MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 30 September 2009

IKAN MASAK LEMAK CILI API


Kalau di rumah mertua, ikan tengiri memang pilihan bila nak masak lemak cili api ikan campur dengan buah tomato , bapa mertua dan suami saya suka sangat menu ni. Kalau ada kenduri , menu ni kira special la sebab ikan tengiri kan mahal dan isi ikan ni memang pun sedap , selalunya kalau nak ada majlis kenduri kesyukuran pada waktu awal pagi bapa mertua dan suami akan ke pasar Seremban untuk beli ikan tenggiri ni sebab di pekan Kuala Klawang ikan tengirinya mahal sikit dan tak fresh..

Bahan-bahan :

4 keping ikan tenggiri - sederhana besar
5-10 biji cili api
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping (gelugur)
1 batang serai - dititik
4 biji tomato - belah 2 atau 4 ikut suka
Santan kelapa pekat secukupnya - pastikan santan dapat menutupi ikan dalam periuk.
Garam secukup rasa

Cara memasak :

1. cili api + kunyit serta garam ditumbuk lumat , serai dititik kemudian masukkan semua bahan dalam periuk kecuali tomato dan garam . Masak kuah santan ini sampai mendidih .

4. Biarkan hingga ia mengelegak dan masukkan kepinggan ikan tengiri . Biarkan sampai ikan hampir masak dan baru lah dimasukkan buah tomato yang dipotong 2 dan garam secukup rasa.

5. Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan tomato nampak lembut..

SAMBAL TUMIS UDANG



Bahan-bahannya:-

½ kilo udang sederhana saiz ( M ) - dibuang kepala dan ekornya (dibersihkan)
1 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :-

8 biji cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas

Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering

Cara memasaknya:-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

2. Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang dan kacau rata.

3. Bila dah agak masak (lepas 10 minit) masukkan garam, gula dan akhir sekali curahkan air asam jawa. Kacau sekejap semua bahan dan boleh la ditutup api dapur.

BISKUT CORNFLAKES


3 hari sebelum raya saya sempat la buat 5 jenis biskut dan salah satunya adalah biskut cornflakes ni .Biskut ni peberot saya dan anak-anak sebab crunchy dan lemak , manis serta masin rasanya , mudah bebenar nak membancuh adunannya.

Biskut yang baru keluar dari oven..harum semerbak


Aisyah tolong masukkan adunan dalam papercup dan Adlina tolong susun papercup , senang sikit kerja saya . Sementara tunggu biskut masak saya mula bancuh adunan biskut seterusnya , gitu la caranya nak cepat siap..

Bahan-bahan :

250 gm butter ( 1 buku )
1/2 cawan gula
21/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes
Papercup untuk letak biskut

Cara-cara :

- Pukul butter dan gula sampai kembang dan fluffy ( jadi pucat )
- Masukkan tepung dan cornflakes , terus kacau bagi sebati . Kemudian sudukan adunan dan masukkan dalam papercup . Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sampai biskut masak.


Biskut yang dah disudu ke dlam papercup dan ready untuk dibakar..

Khamis, 17 September 2009

Salam Aidilfitri



Tinggal lagi 2 hari saja sebelum bulan Syawal menjelma dan kita semua akan menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan serta ceria.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri serta Maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan dan pengunjung yang sering bertandang ke blog saya ni .

Kad raya ni saya tujukan khas buat semua kawan-kawan blogger dan para pengunjung blog saya ni , sudi-sudikan la ambik kad ni dan gantung di blog masing-masing....

Kad Aidilfitri dari Leen


Terima kasih Leen untuk kad Addilfitiri ni , moga Leen dan keluarga bergembira menyambut Aidilfitri tahun ni....

