MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 31 Ogos 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI

Pagi tadi masa di pasar kat rumah saya ni saya dapat beli ikan pari segar yang baru sampai dari Kuala Selangor , bestnya . Selalunya kalau beli ikan pari saya akan masak asam pedas atau dipanggang makan dengan air asam hmmm memang sedap .
Ikan pari yang segar bila dah masak isinya menjadi putih dan lembut serta boleh terasa kemanisan isinya . Agak mudah nak masak asam pedas sebab separuh bahan-bahannya dikisar dan proses nak masaknya sekejap saja..

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan pari segar
2 cawan air
2 batang serai-dititik
1 bunga kantan- dibelah dua
2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawa
Segenggam daun kesum-6 tangkai
Sedikit garam dan gula
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

12 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka kuah lebih masukkan lebih air dan jika ingin lebih pedas tambah lagi cili . Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan ikut pada selera masing-masing.

CARA MEMASAK:
-Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau . Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak .Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.

-Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah mendidih.

-Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan pari , garam dan gula secukup rasa .Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan pari boleh pecah . Biar kuah mendidih dan ikan pari masak boleh la dimatikan api dapur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan