Sedapnya cheese cake ni dan kali ni saya buatkan topping apple caramel sebab saya saya lupa nak beli topping blueberry kat BWY . Sedap juga makan cheese cake dengan topping apple caramel ni dan anak-anak saya berulang makan . Memang puas hati buat cheese cake dan resepi cheese cake yang mudah nak dimasak ni saya dapat dari MyResipi.com..
Bahan-bahan :
- 250gm cream cheese
- 200 ml fresh cream
- 90g gula pasir
- 2 biji telur
- 2 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar tepung
Bahan untuk apple caramel
- 4-5 biji apple sedang - potong jadi kecil-kecil
- 2 sudu brown sugar-boleh tambah
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 sudu besar lemon jus
- 1 sudu besar tepung jagung
- Sedikit air
CARA MEMASAK :
- Panaskan oven 170C. Sapu loyang dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
- Pukul semua bahan sehingga sebati dan adunan menjadi seperti cream .
- Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min . Selepas 30 minit boleh la ditutup pemukaan loyang kek dengan aluminium foil supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar .
- Sejukkan kek sebentar dan simpan kek dalam peti sejuk sebelum dimakan seelok-eloknya semalaman.
- Untuk membuat apple caramel pula , masukkan semua bahan dalam periuk dan masak apple sehingga lembut serta menjadi pekat . Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk . Bila nak makan baru la di letakkan apple caramel ni atas kek tadi dan simpan semula cake dalam peti sejuk selama 1 jam dan boleh la dipotong serta dinikmati.
Sepotong cheese cake topping apple caramel..
Oh, best ni. Thank you for the resepi. nampak sedap dan menyelerakan.
BalasPadamlazat nih.. :))
BalasPadamto aeshcame,
BalasPadamsama2 dan memang sedap cheese cake ni cuba la buat sendiri
to hann,
BalasPadammmmmm mmg lazat