Selasa, 15 September 2009

Kangkung tumis air



BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung - bersihkan dan potong
3 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil-kecil
2 sudu besar sos tiram

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan tumbuk sampai wangi , kemudian masukkan semua sotong serta sos tiram , kacaus emua bahan sampai sotong masak.
- Masukkan semua sayur kangkung serta garam secukup rasa. Kacau sayur ni dan bila sayur masak boleh la ditutup api dapur.

SAMBAL CENCALUK



cencaluk dan salad untuk ulam

BAHAN-BAHAN :

5 sudu besar cencaluk
7 biji cili api dipotong kecil-kecil
Jus limau nipis secukup rasa
1 biji bawang besar

-Bawang besar dipotong nipis-nipis kemudian campur bersama cili api yang sudah dipotong juga dan cencaluk . Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaul semua bahan . Hmmm sedapnya makan bersama ikan bakar atau ulam-ulaman.


Kad Aidilfitri dari Ayu


Saya dapat lagi satu e-card dari Ayu , terima kasih Ayu yang selalu ingat nak bagi kad ucapan pada saya .

Moga Ayu bergembira menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Singapura...............

Isnin, 14 September 2009

Kad Aidifitri dari Kak Fae


Hari ni saya dapat kad raya lagi dari kak Fae yang jauh di Jepun , terima kasih banyak-banyak kak ^_^ . Saya akan abadikan kad pemberian akak ni dalam blog saya ni .

Moga kak Fae berbahagia menyambut Eid Mubarak bersama keluarga nanti..


E-kad dari kak Fae , kreatif la akak buat kad raya sendiri...

Laici kang

Semalam untuk berbuka saya buat minuman laici kang , sedap . Mudah saja nak buatnya campur semua bahan kemudian masukkan air gula dan tambahkan berapa banyak air yang kita nak .


Bila nak minum baru saya letak ais dalam mangkuk .


Bahan-bahan untuk laici kang yang saya buat ni , bahan-bahan ni boleh ditambah macam-macam lagi .



Saya campurkan air rebusan barli , jus dari buah laici dalam tin , air jus dari nata d`coco dan dicampur dengan air gula dan air masak .

Kad raya dari kak Inahar Ali

Terima kasih kak Inahar untuk kad raya ni ...

Sekejap je masa berlalu , hari ni dah hari Isnin dan bebebrapa hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri .

Tahun pertama saya ada blog dan saya dapat ramai juga kawan baru macam kak Inahar Ali yang best dan friendly ni , Thanks again kak untuk kad Aidilfitiri ni :D

Ahad, 13 September 2009

BERBUKA DI IKEA

Hari Jumaat lepas , kami sekeluarga pegi Ikea untuk berbuka puasa , saya dok teringat nak makan Poach Salmon dan nak beli beberapa barang sikit kat sana. Bila sampai saja di sana tengok-tengok menu biasa yang di saji kan di restaurant Ikea tak ada dan di ganti dengan buffet makanan melayu , tak bestnya tapi dah sampai jadi kami berbuka la juga di sana.Nasib la harga buffetnya murah dan lauk-pauknya banyak serta sedap juga . Lepas berbuka dan solat di surau dalam Ikea ni kami pun balik la...

Menunggu waktu berbuka puasa


Adam suka makan keropok saja


Bermacan jenis lauk , saya dan suami ambil serba sikit lauk-pauknya . Sedap juga pandai chefnya masak.

Lagi gambar anak-anak

Sabtu, 12 September 2009

BUBUR LAMBUK


Hari Khamis sudah saya masak bubur lambuk sebagai hidangan sampingan selain menu utama nasi dan lauk-pauk . Resepi saya pun mudah saja , arwah mak saya yang ajar . Masa tahun 1988 kesihatan arwah mak saya sudah tak begitu baik dan selalunya saya yang akan bantu mak untuk memasak , masa Ramadhan tahun tu la arwah mak ajar resepi bubur lambuk yang mudah ni .


bubur lambuk udang kering yang ditabur bawang goreng


BAHAN-BAHAN :

2 pot beras
2 cawan santan pekat
300 grm udang kertas kecil - buang kulit/kepala n ekor
2 genggam udang kering - direndam sekejap dan ditumbuh
2 batang serai-dititik
2 cm halia di potong nipis
1/2 sudu kecil jintan putih
Air secukupnya untuk masak nasi bubur ini - 2 liter air dan boleh ditambah

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Basuh dan bersihkan beras , tumbuk udang kering tapi jangan terlalu hancur.

