MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 4 Mei 2011

Menu ringkas tapi cukup sedap..

Salam pagi Selasa..sejuk dan nyaman kan pagi ni..
Semalam hujan sampai la ke pagi di area rumah saya ni..

Pagi ni saya masukkan n3 menu makan malam kami sekeluarga dan kalau di tengok semuanya menu ringkas saja tapi cukup sedap ikut pada selera kami la . Menu masakkan tradisional melayu ada ikan goreng , sambal tempoyak cili api , masak lemak tempoyak pucuk ubi dan juga terung grill emmmmm sedap sangat ni dan semua menu ni memang menetapi citarasa suami saya selera orang nogori ni sebab ada sambal tempoyak dengan masak lemak tempoyak tu . Menu macam ni sekejap je nak masak sebab serba ringkas dan belanja untuk beli bahan-bahan masakkan menu ni pun sangat berpatutan kiranya murah la tapi cukup sedap .

Ikan goreng , masak lemak tempoyak pucuk ubi , sambal tempoyak dengan petai dan terung grill hmmm sedapnya syukur alhamdulillah..


Favorite En.Husband ni , sambal tempoyak home made dengan potai kombinasi rasa yang cukup unik dan sedapppp perhhh terbaek laa..bila makan nasi mesti bertambah banyak kali hihi..


Ini pula masak lemak tempoyak pucuk ubi emmmm sedap sangat..dimakan pula dengan sambal tempoyak aduhhhh kombinasi yang serasi cukup sedap .


Pelengkap makan malam semalam terung grill di cicah dengan sambal tempoyak aduhh aduhh sedap laa . Terung ni mak mertua saya tanam di kebun so memang organik la fresh sangat petik dan saya bawa balik ke rumah serta terus dimasak..

Ikan goreng memang mesti ada bila saya masak menu serba ringkas kiranya ikan goreng pun pelengkap pembuka selera bila dimakan dengan sambal tempoyak dan masak lemak cili api , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami semalam..

Happy birthday sayang..

Happy birthday buat anakanda tersayang Nur Aisyah..
Mama , abah , adik Lina and Adam love u soo muchh..

Isnin minggu lepas 25.5.11 adalah hari yang paling happy buat kami sekeluarga sebab hari tu kami sambut birthday Aisyah yang ke 13 tahun . Kami celebrate di rumah saja anak-beranak dan saya masakkan cheese cake kegemaran Aisyah serta nasi dagang berlaukkan ayam kerutuk untuk sambut birthday Aisyah ni .

Pertengahan bulan ni baru la saya plan nak buat majlis birthday untuk Aisyah sambut bersama kawan-kawan dan saudara mara pula . Saya memang akan buat majlis meraikkan hari lahir anak walaupun majlisnya kecil dan simple saja . Saya nak anak-anak ingat memori yang happy untuk mereka kenang sampai bila-bila , lagi pun setahun sekali saja kita dapat raikkan hari lahir insan yang paling kita sayang dan penting dalam hidup kita sebagai seorang ibu..

Ini la cheese cake topping dengan apple caramel , kek favorite Aisyah ni..

Happy birthday sayang...

Khamis, 28 April 2011

Nasi dagang dengan ayam kerutuk

Malam Isnin sudah saya masak nasi dagang ni special untuk sambut birthday Aisyah . Nasi dagang dengan ayam kerutuk ni memang favorite Aisyah so memang berselera sangat dia makan . seronok saya tengok reaction anak-anak bila saya masak menu kesukaan mereka dan bila makan tu bersemangat je dan saya rasa cukup puas hati bila anak-anak sedap je makan apa saja yang saya masak :)

Kali ni nasi dagang ni saya masak cara biasa saja dan tak di kukus so proses nak masaknya sekejap saja macam masak nasi biasa saja.

Nasi dagang dengan acar mentah dan ayam kerutuk..

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
5 cawan air
1 cawan santan pekat
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

Sedapnya ayam kerutuk

Ayam kerutuk ni saya masak untuk di makan dengan nasi dagang . Resepinya saya dapat dari bungkusan rempah yang saya beli di pasar payang , Kuala Terengganu dan memang sedap ayam kerutuk ni....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-bersihkan dan potong 12
50 grm rempah kerutuk Terengganu
2 labu bawang besar - belah 4
1 biji kelapa - ambil santan pekat
2 batang serai dititik
3 sudu besar gula
1-2 sudu besar kerisik
3 sudu besar air asam jawa-boleh tambah
Garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
8 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi
Sedikit belacan - 1 inci

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kerutuk . Biar sampai rempah masak dan pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa , garam , serai dan gula. Masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan santan serta kerisik biarkan kuah pekat dan mendidih . Last sekali masukkan bawang besar serta gula dan garam kacau semua bahan . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Gulai tempoyak ikan talapia

Resepi gulai tempoyak ni dah banyak kali juga saya masukkan dalam blog saya ni so kali ni macam siaran ulangan la juga kan . Sekarang ni kan musim durian kat area perumahan saya ni ada 5 gerai tepi jalan jual durian dan harga murah pula tu . Saya pun baru je buat tempoyak dan pagi tadi masa pegi kedai kat rumah saya ni ada pula ikan talapia fresh mmmm apa lagi terus la saya teringat nak masak gulai tempoyak ikan talapia pink ni .

Sedapnya ikan talapia fresh ni langsung tak ada rasa dan bau hanyir kena pula dengan kuah gulai tempoyak yang saya baru buat fresh tak masam sangat , berselera betul la makan tengahari tadi syukur alhamdulillah...


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan talapia yang besar
2 batang serai - dititik
3-4 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1-2 cili merah - kalau nak pedas tambah la cili api
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping kemudian masak kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua ikan talapia dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula .

Sayur tumis belacan

Sayur ni selalu saya jumpa di pasar malam dekat rumah saya ni cuma saya tak pernah nak beli sebab dari kecil tak pernah makan so saya macam kurang berminat nak try tapi lately sekarang ni saya suka cuba masak sayur yang sebelum ni saya tak pernah makan pun . Masa beli sayur ni di pasar malam saya lupa nak tanya pada tokeh gerai nama sayur ni so kalau ada pembaca blog saya ni tau nama sayur ni boleh la tinggal kan komen anda ya boleh gak kita kongsi ilmu..

So untuk sayur ni saya masak menu yang simple je tumis belacan dengan sotong . Bila dah masak dan makan baru la tau yang sayur ni sedap rupa-rupanya . Sayur ni rasanya lemak manis macam sayur pucuk keledek dan kangkung so memang sedap la . Bila dimasak tumis belacan campur udang kering dah sotong lagi la sodap mmmmm memang kena dengan selera kami sekeluarga . Lepas ni kalau ke pasar malan boleh saya beli sayur ni lagi..



BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 cm belacan
1 sudu besar udang kering-rendam sekejap bagi lembut

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat cili merah , bawang merah+bawang putih ,belacan dan udang kering . Bersihkan sayur dan potong ikut pada citarasa sendiri kemudian bersihkan sotong serta potong kecil-kecil .

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi , masukkan sotong dan kacau. Bila udang dah masak masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.

Apa nama sayur ni ya..