MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 31 Ogos 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI

Pagi tadi masa di pasar kat rumah saya ni saya dapat beli ikan pari segar yang baru sampai dari Kuala Selangor , bestnya . Selalunya kalau beli ikan pari saya akan masak asam pedas atau dipanggang makan dengan air asam hmmm memang sedap .
Ikan pari yang segar bila dah masak isinya menjadi putih dan lembut serta boleh terasa kemanisan isinya . Agak mudah nak masak asam pedas sebab separuh bahan-bahannya dikisar dan proses nak masaknya sekejap saja..

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan pari segar
2 cawan air
2 batang serai-dititik
1 bunga kantan- dibelah dua
2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawa
Segenggam daun kesum-6 tangkai
Sedikit garam dan gula
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

12 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka kuah lebih masukkan lebih air dan jika ingin lebih pedas tambah lagi cili . Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan ikut pada selera masing-masing.

CARA MEMASAK:
-Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau . Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak .Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.

-Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah mendidih.

-Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan pari , garam dan gula secukup rasa .Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan pari boleh pecah . Biar kuah mendidih dan ikan pari masak boleh la dimatikan api dapur .

Isnin, 30 Ogos 2010

MALAYSIA KU TERCINTA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI
Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari KEMERDEKAAN yang ke 53 tahun kepada semua pengunjung blog saya ni tak kira di mana saja anda berada . Semoga kita dapat menjadi insan yang berguna serta berjasa kepada negara , bangsa dan agama....
Laungan MERDEKA dari Adam dengan kakak Adlina dan kakak Aisyah..
Dah lama juga saya simpan gambar ni semenjak awal bulan Ogos lagi . Tiap-tiap tahun saya pasti kibarkan JALUR GEMILANG dirumah saya dan acara nak gantung bendera ni sangat ditunggu oleh anak-anak saya ni...

Anak-anakku pelapis rakyat Malaysia dan warisan bangsa..

GULAI TEMPOYAK PATIN



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan patin
1 biji timun
2 batang serai - dititik
4 sudu besar tempoyak-boleh ditambah
1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

-Bersihkan ikan dan lumur ikan patin dengan asam jawa untuk buang hanyir serta kotoran lain . Potong timun menjadi 2 bahagian dan buangkan empulur tengah serta potong menjadi ketulan kecil .

- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk bersama serai , tempoyak, air dan asam keping . Kacau semua bahan bagi mesra dan biarkan kuah sehingga mendidih . Masukkan semua ikan patin dan garam serta kacau . Kemudian masukkan timun dan biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula .

KERABU PUCUK PAKU

Saya memang gemar sangat makan kerabu dan bila berpuasa ni macam-macam jenis kerabu yang saya nak makan . Kalau beli di bazar Ramadhan kebanyak kerabu yang dijual dah tak fresh sebab terlalu cepat disediakan so paling best ialah buat kerabu sendiri la . Bukannya susah sangat nak sediakan kerabu ni bahan-bahan yang diperlukan pun mudah nak dicari.
Kerabu pucuk paku ni lagi best kalau ada kerang rebus atau perut lembu yang dah direbus dan dipotong kecil-kecil tapi kalau nak jadikan kerabu ni menu yang lebih sihat tak payah la letak kerang atau perut lembu tu dan rasanya tetap sedapppp la sangatt..

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 biji bawang merah besar
2 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau kasturi-boleh ditambah
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Mayang semua bawang besar serta cili merah nipis-nipis dan ketepikan dulu.Tumbuk udang kering dengan belacan sampai lumat ,perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

SIAKAP KUKUS

Ikan siakap steam tomyam..
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 700 grm)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci lengkuas
2 batang serai-dititik
4 biji cili api-boleh tambah
Sedikit air

BAHAN UNTUK SOS :

3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi-boleh ditambah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perisa atau gula

* Boleh juga digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah , lengkuas , serai dan halia. Titik cili api kemudian taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan.

4) Tuang atau curahkan semua bahan sos yang dicampur dengan sedikit air secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan.

5) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

6) Bila air sudah agak panas boleh la disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 40 minit dan jika kurang masin boleh ditambah sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

KAILAN IKAN MASIN


BAHAN-BAHAN :

2 ikat baby kailan-pucuk kalian yang berbunga
2 cm ikan masin tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas putih
2 biji cili api- dititik saja
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Sedikit minyak bijan


CARA MEMASAK :

- Bersihkan sayur kailan dan potong kecil-kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus .Basuh ikan masin dan potong kecil-kecil.

- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin dulu sampai agak garing kemudian baru dimasukkan semua bawang , goreng lagi sampai bawang layu . Masukkan terus sos tiram kacau dan masukkan nampla dan terus kacau , masukkan terus sayur , Kacau sayur jika agak kering masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

Resepi ni tak perlu garam sebab dah masin dari ikan masin.