-Panaskan sedikit minyak , tumis semua bahan tumbuk lumat , halia , udang kering serta udang kertas dan kacau sekejap sampai wangi kemudian terus lah dimasukkan air serta beras ke dalam periuk . Masukkan juga serai dan jintan manis tadi , kacau dah biar sampai nasi masak .Boleh la di masukkan garam secukup rasa dan santan tadi , biar nasi mesra dengan santan dan sampai mendidih , baru la boleh ditutup api dapur .

* Boleh juga dimasukkan sedikit daging lembu yang dipotong halus sebagai rencah tambahan untuk dimasak bersama bubur lambuk ini.


Bubur lambuk yang baru masak

Rabu, 9 September 2009

MEE GORENG n BIHUN GORENG


Semalam untuk berbuka saya goreng bihun sikit dan sebungkus mee , suami nak mee goreng sementara anak-anak nak makan bihun . So , saya goreng kedua-duanya senang cerita . Cara nak tumis sama saja dan perencah pun saya letak bahan yang sama.

bihun goreng


Mee goreng

Bahan-bahannya:

1 bungkus mi kuning
1 cawan udang sederhana, buang kepala
1 cawan sotong yang sudah dipotong kecil-kecil
2 biji telur
2 cawan tauge, bersihkan
1 cawan kucai -potong kecil-kecil
2 sudu besar cili kisar
1 kiub perisa
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk :

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.

2. Kemudian masukkan udang , sotong dan kacau lagi. Masukkan telur, kicap manis dan kacau lagi kemudian masukkan kucai , taugeh serta terus kacau semua bahan ini .

3. Akhir sekali masukkan mee dan terus kacau semua bahan sehingga mesra , jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.

4. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar. Boleh juga dihiaskan dengan bawang goreng, telur rebus , daun bawang.

Ketam masak lemak

Ketam memang favorite saya..... hmmm suka sangat , arwah mak cerita masa kami tinggal di Jitra sebab masa tu arwah abah saya kerja kastam di sempadan Changlon dengan Thailand . So , memang abah saya dan kawan-kawan yang sama kerja dengan dia kena jaga apa saja kenderaan yang masuk dia kena check macam kat Bukit Kayu Hitam sekarang ni la , so memang banyak lori yang bawa masuk tangkapan laut macam ikan , udang , ketam dan lain-lain . Abah saya selalu beli sebab dapat harga murah , sampai di rumah kami ada ice-box simpan ketam dan lain-lain makanan laut yang abah beli ni.

Arwah mak cerita kami memang mewah makan masa tu syukur alhamdulillah la , sampai ketam ni ni kadang-kadang mak saya rebus saja dan makan dengan sos . Mungkin sebab dari toodler dah terbiasa makan ketam sebab tu saya suka sangat sampai la sekarang . Tapi saya jarang beli sebab tak elok sangat makan ketam ni kerap sangat tambahan pulak harganya yang mahal sekarang ni. Selalu kalau beli saya masak lemak kuning saja , senang dan sedap. Kalau di Jitra dulu memang saya akan masak kari ketam sebab favorite arwah abah kari saja.

Resepi masak lemak ketam ni simple saja,,,

BAHAN-BAHAN :

7 ekor ketam
3 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi
2 biji bawang merah
2 biji cili api-boleh ditambah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Kupas semua bawang serta kunyit hidup dan ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik. Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping. Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .

