya akan simpan dulu dalam fridge . Kalau suami saya dia suka makan dengan roti sedap juga cara makan macam tu . kalau ada durian saya akan campur sekali dalam bubur kacang hijau ni memang lagi sodap la bubur kacang perisa durian yum yum...