Petang Isnin lepas saya ke pasar malan kat area rumah saya ni dan lepas beli stok sayur serta ikan saya jalan pula ke bahagian buah-buahan . Bestnya shopping kat pasar malam ni sebabnya sayur-sayuran , ikan dan buah-buahan fresh dan harganya ok murah . masa jalan kat gerai buah saya perasaan susunan buah mangga yang macam-macam jenis ada mangga yang berkulit kuning jingga , yang hijau pekat dan juga warna kuning pucat . Rupa-rupa musim mangga dah sampai emmmm sedap tu buah mangga memang favorite saya . Teringat masa pregnant Adlina saya boleh makan 6 biji mangga sorang-sorang hehehehe dan hampir tiap-tiap hari saya makan mangga . Sekarang ni Adlina memang sukaaa sangat makan buah mangga mungkin flavour mangga tu dah sebati dengan diri dia heheh (agaknye la kan pandai je la saya buat teori sendiri ) .
So saya beli sekilo mangga kulit kuning jingga dan sekilo jenis lemak harum berkulit hijua pekat . Buah mangga kuning jingga kami makan anak-beranak dan saya ambil sikit untuk dibuat milkshake mangga ni . Sedapnyaaaaaaaaa.....
Ohhh enak sekali milkshake mangga ni....
BAHAN-BAHAN :
1 cawan isi mangga cukup masak manis-boleh tambah sikit lagi
1/2 cawan susu
1 cawan aiskrim vanilla
1 sudu besar madu
3 biji ais ketul
Sedikit gula- jika perlu saja
CARA PENYEDIAAN :
Potong isi buah mangga menjadi ketulan kecil kemudian masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga cukup mesra . Tuang dalam gelas yang sesuai dan terus minum .
Sedapnya...heaven...
terliur dah..;-)
BalasPadamto fashah84,
BalasPadammmg sedap cuba laaa