Taugeh goreng

Saya cukup suka makan taugeh dan kalau saya masak sayur taugeh ni saya pastikan taugeh ni tak terlalu layu . So , sayur ni masih fresh dan ranggup bila dimakan . Paling saya suka makan taugeh di restoran Tenpanyaki memang sedap cara tukang masaknya mengoreng sayur dan ayamnya .


BAHAN-BAHAN ;

200 gm taugeh
1 ikat kuchai
2 biji tauhu
1oo gm udang kertas yg kecil sekali
2 biji bawang merah
2ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap-boleh tambah lagi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh dan potong kuchai , kupas semua bawang dan dimayang halus. Udang di bersihkan dan buang ekor dan kepalanya.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar smapai layu kemudian masukkan udang dan kacau lagi bagi udang masak. Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua sayur dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan garam secukup rasa dan masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

Isnin, 7 September 2009

Nasi bubur berlauk

Malam Sabtu lepas kami keluar pegi KL dan terus la kami ke Kampung Baru untuk makan supper . Saya pulak nak makan menu yang ringkas dan ringan saja , terus saya teringat pulak nak makan nasi bubur berlauk . Kami nak pegi restoran Thai yang biasa kami makan kat Kampung Baru ni tapi penuh dengan pelangan dan parking kereta pun penuh , mula ingat nak balik saja masa on the way nak keluar dari Kampung Baru nampak la restoran Mak Mah dan kami pun singgah . Saya dan anak makan nasi bubur ni sementara suami makan tomyam dan nasi putih. Nasi buburnya sedap tapi mahal sikit la dari restoran yang kami biasa makan .

Jom makan nasi bubur ..yum ..yum


Lauk yang kami makan dengan nasi bubur ialah ikan bilis goreng , ikan masin , sayur kailan sos tiram dan daging masak merah.

Sayur kalian goreng dengan sos tiram ni sedap sangat , sayurnya fresh dan crunchy ..yummy

Sabtu, 5 September 2009

Jemput-jemput ikan bilis

Semalam juga saya teringin nak makan jemput-jemput ikan bilis atau chockodok , simple dan mudah je , bahan-bahan memang dah sedia ada di dapur saya cuma tepung gandum tak ada saya ganti dengan tepung kek , lagi sedap rupa-rupanya . Chockodok saya jadi ranggup dan lembut ...Makan pulak chokodok ni cicah dengan kuah kari hmmm memang sedap minum pulak teh panass ...Suami saya cicah jemput-jemput ni dengan sos cili pun sodap ..Anak-anak makan saja tak cicah dengan apa-apa .

BAHAN-BAHAN :

3 cawan tepung naik sendiri
1 biji bawang besar-dimayang halus
1 biji telur
1 genggam ikan bilis - direndam sekejap dan ditumbuk lumat
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara memasak :

Gaul semua bahan dalam bekas yang sesuai dan masukkan telur serta air secukupnya , jangan terlebih air nanti jadi cair pulak . Masukkan garam dan kacau lagi , panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng dan boleh la di goreng sehingga masak. Angkat dan tos chockodok ni bila sejuk boleh dimakan dengan sos.


chokodok ikan bilis

TERUNG GORENG KICAP


Terung goreng kicap

BAHAN-BAHAN :

3 biji terung panjang - dipotong menyerong
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
4 sudu besar minyak

Jika masak masak dan teurng kelihatan agak kering tambahkan sedikit lagi minyak masak supaya terung tak menjadi hangit.

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 genggam ikan bilis - direndam sekejap
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK :

-Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi . Masukkan semua terung , kicap dan sos tiram . Kacau semua bahan sehingga terung masak dan layu.

Jumaat, 4 September 2009

CARROT CAKE

Saya memang suka letak walnut dan kismis banyak-banyak sebab sedap saja bila kunyah kek ni dalam mulut dan terasa lemak crunchy walnut...hmmm yummy..kena pulak frosting cream cheesenya yang hmmm yummmy sedapnya.

Nak resepi carrot kek ni boleh la pergi ke laman web Joy of baking click disini


Bancuhan carrot cake yang dah ready untuk di bakar


Frosting cream cheese hmmmm yummmy sedap

Khamis, 3 September 2009

TUNA CASEROLE

Juadah untuk berbuka semalam saya masak tuna caserole , kegemaran kami sekeluarga . Resepi untuk menu ni ada saya bagi dalam post sebelum ni .


Filling untuk tuna caserole ini adalah mushroom soup Campbell , tuna dan brokoli/bunga kobis yang dicelur sekejap. Topping atasnya ialah mash potatoes.


Nasi mesti ada juga , lepas terawikh suami saya mesti nak nasi juga so , saya masak tumis sayur kobis , ikan goreng dan rendang daging .

Rabu, 2 September 2009

SUP UBI KENTANG

Menu kegemaran kami sekeluarga ...

BAHAN-BAHAN :

6 biji ubi kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 peket campuran suhun/fucuk
4 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kupas semua bawang dan dimayang halus , kupas semua ubi kentang dan dibelah 4 . Rendam fucuk/suhun , basuh ikan bilis.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan ikan bilis kacau semua bahan sampai terbit bau harum.

- Masukkan air dan ubi kentang , biar kuah mendidih dan ubi kentang menjadi empuk , masukkan garam dan suhun/pucuk . Kacau semua bahan bagi mesra dan bila dan masak boleh la di tutup api dapur.

IKAN BAWAL TAUCU

Juadah berbuka lagi , saya masak ikan bawal taucu , kegemaran suami saya...ikan yang sedap di masak resepi taucu ni macam ikan tenggiri , ikan bawal , ikan jenahak , ikan kembung pun sedap juga . Kalau di letak cili merah yang dibelah dua lagi sedap sebab boleh di makan sekali dengan nasi cili ni tapi saya tak letak cili sebab anak-anak tak makan kalau ada cili..


BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal
2 peket taucu
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili merah-dibelah 2
1 /2 sudu teh asam jawa segera/atau boleh letak cuka juga
Sedikit gula- tak letak pun boleh
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan letak garam/kunyit , goreng ikan sampai garing .

- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , kacau serta biarsampai bawang layu. Masukkan semua taucu dan sedikit air serta kacau. Masukkan gula , asam jawa , garam dan cili merah serta kacau bagi semua bahan mesra . Jika nak lebih banyak kuah tambah la air lagi .Akhir sekali masukkan semua ikan bawal yang sudah digorang tadi , kacau kejap dan rasa la garam kalau terkurang masin tambah la lagi garam , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

CUPCAKES

Semalam untuk berbuka saya buat cupcakes untuk anak-anak , saya tabur saja sugar springkles bagi lawa sikit ...tu je tak sempat nak buat butter cream..sekejap saja dah habis dimakan oleh anak-anak saya...

butter cake/cupcakes

BAHAN-BAHAN :

3 biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
1 sudu esen vanilla

- Dalam bekas yang sesuai masukkan semua telur dan pukul telur kemudian masukkan gula dan butter . Pukul semua bahan sampai kembang dan fluffy.

- Masukkan susu segar , tepung , vanilla esen dan pukul lagi untuk semua bahan menjadi mesra selama 3 minit.

- Masukkan bancuhan ini ke dalam paper cup yang sesuai dan tabur la sugar springkles . Pre-heat oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celcius . Bila habis semua adunan di masukkan dalam paper cup , boleh la dibakar cupcake ini dalam suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sampai cake masak .

* Nak tau cake dah masak ialah dengan mencucuk lidi ke dalam aduanan kek itu , kalau lidi yang ditarik keluar dari kek tu bersih maknanya cake dah masak tapi kalau ada tepung yang melekat kiranya belum masak la kek tu so kena la masuk balik dalam oven dan bakar lagi sampai la kek tu masak...


cupcake yang dah ready untuk di bakar